Nuffnang

Saturday, October 17, 2009

HIKMAH DI SEBALIK KESAKITAN







Banyak hikmah yang kita dapat apabila kita di turunkan musibah, tidak kiralah bencana alam, di timpa sakit dan sebagainya. Bagi saya sekarang kehidupan perlu diteruskan walaupun kita terus di uji sepanjang perjalanan hidup kita. Ada hikmah yang kita dapat selagi nyawa di kandung badan.

Kita kenal erti kasih sayang yang sejati terutamanya dari ahli keluarga kita sendiri. Selain itu saya mengenali hati budi ahli keluarga, rakan-rakan yang rapat dengan saya. Sepanjang saya sakit bukan kita perlukan keluarga sahaja, tetapi juga kawan-kawan. Maka disitulah kita kenal kawan masa bergembira, siapa kawan kita semasa susah, tapi kawan menangis memang susah nak cari.

Selain itu saya banyak mengenal erti kesabaran, ketabahan dan sentiasa ingat denganNya. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk menghirup udara segar, merapatkan lagi erti kasih sayang, memberi peluang untuk saya makan dan minum .

Alhamdulilah...

2 comments:

  1. ALLAH BERIKAN DUGAAN KEPADA MANUSIA KERANA AKAN BERIKAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN.... Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kalau tak sakit atau sebagainya mungkin kita berada di tahap sekarang...ermmm mungkin jgk, apa yg berlaku ada hikmah dan kebaikan Allah beri pada kita.

    Bila nak buka blog. Nanti kita jd follower..blower ke :)

    ReplyDelete