Nuffnang

Friday, July 31, 2009

POTRAIT



Antara gambar yang saya ambil kemudian buat touch up untuk simpanan. Just suka-suka bila ada kelapangan. Memang sukar untuk mencuba sesuatu yang baru, tapi belum cuba belum tahu aras kemampuan dan kebolehan kita.

Jadilah kita manusia yang boleh mengisi masa dengan berfaedah.

YASMIN AHMAD



Rata-rata orang mengenali Yasmin Ahmad atau Zulkifle Ahmad Pengarah filem terkenal Malaysia. Negara dikejutkan dengan berita kematiannya baru-baru ini di sebabkan strok.

Allahyarham merupakan pengarah filem tersohor yang menginspirasikan Malaysia. Selepas kematiannya banyak media membangkitkan status jantinanya samaada lelaki atau perempuan.

Bagi saya itu hak masing-masing, kita yang hidup jangan mempersoalkan pada mereka yang telah pergi. Apa yang berlaku patut dijandikan contoh dan tauladan bersama.

Al Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad a.k.a Zulkifli Ahmad.

PERGI (Aizat OST Talentine)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Wednesday, July 29, 2009

TERATAK ZA'BA













Awal pagi saya dah bangun, buat sandwich untuk breakfast azim, kemudian bekalkan dia 2 keping. Pukul 7.00pg dah keluar rumah menuju UTM sebab dah janji dengan pemandu dan beberapa rakan group yang buat research di teratak Za'ba.

Biasalah janji melayu, jawa, bugis, banjar dan apa lagi ntah. Saya orang pertama sampai dekat foyer yang lain bayang batang hidung pun tak nampak , lagikan bayang tayar kereta. Jenuh menunggu, muncul Razi, En Nasir, Hairi, Awi a.k.a Mawi (pemandu), En. Yusrul dan paling lewat kurator kita En Fakrul. Banyak simpan sabo masa tu tapi nasiblah mamat-mamat nih pandai cover balik, macam nak marah je tapi sabo...sabo...boleh still senyum.

Bertolak jam 8.00pg dari foyer PSZ, UTM. Dalam perjalan biasalah En Fakrul dan En Nasir pandai bercerita pasal barang antik, dorang tau saya punya citarasa tammbah-tammbah En. Fakkrul tu seorang Kurator. Cerita punya cerita dah sampai Segamat. Bila mula masuk Bahau dah mula sesat, ntah kemana-mana si Mawi bawa kami.

Main redah je, akhirnya masuk Jempol yang terletak di daerah Kuala Pilah. Kalau saya tahu awal-awal lagi suruh ikut highway Senawang. Jalan ini laluan saya ke Uitm, Kuala pilah.

Sampai Teratak Za'ba pukul 1.00tgh. En Jeifi Haizad yang saya panggil Dafi dah berdiri depan teratak. Sekkali pandang mmacam Atif mamat ni..huhuhu.

Sampai sana kami tak buang masa terus cari bahan, tugas utama saya mmencari biodata Za'ba yang lain sibuk mengambil gambar dan pelbagai lagi. Ada yang kami search dari buku-buku penulisan pendeta, penulis luar, bahan media dan bermacam cara kami dapatkan sumber yang tersedia.

Antara bahan koleksi peribadi peninggalan pendeta yang sangat saya terharu adalah cermin matanya yang bulat berbingkai hitam. Gambar-gambar potret pendeta memenuhi ruang teratak tersebut. Terlalu banyak barangan peribadi pendeta Za'ba di simpan di teratak tersebut, saya rasa teruja bila dapat menyentuh barangan tersebut.

Rasa sedih nak tinggalkan teratak Za'ba, entah bila agaknya dapat datang kesana lagi. Kami tinggalkan teratak Za'ba dengan ilmu dan banyak kenangan di sana.

Hanya bacaan Al Fatihah di dalam hati yang mampu saya sedekahkan buat Pendeta Za'ba. Allahyarham telah meninggalkan saya ilmu di dada. Alangkah bahagianya kalau kita menjadi seperti pendeta, banyak ilmunya di turunkan pada banyak generasi.

Friday, July 24, 2009

BILA DIRI DISAYANGI - UKAYS



Dalam banyak-banyak lagu saya cukup minat dengan lagu 'Bila diri disayangi' hasil nyanyian kumpulan Ukay's yang liriknya di tulis oleh Habsah Hassan. Lagu ini lebih berbentuk ketuhanan.

Selama ini tak kisah sangat dengan lagu ini tapi pada tahun 2006 masa menjalani kurus stress di Tg Balau, Kota Tinggi, Johor. setiap masa lagu ini mengiringi semasa program dijalankan terasa memang best sangat.

Bermula saat itu lagu ini saya masukkan dalam pc di pejabat dan laptop saya.

Thursday, July 23, 2009

HUTAN LIPUR ULU BENDUL
















Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di Kuala Pilah yang terletak di hutan gunung Angsi. Disitu teradapat sebuah gunung yang bernama Gunung Angsi.

Lanskapnya yang semulajadi menjadi tarikan pelancung tambah lagi bagi kaki pendaki gunung. Mereka menjadikan gunung Angsi tempat melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah untuk mereka.

Kawasan perkelahan yang terletak di Bukit Putus, di tengah-tengah perjalanan antara Seremban dengan Kuala Pilah tidak menghalang penulis untuk keluar dari hiruk pikuk kota raya.

Sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan lipur dan pembentukan batu-batan yang bertindak sebagai benteng dan landskap semula jadi di sepanjang sungai menjadikan hutan lipur ini satu kawasan yang unik.

Selain kehijauan hutannya, kejernihan air terjun Ulu Bendul adalah satu tarikan menarik.

Bagi mereka yang gemar bermain air, Ulu Bendul menyediakan sebuah takungan air yang luas berfungsi sebagai kolam bagi membolehkan orang ramai mandi dan berenang.

Kalau nak mencari ketenangan secara alam semulajadi bolehlah datang ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Wednesday, July 22, 2009

TELUR MASIN





Cuba punya cuba hasilnya berjaya juga akhirnya buat telur masin. Saya beli telur itik yang mula-mula ke Kuala Pilah kerana menghantar Aja mendaftar di UiTM, Beting, Kuala Pilah. Beli telur itik dalam 10 biji. Buat telur masin dalam 6 biji selebihnya goreng mata lembu.

Semalam hantar Aja balik beli dalam 50 biji. Bagi Ayen 10 biji dan Uda 6 biji suruh dorang buat telur masin. Tadi saya cuci semua telur itik yang dibeli semalam. Buat telur masin dalam 30 biji selebihnya simpan dalam peti ais boleh goreng atau masak lemak cili api.

Buat telur masin ini zaman kecik-kecik, masa tu arwah mak buat lepas itu saya tengok. Alhamdulilah ilmu yang dia beri sampai sekarang saya ingat. Saya buat cara paling mudah.

Mula-mula cuci telur itik, kemudian susun dalam botol atau tupperware. Kemudian tabur garam masin dan tuang air yang telah didihkan. Tutup rapat. Biarkan dalam 2-3 minggu. Insyallah jadilah telur masin.

SIZZLING MEE CLAYPOT





Akhirnya nak sangat masak mee claypot tercapai juga. Semalam beli periuk tanah liat dekat bandar Kuala Pilah. Kalau dekat Johor Bahru kalau beli claypoy paling kurang harganya RM 18.00, peliknya Kuala Pilah hanya RM3.00. Dah rasa terlalu murah tak runding pasal harga pun, main capai 4 biji terus bayar.

Tadi cuti tak kerja so masak sizzling mee. Makan dengan suami dan anak-anak. Wow! panasnya. Petang Ayen datang buatkan untuk dia pulak.

SEHARI KE KUALA PILAH


















Semalam 21hb Julai 2009 saya dan suami pergi ke Kuala Pilah menghantar Aja balik UiTM, Beting, Kuala Pilah.

Keluar rumah pukul 7.00pg terus ke Sekolah Men. Taman Universiti 2 menghantar dia menjalani ujian lisan bahasa Inggeris yang bermula jam 7.30pg. Tunggu punya tunggu pemeriksa kata ujian lisan kula jam 9.00pg. Sempat juga kami bersarapan pagi di kantin sekolah tersebut. Murahnya makan disitu. Standard budak sekolah agaknya.

Pukul 10.00pg mula bertolak ke negeri Sembilan. Berhenti di Petronas bersebelahann tol Skudai. Belilah makanan ringan untuk kunyah2 dalam kereta. Saya yang memandu. Sampai Ayer Keroh berhenti kejap. Suami makan mee sizzling manakala saya dan Aja makan laksa utara, kami berkkongsi satu mangkuk berdua. Perut pun masih kenyang lagi takut tak habis.

Teruskan perjalanan terus masuk tol Senawang dan terus menghala ke Kuala Pilah. Sampai Bukit Putus, memang rasa takut sikit kalau memandu disitu. Kenderaan semua perlahan masing-masing cukup berhati-hati, dengan jalannya yang bentuk pusingan U, pandang bawah semua gaung yang cukup dalam. Gayatttt!

Tiba-tiba semua kereta depan berhenti secara tiba-tiba. Ermmm ada kemalangan antara kereta iswara dan lori. Remuk tahap gaban iswara tu. Berdebbar-debar saya dibuatnya.

Teruskan perjalanan menuju bandar Kuala Pilah. Sepanjang jalan menuju Kuala Pilah kiri kanan jalanraya penuh dengan buah rambutan dan mata kuching. Cukup menarik. Akhirnya sampai UiTM pukul 1.15tgh. Masuk kolej Aja dan kami keluar semula ke bandar Kuala Pilah. Saya beli telur itik 50 biji, periuk tanah liat (Claypot) 4 biji, cerek perhiasan 2 biji.

Berhenti solat asar dan jamak zuhor di masjid Kariah, Kuala Pilah. Kemudian pusing semula ke Beting menghantar Aja ke UiTM.

Bertolak semula ke Johor Bahru dalam pukul 5.30ptg. Berhenti di kg Terachi makan durian tepi jalan dan sempit beli tempoyak, buah mata kuching, dan cempedak.

Balik pun saya memandu, suami ada masalah memandu jauh, masalah memandu tertidur. Lagi pun saya lebih suka memandu dari duduk diam sebelah pemandu....hehehe. Bukan apa pemandu tekan brek saya pun tekan brek sama...hehehe.

Kami rancang nak berhenti rehat di Ayer Keroh, terlepas sampai Pagoh. Berhenti solat manghrib dan jamak isyak di R & R Pagoh. Makan nasi lauk ikan goreng, sayur peria goreng dan telur masin. Hujan lebat, makan pun sedap.

Sampai Taman Pulai Indah pukul 9.30mlm singgah rumah adik nak bagi telur itik. Mandi terus tidur. Penatnya!

Sunday, July 19, 2009

IOI MALL, BANDAR PUTRA



Tadi saya ke IOI Mall Bandar Putra, Kulai dengan anak-anak dan anak buah Farhan secara kebetulan Aja balik so jalan-jalan kesana.

Bukanlah nak bershopping sakan tapi nak tukar saiz kasut saya yang terkecil sedikit, rasa tak selesa bila pakai ke pejabat nanti.

Aja biasalah tengah remaja bershopping membeli baju untuk dibawa kekuliah, Farhan beli tshirt dan beli barang-barang penjagaan diri dan Ajim yang tak beli apa-apa sebab 2 minggu lepas dia dah beli sweater.

Lepas kami bershopping seba sedikit perut pun dah lapar. Masuk KFC, makan snake plate dengan dorang. Lepas tu balik solat zuhor terus semua membuta....

RUMAH TROPIKA





No gathering this weekend, so we decide to go to Tropica House at UTM. Tropica House nearest from Pulai Indah and I think 5 km from there.

Rumah Tropika ini macam-macam ada, very beautiful view...this some of the picture that we can share...

Friday, July 17, 2009

LATIHAN BERKAYAK





Dah 2 tahun rasanya saya tak berkayak, banyak perkara kena review semula. Bermula 14hb Julai saya dan rakan berlatih kayak semula untuk xpdc ke kg Pendas Laut.

Kali ini ramai staf baru, yang lama dah pencen gaknya. Tinggal la 2-3 ketul orang lama. Hari pertama minggu ini mulakan latihan berkayak perlahan-lahan di tasek UTM. Ramai staf baru so bagi mereka belaja buat kayuhan. Hari Kedua buat latihan fitness dan petang semalam nampaknya peserta dah boleh berkayak.

Esok buat latihan water confident. Waaaa! berpesta dalam tasek UTM nampaknya. Rentung balik kulit nampak gayanya...huhu

Monday, July 13, 2009

TIDAK TERCAPAI AKAL MU



Gambar ini merupakan koleksi peribadi yang telah beberapa tahun tersimpan dalam koleksi saya. Gambar saya, Nisdawati dan anak Zul Handy Black. Lupalah nama dia.

Bergambar dalam rumah saya ketika mereka buat pengambaran drama ' Tidak Tercapai Akal Mu ' yang di buat di hadapan rumah saya hampir sebulan lamanya.

Adalah beberapa kali mereka datang kerumah saya termasuklah Sharuddin Thamby, Aida Rahim, Reduan Hashim. Linda Hashim, Ady Putra dan ramai lagi.

Dari segi sikap memang cukup bagus mereka ini. Cukup menghormati masyarakat sekeliling. Selama ini saya bayangkan artis ni agak sombong, yelah orang popular tapi sangkaan saya meleset. Mereka juga macam kita juga, manusia biasa. Tambah lagi Nisdawati bila berkunjung kerumah saya, cara dia bertutur cukup low profile.

Susah sebenarnya berlakon, kita yang menonton di tv rasa macam mudah je. Mereka kena buat berulang kali yang mengambil masa lama.

Friday, July 10, 2009

PESTA WAU ANTARABANGSA















Pesta Wau antarabangsa di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang di adakan pada 16-19 Februari 2009. Pelbagai negara yang masuk bertanding seperti Australia, Amerika, Singapura, Filipina, Brunei, Itali dan termasuk negara kita Malaysia.

Pelbagai rupa, warna dan bentuk wau disana. Ada yang berbentuk anak patung, sotong, raksaksa, cicak dan pelbagai rupa lagi.

Walau pun cuaca panas tapi angin cukup kuat untuk menaikkan wau ke atas. Ada jenis wau yang begitu panjang cukup menarik perhatian pengunjung yang datang. Agaknya wau ular! hahaha.

Bagi yang belum pernah menyaksikan pesta ini bolehlah datang pada tahun 2010. Pesta ini diadakan pada setiap tahun.

BUAH SENTOL



Inilah buah sentol yang merupakan buah eksotik. Gambar ini saya rakam pada tahun 2008 ketika itu menjalani kursus selama seminggu di Perpustakaan Negara Malaysia.

Biasalah kaum perempuan bila hari jumaat kalau tak meronda dan shopping bukan perempuan namanya. Jalan punya jalan dekat Jalan Raja Alang saya nampak berlonggok buah ini tapi tak tahu namanya. Ada ramai jugak yang datang membeli. Peniaga tu bagilah rasa. Ermmm...sedap dan manis. Belilah 1 kg bawa balik hotel untuk dimakan. Esoknya lepas habis kursus datang semula nak bawa balik Johor sebagai ole-ole, ermm...dah abis. Bukan rezeki gaknya.

Nasiblah sempat ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Acctually buah sentol ni rasanya manis seperti manggis tapi isinya agak melekat di biji. Selain itu buah sentol boleh di buat jeruk.

BUAH JENTIK-JENTIK



Inilah buah jentik-jentik. Saya pernah juga rasa masa zaman kanak-kanak dulu. Bila dah tua ni boleh jumpa balik. Ini pun kawan yang bagi sebab dia balik ke utara tempohari. Merasalah semula buah jentik-jentik.

Buah jentik-jentik merupakan buah eksotik yang agak sukar di cari memandangkan buah ini terdapat dihutan dan kebanyakkannya terdapat disebelah utara Malaysia. Kalau kita berjalan-jalan di sebelah utara masih ada gerai-gerai yang menjual buah-buahan eksotik contohnya buah sentol, durian hutan dan pelbagai lagi.

Rasanya masam-masam manis. Bila nak makan kita jentik maka terpecahlah kulitnya.

TEAM BUILDING II









Team Building II dah pergi pada 4-8 Julai 2009 bertempat di Yan, Kedah. Dengar dari cerita mereka ada bermacam-macam andaian. Dah namanya manusia macam-macam persepsi yang timbul. Ada yang bagus dan sebaliknya. 1000 manusia bermakna 1000 pemikiran masing-masing. Bagi saya ambil yang positif dan buang yang negatif.

Kalau saya pergi rasanya seronok sebabnya masuk sawah, dengar taklimat, berkhemah, merasa suasana kampung dan berjalan ke gunung. Memang menariklah!

Insyallah tahun depan kalau ada harap-harap giliran saya pulak tapi tak tahu dimana di tempatkan.