Nuffnang

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA


Salam Aidil Adha buat semua blogger yang melayari blog saya. Dalam kita menghayati erti aidil adha jangan lupa pada mereka yang tiada terutama sekali junjungan nabi kita nabi Muhamad SAW serta para sahabatnya, ibubapa serta umat islam seluruh dunia.

Saya menyambut hari raya di Felda Ulu Tebrau, kampung halaman ibubapa saya. Biasalah bila ada aktiviti saya memang menjadi tukang berbelanja di Pasaraya Smart dengan abah.

Menu masakan raya kali ini rendang arnab, ayam masak kicap, sambal kacang, sayur lodeh serta ketupat. Banyak juga terima kunjungan dari jiran tetangga.

Esok rumah abah buat korban lembu 2 ekor. Agak kurang bilangan lembu kali ini berbanding tahun-tahun yang sudah.

Tuesday, November 24, 2009

KPSL

Alhamdulilah dengan result yang saya terima semalam dari Perpustakaan Negara Malaysia. Macam percaya dengan tidak, sebab tak berapa confident untuk menduduki peperiksaan yang lepas. Membuat saya rasa percaya dengan usaha tanpa mengira penat lelah, kurangnya tido yang berkualiti saban malam sepanjang 3 bulan itu adalah sebuah pengorbanan yang saya lalui untuk menemui sebuah kejayaan.

Belajar tanpa bertemankan kawan, bukan perkara mudah serta mencari bahan untuk di baca dalam Malaysia sesuatu yang mencabar. Itulah saya yang hakiki.

Dengan kejayaan ini saya layak untuk menduduki gred S27 tapi di mana ya penempatannya? Tunggu...

Friday, November 20, 2009

TAHNIAH!


Tahniah buat adik-adik di Malaysia yang telah lulus dalam pepriksaan UPSR. Macam-macam gaya mereka meraih kejayaan, ada yang menangis, ada yg ronda sekeliling kampung, menjerit dan tertawa. Alhamdulilah berkat usaha anda semua berbaloi dengan usaha yang gigih.

Bagi yang kurang cemerlang, adik-adik bukan tidak berjaya tetapi kadang-kadang rezeki tidak berpihak kepada anda. Insyallah usaha lagi untuk menempuh PMR akan datang. Sekali gagal bukan untuk selamanya dik, banyak masa lagi untuk kita berjaya, yang penting rajin, bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan ilmu dunia dan akhirat.


Ingat untuk berjaya dalam pelajaran tidak mengenal latarbelakang hidup kita, miskin atau kaya yang penting kesedaran itu segalanya.

Sekalung tahniah buat mereka!

Monday, November 16, 2009

BUAH KABUNG



Dalam sibuk mengadap pc, ada opismate bagi buah kabung. Bagi yang tak pernah tengok buah kabung boleh tengok rupa sebenar buah kabung dalam n3 saya kali ini. Buah kabung ni dia dapat di sekitar UTM. Banyak jugak ppkpk kabung ni di tanam disini untuk di jadikan hiasan persekitaran UTM. Tujuan utama untuk melestarikan alam flora persekitaran tempat kerja supaya indah lagi kondusif.

Dah beberapa kali gak rasa buah kabung ni, senang cite macam buah kelapa sawit yang muda. Bila dipecahkan nampaklah isinya yang keputih2an dan boleh di makan begitu saje.

Hah! bagi yang nak merasa kena datang jumpa mokcik!!!!!..hehehe

EMOSI LA PULAK!

Jam 8.00pg ke Dewan Sultan Iskandar untuk mendengar taklimat bulanan bersama naib canselor, UTM bersama Lela, Ayu dan Azrina. Masuk dewan pun selepas lagu 'Negaraku' berkumandang...ya maafkan saya pak NC kami lewat...hehehe

Banyak informasi yang saya dapat pagi ini hasil kursus NC di Havard selama 2 bulan. Antaranya bagaimana merealisasikan UTM kearah sebuah universiti cemerlang bertaraf dunia dimana kita perlu gigih untuk membangunankannya yang lebih baik dari yang sediaada sekarang. Negara Singapura yang menjadi perbualannya pagi ini.

Selain itu tayangan petugas-petugas UTM yang bertugas di Padang ketika gempabumi. Aisehhh! mokcik teremosi kejap. Meleleh airmata..hehehe.

Friday, November 13, 2009

TOYOL


N3 kali ni saya nak cite pasal toyol...hehehe. Apa yang korang pk ekk bila saya nak cite pasal toyol. Ini kisah benar la. Ermm.. kiranya jiran tapi tak nak la sebut jiran kiri, kanan, belakang atau nun di seberang. Pandai2lah korang pk kalau si toyol selalu bermain depan pagar rumah saya bermakna korang boleh pk jiran tu lokasinya dimanakan...hehehe

Sebagai jiran kekadang saya ni bukanlah nak menyibuk, itu bukan sikap saya sebab saya jenis yang kurang bersembang dengan jiran tambahan saya jenis orang bekerja so kesempatan dengan jiran tetangga agak terhad.

Jiran saya ni punya ramai anak tapi agak kurang pemerhatian, dimana anak yang dari usia 15-2 tahun terbiar. Bagi saya yang besar tu mungkin boleh mengawal keselamatan diri tapi yang usia 2-3 tahun tu memang terbiar sangat.

Sebagai jiran serba salah nak tegur, kalau tegur takut masam muka. Tapi sedih la bila tengok anak-anak dorang terbiar macam tu. Ni dengan anak tak pakai baju dan kadang2 pakai pampers berlari atas jalanraya kejar kereta yang lalu lalang. Sampaikan kereta hon pun ibubapa tak jengok langsung. Ada sekali tu saya tengah kat kolam ikan depan rumah tiba2 ada orang datang, bagi tau anak sapa ni tengah terbiar, dia tahan kereta saya nak lalu. Saya nak cakap apa just tunjuk je, tu rumah dia...hehehe. Tiba2 anak pompuan dia keluar terus panggil adik dia camni ' eii monyet masuk la'. Errrmm...adik pun panggil monyet ke? Terkedu mokcik jap!

Paling saya takut satu hari toyol tu penyek bawah tayar kereta saya. Dia selalu kejar2 dan halang kereta saya bila saya nak reverse keluar dari pagar. Memanglah kereta ada sensor tapi malang tak berbaukan. Ada kang jadi menu nasi manusia penyet!

Paling geram ada ke dia panggil saya 'anne' (mungkin dalam bahasa dia kot). Errmm..tapi katanya beragama islam. Ntahlah...hehehe

Pantang kereta letak luar, mulalah macam2 bunga rampai atas kereta. Buluh, besi, kertas, daun dia nak letak atas kereta kita. Waaaaaaaaa tension mokcik. Sakit hati woooo!

Hope dia ibubapa dia berubahlah, tapi dah nama manusia selagi belum di beri musibah macam tu la! Toyol tu anak bujang saya yang bagi gelaran sebab 24 jam nampak tak berbaju..hehehe



Thursday, November 12, 2009

HUH! I MISSED YOU


Datang awal pagi masuk pejabat tapi rasa 'sunyi', bukan takde kawan sekeliling. Mereka ada tapi...tapi...mokcik macam hilang arah hari ni bila monitor ket pejabat dari semalam buat hal. Awal pagi semalam dia dah mula blinggggg! blingggg!

Hummm! Lepas minum pagi tadi masuklah montor mokcik ke wad. Sabo ya monitor nanti cepat sembuh.

Baru kejap tadi mokcik dapat temporary monitor. Apa lagi cepat-cepat tengok mokcik punya blog...hehehehe. Biasa mokcik update blog kat rumah, kalau kat pejabat ni bila dah penat dan boring buat keja, bila masa terluang suka tengok kawan-kawan bagi komen dan search blog org lain.

I missed you my blog!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

KAMI








Malam semalam kami keluar bersama, bukan mudah untuk kami jalan-jalan dan makan bersama walaupun kami dalam sebuah keluarga yang kecil. Sekarang ni Aja tengah cuti semester, Azim tengah tunggu exam PMR dan suami pun tak bz sangat.

Kami keluar ke Jusco makan pizza, kemudian terus ke Mydin Bandar Baru Uda. Bukanlah shopping sangat la, just beli barang-barang keperluan peribadi.

Sampai rumah pukul 11.00mlm terus zzzzz...!

Sunday, November 8, 2009

STORY MORY KE KUALA PILAH












Semalam saya ke Uitm, Kuala Pilah dengan Azim dan anak buah, Akmal. Keluar rumah jam 7.40pg. Sarapan di Taman Jaya sebab dah janji dengan suami nak jumpa di situ. Bertolak jam 8.40pg terus masuk highway Skudai isi minyak di Petronas kemudian terus menuju Kuala Pilah.

Sampai Pagoh, tetiba kereta semua slow. Pandang depan ada sekatan lalulintas. Sampai turn mokcik, abang polis suruh ketepi. Dup! dap! dup! dap..sure kena saman. Mokcik memang dah lari 130-150km..hehehe. Buat selamba je, buka tingkap bagi salam kat abang polis, dia pun bagi salam juga, baik gak abang polis ni. Cehh! Dia tanya dari mana nak kemana, mokcik jawab 'saya dari UTM nak ke UiTM'. Lepas tu dia mintak IC dan lesen, mokcik hulur la. Dia pun conteng apa ntah kat tangan, pastu hulur semula lesen dan IC mokcik sambil kata 'puan jalan ya'. Gluppp! lega yang teramat mokcik sebab dia tak saman. Alhamdulilah selamat mokcik RM300.00...huhuhu. Dalam dok lega terlupa nak jeling nama dia. Mokcik gumbira sgt kot..huhuhu. Untuk abang misai, terima kasih la banyak sbb tak saman mokcik. Moga abang misai di murahkan rezeki. Cehhh! cuba dia saman, mau ku menyumpah jadi sumpah sumpit..huhuhu.

Berhenti kejap dekat restoran terapung di Air Keroh kemudian terus menuju Kuala Pilah. Sampai Uitm pukul 12.30tgh. Isi barang2 dalam kereta kemudian keluar makan tengahari dan buat solat jamak di surau Uitm.

Bertolak ke Melaka jam 2.15ptg. Sebelum ke Melaka sempat singgah di hutan Lipur Ulu Bendul dalam 15 minit. Sepanjang jalan di Kuala Pilah banyak gerai menjual buah asam kundang, telur itik dan jambu madu. Belilah serba sikit sebagai buah tangan.

Sampai Melaka dalam pukul 5.00ptg, mokcik ke Zoo buaya dan pusing2 di bandar hilir. Ikut perancangan nak tidur Umbai tapi anak buah tak nak so batalkan.

Pukul 8.00mlm balik Johor Bahru. Berhenti di Pagoh memandangkan bawa 2 hero yang sentiasa lapar, maklumlah hujan sepanjang perjalanan balik. Dorang makan nasi ambeng dan saya makan roti bakar.

Sampai rumah dalam pukul 10.30mlm.

RAWATAN SUSULAN



4hb November 2009, saya buat rawatan susulan di Poliklinik HSA bahagian klinik ENT. Sampai dalam 10.40pg selepas pegi bank Muamalat. Dah tau senario kat situ datang awal pun pemeriksaan lambat juga so ada baiknya datang lambat sikit. Saya memang paham sebab doktor kena round wad dulu.

Sampai kaunter dapat no. 52, ermmm tanya staff nurse Lily, doktor Mazlina emergency leave la pulak. Takkan nak balik pulak, periksa juga dengan doktor Nisak. Buat skop..takut2 la juga memandangkan hidung ni belum sembuh sepenuhnya. Bila doktor masukkan kamera dalam hidung, dia kata kerak2 hidung belum kering sepenuhnya.

Sempat la juga mokcik snap gamba area klinik ENT masa menunggu giliran. Susah juga nak snap sbb ada sorang 'aci' tu macam tau je mokcik nak snap. Dia dok posing kat situ. Dia pun nak kek wat juga kot!...hehehe

Friday, November 6, 2009

JOM SKODENG




Hah! Mari baca n3 mokcik punya story mory...hehehe. Jom skodeng pokcik ni nak tak?Pergggggh! seksi meksi la pulak, main buka-buka lagi. Dia rimas tu, korang tak paham la. Pokcik-pokcik!

Pada pendapat korang dia tingin apa ekkk? Mandi laut? Rasa panas? atau tingin main pelampung itik?

Cuba la jawab...hehehe

TEKA LA!


Dah takde keja so kenalkan kat korang minatang lemah lembut ni...huhuhu. Mengesotttt...ngesot jalanya. Tingat masa saya kecit2 dulu. Pantang nampak minatang ni, main hentak je dengan kaki. Cetttttt! leper dah dia...huhuhu.

Pantang kalau ada tempat lembab sure dia menempel, kira mcm tetamu la...huhuhu. Dah bertahun2 rasanya saya tak jumpa minatang ni.

SELAMAT ULANGTAHUN AZIM KE 15 TAHUN


Alhamdulilah, hari ni besday anak bongsu saya Azim yang ke 15. Lagi minggu lepas dia sibuk cakap pasal besday dia. Pagi tadi wish kat dia sambil berjalan nak pegi kerja. Memang tak bagi hadiah pun, adalah bagi sedikit duit pada dia. Nak bagi hadiah pun, dah tak tau apa lagi barang yang dia suka, rasanya dia semua dah ada kot!

Untuk anak ibu, hope dia baca blog ini tapi memang dia rajin buka pun blog ibu dia yang sorang ini. Dia panggil blog saya ni 'batu blok'...hehehe. Aaaaa...untuk Azim selamat hari jadi moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, moga berjaya dalam pelajaran sehingga ke menara gading, jadi anak yang beriman dan akhlak mulia dan mendoakan kedua ibubapa.

Selamat harijadi....muahhhhh!

Sunday, November 1, 2009

KUNYIT MUDA

Saya mengalami pendarahan yang agak banyak selepas pembedahan. Memandangkan sudah 17 hari yang tiada hentinya, maka saya teringat pesanan arwah mak dan nenek saudara saya yang mengajar makan kunyit muda selepas bersalin dan jika mengalami pendarahan selepas menjalani pembedahan atau sebagainya.

Alhamdulilah adik saya mendapatkan kunyit muda ini dari Batu Pahat. Selepas menjadikan kunyit sebagai ulaman untuk di makan bersama nasi, pendarahan saya makin berkurangan.

Selain itu kunyit mempunyai antioksidan dalam herba dan makanan bagi menghalang oksigen dalam badan merosakkan dalam saluran darah. Selain itu ia mempunyai vitaman C dan E bagi membantu kecantikan.

Bagi yang mengaalami pembedahan seperti saya bolehlah mencubanya. Selain dijadikan ulaman, ia boleh di kisar dan perah ambil airnya lalu diminum tapi memandangkan tekak saya tidak boleh menerima air kunyit saya jadikannya ulaman.

Selamat mencuba!