Nuffnang

Sunday, May 30, 2010

PERKAHWINAN TAUFIQ DAN HANIM











Salam buat uolz blogger semua.

Berapa hari tak update blog kita ni, memang agak sibuk dengan persiapan pernikahan adik bongsu kita Mohd Taufiq dan Hanim. Insyallah hari langsung rumah abah pada 17.07.2010 kalau tiada perubahan tarikh. Semalam berlangsungnya di rumah pihak perempuan.

Meriah sungguh masa rombongan pihak kita ke rumah pengantin perempuan sehingga jumlahnya mencecah 60 orang. Alhamdulilah 2 kali lafaz adik kita selamat menjadi suami orang. Dah tukar status adikku, 'Berkahwin'...hehehe

Masa proses depan tok kadi kami terasa sedih, gembira, sebak pun ada. Yelah sebagai kakak dan abah inilah tanggungjawab yang patut kami laksanakan atas amanah arwah mak. Untuk adikku Opiq, binalah rumahtangga ini sebaik mungkin. Kami percaya Opiq mampun menjalankan tanggungjawab itu dengan sempurna sehingga akhir hayat.

Kami semua mendoakan kebahagiaan Opiq dan Hanim . Amin.

Tuesday, May 25, 2010

TRANFORMASI MINDA


Salam buat uolz blogger dimana jua anda berada. Buku 'Tranformasi Minda' mengandungi perucapan Perdana Menteri YAB Berhormat Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Buku ini suami saya yang belikan semasa kami di Putrajaya tempohari. Harga yang berpatutan dan sesuai untuk semua golongan untuk mendapatkannya. Diterbitkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Pejabat Ketua Setiausaha Negara serta bantuan dari Jabatan Penerangan Malaysia.

Saya telah pun membacanya, sementara melayan mata nak lelap tidur. Saya berharap sangat Perpustakaan Sultanah Zanariah, Bahagian Unit Perolehan dapat membelinya untuk dijadikan bahan koleksi kita.

Isikandungannya banyak menekankan kepada Visi, Wawasan, 1Malaysia rakyat diutamakan, Tranformasi Kerajaan, Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia ke 10, Membudayakan Kreativiti dan Inovasi, Kepantasan bertindak membuat keputusan, Pengurusan Wang dan Integriti.

Buku tersebut sesuai untuk di baca oleh kakitangan sektor Awam pada amnya sebagai bahan sumber serta panduan bersama. Sepotong ayat yang paling saya suka pengucapan Dato Sri Najib seperti ini '....kita harus berani melaksanakan perubahan dan pembaharuan"

Ceh! Seyiesss la pulak ayat2 kat atas tu...skema je kita...hehehe. Selamat membaca tanamkan nilai-nilai apa yang Dato Seri Najib laungkan dalam ucapannya. Memang menarik!

Sunday, May 23, 2010

BELAJAR MEMANDU




Salam buat uol blogger. Tengahari tadi mengambil Aja di Sekolah Memandu Bunga Raya. Masih di peringkat teori. Susah rupanya belajar memandu sekarang ni kalau dibandingkan zaman saya belajar dulu. Kalau dulu lulus ujian bertulis terus dapat 'L', sekarang tidak.

Sekarang ni sebelum menduduki ujian bertulis kena menduduki taklimat lepas tu baru layak menduduki ujian bertulis. Lulus ujian bertulis kena menduduki lagi satu taklimat yang di panggil kelas teori. Lepas tu kena masuk kelas praktikal la pulak, tengok tayar, cara isi air dan macam-macam lagi la. Baru layak dapat lesen 'L'. Bila dapat 'L' dia bagi 10 jam untuk pelajar belajar memandu...hehehe.

Pelahan-lahanlah Aja, kalau tak selesai lagi sambung cuti semester akan datang..hehehe. Semester lepas amik ujian bertulis. Alhamdulilah lulus, cuti semester ini belajar teori dan praktikal agaknya...hehehe.

BREAKFAST




Salam uol blogger.

Awal pagi kita dah prepare makanan untuk breakfast. Mula-mula kita wat kari kepala ikan dan beberapa keping dagingnya. Selesai je terus goreng roti canai segera. Air minuman mudah je, amik fresh milk dan jus jambu batu.

Kami bekfast bersama sambil sembang-sembang tapi Aja nak cepat ada kelas teori memandu pagi ni. Macam express la pulak...hehehe. Ayah dia hantar, balik kang kita amik.

SEMALAM





Salam 1 Malaysia untuk uol blogger di mana jua berada. Kalau ikut perancangan awal pagi semalam kita nak balik rumah abah, nak hantar barang-barang hantaran Opiq pastu saje nak mesra-mesra alam dengan abah kita yang tersayangkan. Anak mana yang tak sayang abahkan?

Calling-calling abah tak angkat, humm...abah gi Batu Pahat ada jemputan majlis perkahwinan sedara kat sana. Batal perancangan kita, pastu gi umah adik lepak-lepak main dengan anak sedara, goreng mee pastu makan sama-sama. Huh! makin beso kita punya babat...hehehe


Petang kuar gi U Mall, Taman Pulai Perdana masuklah Giant layan anak-anak dan mak buah ..hehehe. Beli kasut sukan dan kasut sekolaj Ajim. Adik ipar beli kasut masut anak dia dan keperluan dapur. Kita jadi tukang sibuk adalah beli serba sikit barang. Tak bess la nak shopping kat Giant tu tak tau nak beli apa, cuba bawak kita gi kedai kasut ke! hand bag! kat Angsana bukan main ligat kaki dan tangan kita...hehehe


Balik umah sampai je dah maghrib. Malam takde menu menarik kita goreng nugget cicah dengan mayonis dan cili sos sambil tengok AF. Tak penah kita mengikuti program AF tiba-tiba tengok dah final..hehehe. Kureng minat program camtu...hehehe

Saturday, May 22, 2010

BEIJING



Semalam petang boss Southern Sky Travel call pasal ke Beijing. Kami bincang pasal harga, penginapan, makanan dan pengangkutan. Harga dia berbaloi..baloi (ikut FA dan Maya cakap la) dengan jangkamasa 6 hari di sana kalau compare dengan travel company lain, jauh lebih murah. Pergi pun bukan sekarang Mac 2011 nanti. Boleh kita topup duit lagi, nak shopping moppingkan kat sana nanti...hehehe. Yela kita ni kalau shoppingnya sejemput je tapi cuci mata yang lebih. Pegang sana, pegang sini...tu la keja kita...hehehe

Bulan Mac biasanya kat sana tengah musim salji...ceh! leh la kita winter sonata d salji...hehehe. Bulan Oktober nak ke Pulau Karimun, Indonesia. Jadi tak suamiku? Tak jadi siap...hehehe

Kita ni bab jalan memang suka, sejujurnya cakap tak suka dalam flight lama sangat. Huh! Boring! Boring! Pernah gak rasa masa penerbangan dari Singapore ke Qattar, 8 jam, macam nak melecet tuuuutttt, tapi tak melecet la...hehehe. Sampai dalam hati kata, napelah flight ni tak bagi kita lompat-lompat, jalan sana, jalan sini. Bess gaknya!....hehehe

Friday, May 21, 2010

WAJAH BARU


Salam buat blogger semua. Perasan tak, blog kita dah berwajah baru. Ceh! perasannya kita...hehehe. Kita nak nyanyilah lagu Jacqueline Victor . Layan...

Wajah

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur
Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu alam berganti tua
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

MUSIM HUJAN



Salam buat blogger semua. Kalau kita perhatikan pagi dan petang sekarang ini hujan sentiasa tanpa mengira waktu. Kalau kawasan Skudai ni memang sentiasa hujan, contohnya petang tadi saya sempat meninjau suasa luar dari dalam pejabat. Saya perhatikan cuaca panas dengan cahaya matahari tetapi dalam 5 minit kemudian hujan turun jugak. Nak panggil hujan apa tu ekk? Kalau orang tua-tua panggil 'hujan panas'. Ingatkan demam je ada 'demam panas', hujan pun ada jugak panas sejuknya...hehehe

Gambar-gambar di atas tu yang sempat saya rakamkan ketika dalam perjalanan untuk ke pejabat dalam jam 7.15pg area Taman Pulai Jaya. Jangan ikut aksi saya ya, memandu sambil snap gambar, merbahaya!...hehehe

Apapun hujan ini adalah rahmat dari Allah Taala, apa yang di beri itu ada hikmah tertentu yang tidak kita ketahui. Alhamdulilah bumi kita basah selain kita dapat menggunakan air untuk keperluan harian.

MY LAPPY


Salam 1 Malaysia untuk semua blogger.

Inilah lappy kita yang banyak berjasa kepada kita. Dah hampir 3 tahun dia hidup bersama kita. Kita tak bagi nama lagi sampai sekarang. Ingat nak bagi nama apa ekkk, kalau pandang lappy kita ni macam ganas sikit, ciri-ciri ladies tu agak kurang bah...hehehe

Mau ku panggil cinonet? mucuk? dumbuk? iskkk..apa-apa pun boleh la. Hum! kalau panggil dia ireng boleh tak ya sebab ireng dalam bahasa jawa hitam. Ya ireng la bess kan..kan...hehehe

Tima kasih la ireng ko banyak teman kita di masa aku sunyi, tolong layan Fb kita, blog kita dan membantu buat keja-keja kita. Mekacih ya lagi sekali...hehehe

Wednesday, May 19, 2010

MEE BANDUNG SKUDAI




Salam 1 Malaysia buat blogger semua.

Petang semalam kita masak mee bandung guna perencah mee bandung yang kita beli dari sorang opismate yang rajin balik ke Muar. Ikut perancangan nak masak ikan bawal goreng bersambal dan sayur kobis tapi ikan kita malu lak nak cair gaknya. Ikut sukahati ko lah ikan. Ikan lagi salah, wal hal kita yang lambat keluarkan dari fridge...hehehe

Semalam masak kita tak gunakan daging pun, just guna udang, telur, tahu, tomato dan sawi sahaja. Malas nak tunggu lama sebab perut dah rasa lapar, pagi semalam kita breakfast 3 biji kuih dan air milo sahaja.

Cara kita memasak mudah sangat, memula rebus air sehingga didih, kemudian pecahkan telur hingga keras tapi terpulanglah ikut citarasa masing-masing. Bila telur keras keluarkan. Air rebusan tadi masukkan perencah dan masukkan udang. Biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan tomato, tahu dan sawi. Bila mendidih matikan api.

Mee celurkan dengan air panas dan toskan. Mudahkan? Bagi yang suka menghias bolehlah taburkan bawang goreng, lada hiris dan daun sup dan daun bawang.

Memandangkan mee bandung ini kita masak di kawasan Skudai so ada baiknya kita bagi nama Mee Bandung Skudai...hehehe

Selamat mencuba! jangan terliur sudah.. :)

AMARAH @ AMANAH


Salam hari rabu buat semua blogger dimana jua anda berada.

Macam biasa awal pagi kita dah bangun untuk bersiap untuk ke pejabat. Memang inilah rutin kita, bukan nak menunjuk atau memuji diri sendiri. Rasa bersalah untuk sampai di Perpustakaan Sultanah Zanariah, kalau lebih dari pukul 7.40pg. Mungkin didikan di swasta terbawa-bawa sehinggi kini. Hidup kena punctual dik! hehehe.

Tadi semasa keluar rumah hujan agak lebat tapi tak sabar untuk sampai ke pejabat. Semasa sedang memandu kita dah buat perancangan kerja. Memula nak ronda pastikan pc tugasan, pc internet dan pc infolan2 dalam keadaan baik dan selesa untuk pengguna. Kalau ada masalah dengan pengguna ada pulak kita gak kena jawab, takmo la!
Dalam pukul 8.40pg duduk di meja, meneliti halaman kandungan untuk di print dan hantar kepada syarikat korporat. Hope petang ini tiada perbincangan tentang Schollar Inn sebab kita nak siapkan halaman kandungan.

Kadang-kadang bila terlalu sibuk dengan aktiviti pejabat kita boleh terasa rutin harian tu macam caca merba tapi cepat-cepat muhasabah dalam diri. Ya! Allah besarnya pengorbanan aku walaupun orang tak nampak tapi Allah nampak. Memanglah kita tak di bayar dengan sebarang bayaran namun ganjarannya hanyalah pahala.

Namun benarlah janji tuhan, sesuatu yang baik pasti menghasilkan yang terbaik. Bimbang juga untuk kita menulis banyak kerana kita juga sedang memikul amanah. Semoga tuhan permudahkan segala-galanya untuk diriku...

LETIHKING







Salam 1 Malaysia buat semua blogger di mana jua anda berada.

Kita belajar satu perkataan baru dari Dewan bahasa CT & Pustaka..hehehe. Naik 'letihking' kita dibuatnya dengan Schollar Inn yang tak siap-siap lagi. Mana nak bahagi dengan kerja-kerja hakiki yang tak berapa nak siap. Ya! Allah tabahkan hatiku dengan tahap bz sekarang ni.

Semalam buat Schollar Inn dengan En. Nasir, En. Yusrul, Cik Huda, Pn. Zaleha dan Dewi. Lagi 3 biodata kita kena siapkan, macam nak demam kita di buatnya tapi tak demam jugak..hehehe. Mana lagi dalam kepala ni pikir adik nak nikah. Boleh tinttong kita dibuatnya...hehehe

Ingat nak siapkan halaman kandungan tapi Dewi naik atas panggil turun...hehehe. Kita dengan Cik Huda terus turun...hehehe. Bincang pasal biodata untuk semakan akhir.

Esok malam kita nak sambung buat biodata Al-Ghazali, rasanya dah 8 hari kita tak sentuh langsung sebab outstation dengan kursus dan ceremony kat Putrajaya.

Ok blogger semua kita dah 'letihking', esok nak kerja. Good Nite semua. Ingat ya murid-murid jangan lupa sebut 'letihking'...hehehe

Tuesday, May 18, 2010

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA





Salam 1 Malaysia buat geng blogger dimana jua anda berada. Tahap kerajinanku yang menyerlah...hahaha. Nasiblah sesiapa yang terbaca dan mengenali blog kita ni, hope abaikan ya kalau kalian semua tahu tentang permohonan kita mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ala kita just suka-suka ya, bagi staf DBP kerja lebih sikit...hehehe

Kita apply jawatan Penolong Pegawai Perancang Bahasa dan Penolong Pegawai Perpustakaan. Siapalah kita di mata DBP...hehehe

Malam ni tengah update resume dan mengisi borang. Kalau dapat panggil interview pun dah cukup baik, kalau sebaliknya bukan rezeki kita. Kalau ikutkan hati memang sayang nak tinggalkan tempat kerja sekarang tapi, tapi, tapi...ketapi la..hehehe

Apa pun setiap manusia perlukan peningkatan kerjaya, kita kena berusaha untuk sesuatu yang baik demi masa hadapan.

Ok lah, kita nak sambung siapkan resume. Doakan kita ya, untung sabut timbul, untung batu kita lemas dalam air...hehehe

PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN




Salam 1Malaysia buat semua blogger di mana anda berada.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman yang tidak semua orang merasainya, walaupun ia menakutkan tapi saya dapat melihatnya di depan mata. Kejadian ini berlaku pada petang ahad, jam 5.30ptg di jalanraya Skudai-Pontian area Teknology Park dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Sewaktu memasuki jalan Skudai saya terpandang dari arah gunung Pulai seperti hujan lebat yang cukup memutih. Semakin lama saya memandu dan mendekati arah kawasan Taman Universiti kereta saya mula sukar untuk bergerak walaupun pedal minyak semakin kuat saya tekan.

Pandang hadapan mula kian memutih dengan di ikuti angin yang bergulung-gulung membawa hujan. Kenderaan yang ada di hadapan, belakang dan sebelah kanan saya juga tidak boleh memandu dengan betul, memandangkan kami memang tidak nampak pandangan hadapan langsung.

Sesekali saya ternampak pokok-pokok di kiri kanan jalan tumbang dan dahan-dahan di terbangkan angin ke atas jalanraya. Kami yang berada di jalanraya agak panik seketika.

Kejadian ini berlaku dalam 5 minit, kemudian beransur-ansur reda sedikit. Bila sampai kawasan perumah Taman Sri Pulai tiupan angin agak berkurangan.

Dalam situasi tersebut, alhamdulilah saya di beri kekuatan oleh Allah supaya jangan panik dan ingat padaNya. Bagi saya setiap kejadian yang berlaku atas izinNya dan hikmah tertentu yang di beri untuk kita semua.

Semalam saya cuti rehat, bila saya keluar ke Taman Universiti memang benar kejadian tersebut berlaku. Saya dapati di sana sini banyak pokok tumbang, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sedang membuat pengendalian untuk mengalih, memotong dan membersih pokok-pokok dan dahan-dahan yang menghalang lalulintas.

Monday, May 17, 2010

UPM DAN PICC, PUTRAJAYA






..
Salam buat uolz blogger, sihat ke? Kita bukan tak online, tapi bila online just buka fb je. Masa di Serdang dan Putrajaya pun online tapi melalui hp kesayanganku Nokia E71. Malas la pulak nak bawak lappy kita...hehehe

Saya bertolak ke KL pada awal pagi khamis terus ke Universiti Putra Malaysia di Serdang. Habis aktiviti terus bermalam di UTMKL, sebilik dengan Uji Rohani. Kerancakan kita berbual dengan Uji macam dah lama kenal..hehe. Bangun seawal 4.50pg, bila kita bangun Uji pun ikut bangun..hehe. Pukul 6.15pg dah turun bawah sebab kenderaan mengambil kami untuk ke Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Masuk dewan belum ramai lagi tetamu, dalam 1 jam kemudian dewan yang boleh menempatkan manusia punyalah penuh sampai ada yang duduk di tangga laluan. Majoriti yang datang adalah penjawat awam dari pelusuk Malaysia.

Itulah kenangan yang terindah untuk saya buat pertama kalinya dapat masuk PICC, Putrajaya. Memang cantik, dapat tengok PM secara dekat...hehe. Encem la PM, penat kita senyum kat dia, tak berbalas...haha

Selesai perhimpunan terus pergi dewan jamuan, makanlah mee hoon, kuih, buah2an dan air jus limau yang di sajikan oleh D'Saji Felda Katering.

Bertolak ke UKM, Bangi untuk kaum lelaki menunaikan soliat jumaat.a Lepas tpu terus bertolak balik ke UTM, Skudai. Sampai dalam pukul 6.30ptg, terus balik rumah. Sampai rumah maghrib, kemas apa yang patut dan malamnya online...hehe

Awal pagi jam 6.00pg dah bangun, bersiap-siap untuk ke Selangor mengambil Aja untuk cuti semester. Kami bertolak dalam pukul 7.00pg. Di R&R jumpa Cik Marlina. Dia pun macam pelik tengok kita berulang alik ke KL...hehe. Tak penat ke akak ni...hehehe

Kalau ikut perancangan nak menyewa hotel di KL tap memandangkan selalu sangat jalan di KL suami kata kita lepak je di Muar, so tukar plan terus ke bandar Muar dan jalan-jalan di sana. Makan mee bandung Muar yang pedas macam nak berasap kita di buatnya...hehehe

Malam kami bermalam di Muar kemudian dalam pukul 9.00pg terus bertolak balik JB. Pukul 3.00ptg ke Tg Putri tengok ajim di asrama.

Badan baru terasa penatnya, hari ni kita cuti rehat. Penattttttt!