Nuffnang

Friday, December 3, 2010

LELAKI UGUT SEPARUH BOGEL KEKASIH

Ekoran sakit hati kerana teman wanitanya mahu memutuskan hubungan, seorang lelaki sanggup menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut membunuh dan menyebar gambar separuh bogel gadis berkenaan.

Mangsa yang takut dengan ugutan tersebut kemudian mengambil keputusan melaporkan perbuatan teman lelakinya itu kepada polis menyebabkan suspek ditahan pada Isnin lalu.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 20 tahun telah menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu kerana tidak tahan dikongkong.

Katanya, keputusan mangsa bagaimanapun tidak dapat diterima oleh suspek menyebabkan dia menghantar SMS mengugut mahu membunuh dan menyebarkan gambar separuh bogelnya jika meneruskan hasrat tersebut.

"Suspek mendapat gambar separuh bogel mangsa sebelum ini, selepas memaksa teman wanitanya itu menghantar gambar tersebut kepadanya sebagai syarat mahu meminjam wang daripadanya.

"Mangsa bersetuju mematuhi syarat tersebut kerana menghadapi kesempitan wang," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Pada masa itu juga, kata sumber, mangsa tidak berfikir panjang dan tidak menyangka teman lelakinya tergamak melakukan perbuatan keji tersebut terhadapnya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila suspek tidak menyerahkan wang walaupun setelah menyerahkan gambar diminta.

Katanya, tindakan mungkir janji teman lelakinya itu menyebabkan mangsa tidak puas hati lalu berlaku pergaduhan antara mereka dan wanita berkenaan bertekad memutuskan hubungan.

"Mangsa yang menyedari dirinya tertipu dan terancam dengan ugutan itu kemudian membuat laporan polis dan susulan itu, teman lelakinya ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek sebagai bahan bukti dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Utusan

2 comments:

  1. senang2 je bagi gambar sebab duit? hish...

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Murahnya harga diri main ganti2 dgn duit...ishhh..dunia akhir zaman..

    ReplyDelete