Nuffnang

Wednesday, December 8, 2010

MAJIKAN MAUT DI TANGAN AMAH

Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, suspek yang hanya dikenali sebagai Faridah, 21, dipercayai menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah di muka mangsa, Yeap Seok Pen, 60.

Anak mangsa, Lee Chee Kiong, 30, berkata, dia bersama bapanya terkejut melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah sebaik sahaja memasuki rumahnya selepas pulang dari berniaga di bandar ini pada pukul 1.30 petang.

Menurutnya, dia yang panik melihat keadaan ibunya terus berlari keluar dan meminta bantuan orang ramai sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment