Nuffnang

Friday, December 3, 2010

REMAJA 17 TAHUN DI TEMBAK

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas ditembak tiga das oleh lelaki bertopeng di depan sebuah kedai di Taman Bertuah, Kampung Tawas, semalam.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, M. Regan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa dan rakannya sedang keluar minum di depan sebuah kedai berdekatan Pasar Mini Sin Hup Fook sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

"Seorang daripada suspek kemudian melepaskan tembakan dari jarak dekat di bahagian kepala dan dada, menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian berasingan, beliau berkata, seorang lelaki dijumpai rentung di tempat duduk belakang sebuah kenderaan yang terbakar di Kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, pukul 1.15 pagi ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibakar hidup-hidup berikutan terdapat pita pelekat yang ditampal pada mulutnya.

Menurut beliau, mayat mangsa, S. Jegadeson, 34, dari Taman Botani, Ipoh disahkan oleh isterinya yang mengecam lelaki itu melalui pakaian dan cincin yang dipakai.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment