Mokcik tengah sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah ke Jabatan lain. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun mokcik kat Jabatan Pembangunan Sumber. Banyak kenangan manis dan pengalaman yang mokcik input masa di sini. Tadi hampehhhh tul ada ke datang opis tutup. Mokcik lupa wesak day, Datang-datang pejabat gelap..hahahha..Malu mokcik. Bla..bla..bla... Ingat esok nak datang nak susun barang-barang kat tempat baru. Isnin ni dah masuk tempat baru. Camna ekkkk?..hehehe
Nuffnang
Saturday, January 30, 2010
BERTUKAR JABATAN
Mokcik tengah sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah ke Jabatan lain. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun mokcik kat Jabatan Pembangunan Sumber. Banyak kenangan manis dan pengalaman yang mokcik input masa di sini. Tadi hampehhhh tul ada ke datang opis tutup. Mokcik lupa wesak day, Datang-datang pejabat gelap..hahahha..Malu mokcik. Bla..bla..bla... Ingat esok nak datang nak susun barang-barang kat tempat baru. Isnin ni dah masuk tempat baru. Camna ekkkk?..hehehe
Wednesday, January 27, 2010
BURUNG APA?
Saya dah dekat seminggu rasanya bila balik dari pejabat rasa penat sangatttttt. Bila dah masukkan kereta dekat porch aaaaa mulalah rasa tak boleh pandang dekat pokok buah markisa tu. Bawah pokok tu mesti bersepah dengan kertas, rumput dan tali. Buat ekkkk dengan tali yang berjurai-jurai atas dahan pokok markisa tu?
Ada sekali tu secara kebetulan, saya jeling je sapa yang bawak sampah pastu dok sangkut banyak dengan tali yang berjurai sana sini...hehehe. Errrrrmmm...oooo...burung! Burung apa? Bukannya saya kenal pun, warna kekuningan tapi kecitttt je burung tuh. 2 hari lepas saya pun dok sentuh tali yang berjurai sana sini, dalam hati siap kata "kalau la ada orang datang, macam tak siuman si CT ni gantung sampah, rumput dan tali kat depan rumah"..hehehe
Hari ni tak nampak bayang dia mengangkut segala rumput, sampah dan tali tu pulak. Merajuk gaknya saya dok sentuh-sentuh eksesori dia gaknya...hehehe. Dalam dok tertanya-tanya sempat saya snap sarang dia yang macam x berapa nak siap lagi...hehehe
Burung...burungggg! Mana lak ko pegi...rindu lak kat ko punya menyepah...hehehe

MAKAM ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL
Hari ini saya cuti kerana ada hal yang perlu diselesaikan so secara kebetulan urusan di bandar Johor Bahru. Selesai urusan dalam pukul 12.ootgh, memandangkan kalau balik pun macam terlalu awal lagi pun tiada perancangan apa-apa untuk petang ini.
Saya pun terus ke Makam Diraja Tanah Perkuburan Mahmoodiah untuk mengambil kesempatan meluangkan masa untuk menjengok makam almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang yang mangkat pada 22 Januari 2010 dan di makamkan pada 23 Januari 2010.
Sampainya di sana suasana sayu dan cukup nyaman dengan dikelilingi pohon rendang yang usianya puluhan tahun. Redup mata saya memandang. Sewaktu saya di bandar Johor Bahru cuaca cukup panas terik tapi di tanah perkuburan ini cukup redup dengan angin yang begitu mendayu. Bagi saya pokok-pokok yang meratapi dan berdoa kesejahteraan pemergian almarhum. Suasana yang kedengaran hanyalah suara tukang mengaji Al Quran di situ.
Kadatangan saya di sambut oleh pengawal makam serta dayang-dayang yang bertugas di sana. Saya berdiri betul di makam almarhum. Secara kebetulan sewaktu saya sedang berdiri di makam almarhum kaum kerabat serta sahabat karib almarhum datang sama, iaitu Datuk Osman bersama isterinya. Beliau persis almarhum semasa hayatnya ada, cara beliau berpakaian macam ada satu trade mark yang serupa, seluar hitam, baju teluk belanga dan bersampin.
Namun apa yang mampu saya luahkan siapa pun kita, tinggi mana pun darjat kita, yang pasti kita semua kembali di tempat asalNya.
Al Fatihah buat almarhum serta para sahabat ahli perkuburan makam Mahmoodian disana!

Tuesday, January 26, 2010
BUAH NAM-NAM A.K.A KATAK PURU
Pagi tadi saje main teka teki dalam face book. Letak buah nam-nam, atau pun kalau orang pantai timur panggil buah katak puru...hehehe. Katak puru boleh makan ke? Cetttt...wink! wink!
Selama ini pun saya buah nam-nam ni dari intenet, teringin yang amat sangat nak sentuh dan rasa macamana gaknya sedapnya buah ni....wink! wink! Bila pegi Hutan bandar Johor Bahru 2 tahun yang lepas, terpandanglah buah ni kat tepi rumah petugas Majlis Perbandaran Johor Bahru. Dalam hati oooooo inilah buah nam-nam yang aku dok perati kat intenet...wink! wink! Takut terkilan cuba tanya pada petugas, confirm tu la buah nam-nam, dia pun offer 2 biji yang dah nak masak.
Balik bila sampai rumah cuci terus rasa, perggghhh memang sedap rasanya masam + manis...wink! wink! Itulah saje nak tau kawan-kawan dalam face book tau tak buah nam-nam...macam jawapan dorang bagi, buah keduak la, buah nona la, buah tangan la dan paling lawak buah hati...wink! wink!

Monday, January 25, 2010
MILOZZZ PANAZZZ
Dah malam camni, apa kata kita minum milo panas. Sedap gaknya! Teringin lak tekak ni nak minum milozzz tarik panazz.
Nak turun bawah ni yang malas. Masalahnya saya ni ada penyakit 'M'...hehehe. Aaaaaaa...akhirnya berjaya jugak buat milozzz panazzz.
Jemput minum semua! Glurrppppp aaaaaahh! Sedapnya...

KEMANGKATAN SULTAN JOHOR
Tengahari jumaat di pejabat dah timbul isu kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail tapi kesahihannya tidak diketahui. Tapi bila pengumuman di lakukan pada sebelah malam baru saya percaya apa yang di umumkan oleh Perdana Menteri kita Dato Najib Tun Razak. Almarhum meninggalkan akibat kegeringan pada jam 7.15 malam, 22 Januari 2010.
Sebagai anak jati Johor saya merasakan kehilangan almarhum kerana saya banyak merasai di bawah pemerintahan baginda. Takziah kepada kerabat Diraja Johor serta Al Fatihah buat Almarhum moga di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, January 19, 2010
AMINUDDIN BAKI
Waaaa! tambah pening mokcik, memang tak lengkap lagi nampak gayanya biodata Aminuddin Baki ni.
Tolongggg kami bantu kami, mana nak dapat bahan rujukan lagi...huhuhu
Thursday, January 14, 2010
NOTTI! NOTTI!
Aaaaaaarr! Kita buka nak tulis pasal jin notti ya, tapi pasal notti-notti kita yang sememangnya 'naughty'. Itulah dia hamster saya yang montel, tengok la muka dia penuh dia simpan stok makanan. Montelkan?
Saya panggil dia mat gebu sebab kategori hamster obesiti..hehehe. Bab makan serah kat dia, pantang tuang stok makanan dia tukang perabis. Kalau boleh semua dia nak simpan dalam kantung kat pipi, kekadang tu saya nakal gak buka mulut dia...aaaaar mula tersembur kuaci dan pelbagai bijirin keluar...hehehe
Notti! Notti!....

KUALA LUMPUR
Untuk sekelian beberapa bulan saya tidak menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Bila berkesempatan kesana, saya ambil peluang snap apa yang patut sewaktu di Jalan Duta.
Snap sambil drive,. dengan cuaca hujan renyai-renyai ketika itu..hehehe. Jangan ikut aksi saya merbahaya!

Tuesday, January 12, 2010
KELIP-KELIP, KG KUANTAN
Kami bercuti di Kuala Selangor sekeluarga minggu lepas. Untuk masuk ke Kuala Selangor kena melalui jalan kampung yang di kelilingi pohon kelapa, getah dan kelapa sawit.
Sebelah malamnya selepas solat magrib kami sempat meluangkan masa ke Kg. Kuantan di mana spesis Kelip-kelip yang wujud disana. Keajaiban kelip-kelip hanya boleh di dapati dua tempat sahaja di dunia dan salah satunya di Kg Kuantan yang terletak di Kuala Selangor. Saya mengetahui tempat ini pun hasil pencarian di internet.
Majoriti penduduk sini pada sebelah malamnya bekerja part time sebagai pendayung sampan. Sampai di kaunter pertanyaan saya terus membeli tiket dengan harga RM10 seorang dan kami di beri air mineral dan pamplet. Sebuah sampan memuatkan 4 orang sahaja, jadi sesuai untuk kami sekeluarga dengan harga RM40.00.
Sebelum menaiki sampan kami di suruh memakai jaket keselamatan. Menyusuri sungai Kuala Selangor dalam masa 30 minit suduh cukup membuat kami teruja dengan keajaiban Allah. Dimana sepanjang sungai terdapat beberapa pohon berembang yang di huni kelip-kelip dengan jumlah yang beribu-ribu untuk sepohon pokok. Keadaan persekitaran sungai memang cukup gelap bagi tujuan memudahkan pelancung melihat keindahan alam semula jadi dari cahaya kelip-kelip. Berjuta-juta kelip-kelip boleh kita lihat disana dan yang peliknya kerlipannya serentak dalam waktu yang sama.
Majoriti yang datang malam itu adalah pelancong dari luar negara. Bangga saya menjadi warga negara Malaysia bahawa negara kita mempunyai spesis kelip-kelip yang sebegini rupa. Inilah pengalaman pertama saya dapat melihat secara realiti keindahan ciptaan Allah.
Rasa teruja bila kami sekeluarga dapat menyentuh kelip-kelip di pohon berembang dari atas sampan, dengan air sungai yang jernih. Pendayung sampan itu sempat memberitahu kalau waktu siang dia ada menyediakan perkhidmatan menyewa sampan dengan harga RM20.00 sehari bagi tujuan memancing udang galah di sungai tersebut.
Insyallah kalau di panjangkan umur saya tidak akan melepaskan peluang untuk kesana lagi. Fantastic!

Wednesday, January 6, 2010
5 EKOR LAGI
Malangnya sekarang tinggal 2 ekor selainnya umur tak panjang. Memang seronok menjaga hamster yang baru lahir ni. Paling suka dengar suara dia bila menangis minta susu. Semalam mata baby dah mula buka.
Memandangkan kini usianya dah 11 hari banyak perubahan berlaku, tumbuh bulu, dah mula jalan dan buka mata. Seronokkkan..macam dapat cucu lak..hehehe
Friday, January 1, 2010
CINTA BALQIS
Actually saya ni bukanlah pencinta cerita drama tv tapi memandangkan masa cuti sakit dalam 2 minggu so takde aktiviti yang nak dibuat dekat rumah layanlah cinta Balqis. Layan punya layan makin sedap lak...hehehe.
Tambah-tambah ada Memey...hehehe. lagi ler nak tengok. Yelah dia punya cerita dalam carta melodi paling teratas...hehehe
Nak kata best sangat Cinta Balqis ni tak la sangat tapi tetap takmo ketinggalan. Tepat pukul 6.30ptg ke saya dah duduk depan tv...hehehe. Tengoklah apa kesudahan dengan Balqis agaknya, dapatkah dia kembali dengan Emran@Ezany? Tak sabo nak tau ending cite ni...hehehe

Ermmm....anak dara dan bujang saya pun dah pandai layan Cinta Balqis....hehehe. Kuat pengaruh ibu dia....hehehe
SELAMAT TINGGAL 2009
Baru semalam kita meninggalkan tahun 2009, kini menjelangnya tahun 2010. Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan manis buat diri saya. 2009 saya dapat anugerah khidmat cemerlang untuk kali yang ke 2 serta lulus peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan untuk perigkat diploma.
Kisah pahit biarlah menjadi sejarah dan pengajaran untuk masa hadapan dan tak perlu untuk di kongsi bersama.
Azam 2009, alhamdulilah telah pun terlaksana. Mudah-mudahan tahun 2010 akan lebih baik dari semalam, moga apa yang saya lakukan biarlah seiring dengan dunia dan akhirat. Insyallah!

Subscribe to:
Posts (Atom)