Nuffnang

Friday, January 21, 2011

KEBAHAGIAAN


Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi kita tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak kita. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang kita curahkan untuk mereka dan amalan baik yang kita ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan duitnya.


Renungan bersama, fikir-fikirkan ya!

2 comments:

  1. Benar. Terimakasih berpesan-pesan.

    Kebahagiaan itu subjektif. Ada orang bahagia di mata kita, tapi merana di isi dalamnya...

    ReplyDelete
  2. azieazah : Biasalah lumrah kehidupankan...kadangkala kita di uji dengan cukup kuat. Kuat tak kita pada ujianNya..

    ReplyDelete