Nuffnang

Thursday, January 20, 2011

SUSAH


Siapa yang suka susah? Semua orang yang waras tidak suka yang susah, jika ada yang mengatakan bahawa ia suka yang susah, ertinya orang itu perlu diperiksa tahap kewarasannya.

Semua yang bergerak dalam dunia hari ini, bergerak dari yang susah ke arah yang senang dan mudah. Jika ada yang bergerak sebaliknya, maka berhati-hatilah dengan orang itu. Apa saja yang kita ketemui hari ini semuanya lebih senang dari dulu. Wah! Tiba-tiba touching lak.

Jangan lihat jauh-jauh, toilet rumah cukuplah, dulu, najis angkat pakai tong, bila penuh, dulu ada orang tugasnya malam-malam pergi ke jamban rumah orang, tapi bukan untuk skodeng tapi untuk ambil najis, dulu jamban di luar rumah, sekarang dalam rumah, dulu punyalah payah bila mahu ke jamban, terpaksa pakai lampu suluh bila malam, sekarangkan sudah mudah, hamper setiap bilek tidur ada toilet, ada rumah yang ada sampai 3 toilet. Itu baru toilet, belum lagi yang lain, semuanya dulu susah, sekarang sudah senang.

Tapi kita mesti ingat, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah! apa yang kita kecapi hari ini adalah dari sikap usaha yang gigih bukan berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Pasti akan datang akan menjadi lebih senang dari hari ini, toilet akan datang pasti lebih canggih dan lebih mudah dari hari ini, dan mereka yang hidup hari itu akan melihat bertapa susahnya toilet yang kita gunakan hari ini. Takkan yang sudah senang di buang begitu sahaja.

Kesenangan akan datang bermula dari hari ini, hari ini yang menentukan apa yang akan terjadi pada masa depan. Jika kita mahu susah pada waktu akan datang, cuma akan datang kita akan merana. Siapa yang mahu merana, susah pada masa depan, maka jangan buat apa-apa pun bermula sekarang ini. Tapi jika anda masih waras, maka berusahalah kearah kebaikan pada waktu akan datang.

2 comments: