Nuffnang

Monday, May 23, 2011

DEKORASI ROYAL SELANGOR CURI TUMPUAN


Idea penataan hebat membuatkan kedai Royal Selangor di Suria KLCC mencuri pandangan sesiapa saja. Pengubahsuaian kedai eksklusif itu bertujuan mempamerkan identiti jualan terbaru jenama yang berusia 126 tahun.

Ia menggabungkan elemen tradisional dan moden, inspirasi reka bentuk kedai baru itu meminjam sumber piuter iaitu perlombongan bijih timah. Menerusi penggunaan bahan berbeza, aneka tesktur yang beraneka sekeliling kedai memberikan kesan visual memukau.

Padanan rona kekal ringkas dengan warna hitam, kelabu, putih dan rona kayu asli menimbulkan suasana tenteram kepada pengunjung. Bagaimanapun, latar keindahan kedai Royal Selangor itu diperincikan dengan binaan dinding bersegi-segi bagaikan bijih timah.

Latar dinding itu menimbulkan perbezaan yang ketara berbanding dengan lekapan warna neutral. Sementara itu, dekoratif motif anyaman mengkuang menghiasi pintu utama dan kaunter bayaran kedai itu tidak kurang hebatnya.

Penggunaan motif geometri dari seni kraftangan tradisional mencerminkan sebuah jenama yang berpegang kuat kepada warisan ketukangan asli. Ia dalam usaha terus menghasilkan barangan yang indah dan digemari pada abad ke-21.

Pengurus Besar Royal Selangor Marketing, Chen Tien Yue, berkata idea penataan diilhamkan supaya suasana tampil menarik dan memberikan keselesaan kepada pelanggan. “Kami amat berbangga memilih wajah baru ini kerana percaya pelanggan-pelanggan setia pasti turut menyukainya.

“Kini, kami mempunyai koleksi ringkas dan padat yang memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan seperti mencari hadiah sempurna lagi eksklusif,” katanya.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment