Nuffnang

Monday, May 23, 2011

KUIH KASWI


Selamat pagi semua :)

Pagi-pagi kita nak cite pasal kuih, biasalah pagi isnin mood malas nak keja...hehehe. Bagi ceria sikit tengok kuih kaswi yang kita buat petang semalam. Amacam ada terliur? ngeee

Mood rajin lepas masak nasi terus buat kuih kaswi. Ala kuih bodo2 gitu, yang penting keluarga kita suka memakannya. Kita bawakan anak di asrama dan hantar rumah adik. Alhamdulilah dapat juga mereka semua merasa. Kita tak ikut sukatan just main tembak tapi ingatlah bahan apa yang kita ambil. Malaslah nak buka buku resepi...ngeee

KUIH KASWI

Bahan-bahannya :
Tepung gandum - 2 mug
Tepung ubi - 1.5 mug
Gula merah 250gm
Gula pasir - 5 sudu
Air - 7 mug air
Kapur masak - secubit
Kelapa parut putih
Garam

Caranya :

Rebus gula merah dan gula pasir bersama 2 mug air sehingga didih. Tapis dan tuang keatas tepung gandum dan ubi. Masukkan air 5 mug kacau sehingga rata. Boleh tapis atau blender bahan tadi sehingga benar-benar sebati.

Untuk mengukus boleh menggunakan loyang atau acuan. Loyang atau acuan sapu dengan minyak masak terlebih dahulu, baru tuangkan adunan tersebut.

Kukus 25 minit. Kemudian angkat dan sejukkan. Semasa menghidang letakkan kelapa putih yang sudah di gaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment