Nuffnang

Wednesday, August 10, 2011

KERABU MANGGA

Sumber Google

Adeh! Terliur tengok kerabu ni. Makanan paberet kita. Tak kisahlah jenis kerabu apa janji semua jenis kerabu kita suka. Baca suratkhabar tadi, terpandanglah title tentang kerabu. Apa salahnya dikongsikan bersama. Jom baca :)

Dalam masakan Melayu, kerabu dikatakan hidangan pembuka selera kerana kepelbagaian rasa yang membuatkannya menjadi kesukaan ramai terutama ketika berbuka puasa.

Populariti kerabu juga mencipta kreativiti suri rumah untuk mencari pelbagai resipi enak yang tidak terbatas hanya kepada buah-buahan seperti mangga muda dan betik tetapi membabitkan buah-buahan lain.

Menurut Chef Sous Melayu, Hotel Equatorial Kuala Lumpur, Chef Azhar Alias, keenakan kerabu dapat dirasakan menerusi bahan digunakan.

Kerabu akan menjadi lebih sedap sekiranya bahan lengkap secukup rasa daripada segi masam, masin dan manis.

Malah di negeri pantai timur, kerabu yang diletakkan isi ikan serta santan cukup popular kerana rasanya lebih berlemak dan enak. Berbeza dengan resipi kerabu ala Melaka yang lebih kering dan tidak menggunakan kerisik.

Selanjutnya baca di sini.


No comments:

Post a Comment