Nuffnang

Monday, November 21, 2011

AKU@UNIVERSITY COLLEGE LONDON

Bangunan mercutanda UCL, welcome to University College London

Posing bersama momok...hi3

Kabare? Nih antara perkataan yang kita guna semasa di France. Maknanya dah makan? hihihi. Hari tahap boring sedonia sebenarnya sebab tuh kita merapu tak tentu pasal. Korang layan je la! hihihi

Ntah sejak kebelakangan nih kemalasan kita tahap dewa. Nak posting entri 2 hari sekali tapi bagusnya ada gak yang still masuk blog usang kita ya. Alahaii! Tima kasih bebanyak. Ada ubat tak nak bagi rajin posting entri...meow!

Sempat posing bersama pelajar2 UCL
Ruang legar, sebelum Mr. Scott buat taklimat

Nak kongsi pengalaman lawatan akademik kita yang kedua di University College London. Kalau tengok kat album kita dalam facebook seolah2 macam pergi holiday. No! no! nooooo tapi pinjam statement pren dalam facebook kita sambul menyelam makan epal...hehehe

Idok ler sampai tahap mencari ilmu je. Boleh pitam akak! Ada juga jejalan santai ke Hyde Park, Royal Park dan shopping. Kembang kuncup korang ya bila sebut shopping...hehehe. Ala x shopping pun sekadar coci mata je. Betulkah? :)


Antara ukiran2 yang terdapat di ruang dinding di UCL :)

Depan rak buku :)

University College London (UCL) melalui hasil rujukan kita merupakan sebuah universiti yang top 200 dalam dunia dan terletak di tangga yang ke 7. Wow! Hebat sungguh. Alhamdulilah berbangga dengan sendiri sebab sudah menjejakkan kaki di sana.



Kita bagi ***** kat Universiti nih yang sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu semasa rangka lawatan berpandu kita sewaktu disana. Really tanya apa je dia jawab dan semua ruang dibenarkan kami masuk. Memang tip top layanan Mr. Scott tempohari.



Sempat posing kat tiang turun naik...x tahu fungsi tiang yang kita dok pegang tuh :)

Apa yang buat kita tertarik kat universiti2 di Eropah dia sentiasa mengekalkan ukiran2 seninya sejak berkurun lamanya, mungkin ada pertambahan bangunan baru namun bangunan lama tetap dikekalkan demi menjaga khazanah lama baik dari bahan2 ilmiahnya sehingga infrastruktur bangunan. Hebatkan, kalaulah kita juga macam mereka.


Siyes mendengar taklimat dari Mr. Scott


1, 2, 3...Testing! Testing

UCL nih khusus kepada bidang medik so apa yang buat kita kagum siap punya muzium lagi. Dalam banyak2 khazanah dalam muziumnya ada seorang pakar bius yang di awet, dijadikan antara bahan pameran disitu.

Banyak kali kita hanya mampu mengatakan 'wow' hebatnya semasa di UCL. Teruja meyh!


2 comments:

  1. seronoknya.. dapat melawat sambil belajar macam ni...

    ReplyDelete
  2. roslaini saad : Alhamdulilah rezeki dari Allah :)

    ReplyDelete