Nuffnang

Friday, April 27, 2012

KHASIAT BUAH DELIMA

Jumaat, 27 April 2012 @ Rumahku Syurgaku

Tahu tak apa itu buah delima? Bukan batu delima hokeh...hihihi. Ala buah yang berkulit warna maroon dan kadangkala kekuningan tuh, isinya putih atau merah. Buah delima mempunyai tahap antioksidan yang tertinggi daripada buah-buah yang lain dan ianya terdapat didalam SYURGA.



“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon Kurma dan Delima”.


(Surah Ar Rahman : Ayat 68)




Buah Delima atau dari segi saintifiknya Punica Granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan Darah Merah.





Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit Anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.





Delima merupakan agen penyembuhan merupakan sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Quran, mengandung potassium yang besar jumlahnya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C.


Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantunG.


Hah! Apa lagi tak susahkan nak cari buah delima, pasaraya, kedai2 buah dan pasar malam pun boleh dapat :)

2 comments:

  1. assalam CT..acik dari 10hb mencari buah delima belum jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik Erna : Wslm, alahai ciannya..cuba cari kat Jusco sure ada...atau masuk kat Giant tak semualah...atau pegi pasar malam pun akk biasa nampak...

      Delete