Nuffnang

Friday, April 13, 2012

RUMAH WARGA EMAS NUR EHSAN (RWENE)

Petikan dari surah An Nisa : 36. 

Dan beribadahlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.







Kalau ikutkan perancangan hari sabtu esok banyak aktiviti yang menunggu antaranya Program Khidmat Masyarakat Ke Rumah Warga Emas Nur Ehsan (RWENE) di Kempas, Johor Bahru tapi masa dan tarikh yang sama perlu menghantar anak lelaki kita menduduki peperiksaan bertulis di Shah Alam.
 
Pada hari kejadian juga perlu mengambil anak dara kita balik. Apapun keluarga menjadi keutamaan dan didahulukan.







Huwaaa! Macam nak belah dua badan nih, semua kita nak lakukan. Siapa tak sukakan buat kerja2 amal. Walaupun tak berbayar tapi dapat juga sedikit royalti pahala untuk bekalan akhirat. Allahuakhbar!








Insyallah ini janji kita pada diri sendiri, kita nak bawa anak2 dan suami ke RWENE bila ada masa terluang. Kita nak mereka belajar apa itu kasih sayang yang sempurna di mata mereka. 
 
Untuk pengetahuan semua rumah ini kepunyaan individu persendirian Ir. Hj Md Shahripin Shahlan dan Puan Norijah Bidin. Besarkan pengorbanan mereka untuk memelihara ibubapa orang lain yang tiada pertalian darah dengan pasangan tersebut.
 




Mudah2an pasangan ini mendapat sejuta kebaikan dari Allah atas usaha murni mereka. Subhanallah  cantiknya mereka di mata kita.

Kita mengingatkan diri sendiri, selagi orang2 seperti ini ada berbuat baiklah kepada mereka, besar ganjarannya walaupun tidak nampak dimata kasar. Kita takut dengan kealpaan dunia yang belum lagi menjanjikan perjalanan di akhirat kelak. 

Insyallah moga kita menjadi insan yang tidak melanggar laranganNya. Amin.


1 comment:

  1. MAKLUMAT UNTUK MENYAMBUNG KERJA AMAL

    Kemasukan KHAS RAMADHAN 1433. InsyaAllah akan dilakukan mulai pada 13 Julai 2012


    HUBUNGI kami segera untuk penempatan
    Terima kaseh

    Menerima warga emas untuk tinggal berkala atau menetap di WARISAN KASEH Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh .

    ReplyDelete