Pembaca blog saya terima kasih kerana sudi melayari blog ini. Saya sekadar memanjangkan ilmu yang disampaikan untuk peringatan bersama moga kita jadi hambaNya yang tidak akan lalai dan sentiasa patuh dengan laranganNya.
Pembaca blog saya, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara :
Sihat sebelum sakit :
Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang-orang disekeliling semasa kita masih sihat. Hargailah diri sebaik sendiri dan orang tersayang mungkin.
Muda sebelum tua :
Waktu muda inilah saatnya kita semua disuruh berusaha
mencari kesenangan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha
Pencipta, kelak bila tua tidak lagi memikirkan hal duniawi.
Kaya sebelum miskin :
Waktu hidup senang dan berharta itulah masanya boleh
menolong orang yang lebih susah kerana sedekah yang ikhlas
akan jadi bekalan anda menghadapNya.
Lapang sebelum sempit :
Waktu kita masih ada kelapangan inilah
waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman bersama.
Hidup sebelum mati :
Sesungguhnya sewaktu hidup ada 4 perkara di
atas yang boleh kita semua lakukan. Bila kita telah tiada hanya amal soleh,
sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita.
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri - Al-Baqarah: 222
Seorang hamba yang beriman, semestinya segera bertaubat ketika ia terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Seorang hamba yang beriman semestinya berkomitmen untuk tidak akan mengulangi lagi dosa dan kesalahan-kesalahan yang telah ia perbuat serta setia pada ahli keluarganya.
Sama-sama saling mengingati sesama hambaNya. Insyallah..

No comments:
Post a Comment