Semalam sambil menyiapkan statistik tahunan di pejabat saya mendengar ceramah agama dalam Youtube yang tak berapa sure tajuknya tapi topiknya memang cukup menarik. Sedia untuk berkongsi dengan pembaca blog saya.
Biasa kita baca di akhbar, tv, internet, ustaz, ustazah dan kaunselor akan mengingatkan tentang kebebasan manusia melakukan zina di zaman sekarang tanpa mengira status duda, janda, suami orang, isteri orang, remaja, bawah umur dan warga emas.
Majoriti sekarang bayi yang dibuang adalah dari hasil anak
zina! Saya berdoa siang dan malam agar ujian ini tidak diberi kepada anak-anak saya. Nauzubillah! Saya bukan memandang hina pada bayi hasil zina
apabila saya menulis entri ini. No! of course not! Malah saya
lagi berasa kasihan pada bayi itu kerana memikirkan apabila dia besar
nanti, apabila dia tahu bahawa dia anak hasil luar nikah, tidakkah dia
akan berasa saangat sedih dan kecewa?
Ya, memang ada yang berjaya
menjadi soleh walaupun dia tahu asal usulnya sebegitu, tetapi kita
bercakap mengenai umum. Saya bukan mengatakan bahawa semua anak zina itu
tidak soleh kerana soleh atau tidak, bukan diwarisi dari ibu bapanya.
Jika didikan dari penjaganya baik mengikut Islam, dia juga akan menjadi
soleh dan solehah.
Tetapi, apa yang saya ingin sampaikan
ialah kenapa manusia sekarang bebas melakukan zina tanpa merasa takut dengan azab Allah. Rasanya zaman mula kita menjejakkan kaki di sekolah agama awal lagi sudah dididik oleh para guru dalam kitab Akhlak. Sayang sekali kita buangkan jauh-jauh ilmu yang sudah diturunkan kepada kita semua.
Mungkin, kita merasakan diri masing-masing sudah cukup hebat, nasihat orang yang lebih cedik pandai, ibubapa, isteri/suami dan anak-anak dipandang remeh tapi kalau sudah terhantuk barulah menyesal kemudian hari. Tambah mereka yang mempunyai keegoan yang sangat tinggi, langsung tidak mahu mendengar nasihat yang lebih baik untuk jalan kebaikan.
Allah sudah beritahu di dalam Al-quran, jangan hampiri zina bukan jangan berzina. Kita semua kena ingat, maksud hampiri zina ialah keluar berdua-duaan. Jika sudah banyak kali berdua-duaan, tidak mustahil syaitan akan memainkan peranan supaya berzinakan? Wahai ibubapa, sanggupkah melihat anak-anak kita melakukan zina? Walhal kita sendiri menunjukkan contoh yang tidak baik.
Jadi kesimpulannya di sini, ikutlah
perintah Allah sebetulnya, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang
Allah larang. Entri ini juga mengingatkan buat diri saya yang juga ada anak. Memang scary bila baca tentang banyaknya remaja, suami, isteri, warga emas yang berzina dan seterusnya pelbagai gejala sosial yang timbul lebih lagi dalam gejala sosial rumahtangga. Sedihkan pasangan kita dan anak-anak bila mereka melakukan perkara terkutuk ini.
Ada pula yang kata, " Ala
keluar dating, pegang tangan je. Langsung tidak
berzinalah. Takkanlah nak berzina." Tengok! Boleh lagi cakap sebegitu dengan perasaan bangganya. Apa dah jadi? Hurmm! Langsung tidak menghormati dan menjaga perasaan pasangan masing-masing serta kesan jangka panjang perasaan pasangan masing-masing.
Dalam Quran, Allah tidak cakap, sesiapa
yang kuat iman, boleh jaga diri, pergilah dating. Tetapi, siapa yang
rasa-rasa tidak kuat iman, tidak boleh keluar dating. Tapi....!!
Allah cakap, jangan hampiri zina. Fullstop. Jadi, kita wajib ikut perintah Allah suka atau tidak. Awak pandai jaga diri ke, kuat iman ke,
tetap tidak boleh keluar berdua-duaan. Kena jaga batas diri, adakah kita suami orang? isteri orang? Ayah dan ibu kepada anak-anak? Bagaimana nak dapatkan redha
Allah jika pada permulaannya sudah dapat murka Allah?
Pesanan dari saya untuk pembaca blog ini supaya sentiasa
memperbaiki diri dengan menjadi hamba Allah yang soleh dan insan yang solehah kepada
makhluk-makhluk Allah di bumi Allah ini.
Akhir sekali dalam entri ini, wahai ibubapa dan anak-anak di luar sana, ikutlah ajaran Islam dengan sebenarnya. Patuhlah tanpa
berdolak-dalih kerana Allah yang ciptakan kita, Allah tahu apa yang
terbaik buat diri kita.
Dalam meniti usia senja, kembalilah kepangkal jalan pintu taubat sentiasa terbuka kepada hambaNya yang lalai. Cinta hakiki pada Allah itulah yang kekal.
Perbanyakkan muhasabah diri! Hurmm! Maafkan saya kalau ada yang terasa hati dengan entri kali ini. Niat saya ikhlas untuk membuka ruang mereka-mereka yang lalai dan menyedarkan kembali kejalan Allah.
Cermin-cerminkan diri jangan perasan muda walhal rambut dah putih merata. Allah nak jemput bila-bila masa je.
Cermin-cerminkan diri jangan perasan muda walhal rambut dah putih merata. Allah nak jemput bila-bila masa je.
Dah banyak kita tengok dan lihat kesan dari setiap perbuatan mungkar. Tak perlu tunggu lama...
ReplyDeleteBetul tuh AA, selalunya kat dunia lagi Allah dah tunjuk azab dan sengsaranya, ada setengah tuh rezekinya sentiasa susah, jiwa yg tidak tenteram...itu pun kadang2 masih tak sedar diri lagi.
ReplyDeletehttp://www.freefacebookmalaysia.tk/
ReplyDeleteGet a Free Facebook T-Shirt
Now You can get our facebook team T-shirt. Only Requirement is You to have an account in our side Facebook if you don’t Have account you can join Now our site. Then you can register for your facebook team T-shirt Then you can get your Free
T-shirt with in three or 04 weeks. It is Free No Need Money & Credit Card. Absolutely Free Free Delivery No Shipping Fees
We Hope you Enjoy your Free Facebook Team T-shirt!!!
http://www.freefacebookmalaysia.tk/
Tq for promotion !!
Delete