Nuffnang

Friday, January 18, 2013

Andai Hari Ini Kita Bahagia

Selamat malam jumaat semua. Kejap je esok dah jumpa hari jumaatkan? Bermakna saya bakal mengadap hari sabtu dan ahad. Yah! Hari merehatkan diri iya tak....hihihi. 

Minggu ini pelbagai masalah yang timbul, saya sekadar menjadi pendengar untuk berkongsi luahan rasa dan hanya mampu beri sedikit nasihat yang baik2. Siapalah saya kerana ilmu yang tidak tinggi mana pun tapi boleh berkongsi melalui pengalaman. Itulah ujian Allah sebenarnya yang diberi dalam pelbagai bentuk mengikut kemampuan hambaNya masing-masing.





Sejak kebelakangan ini saya suka menonton youtube berkaitan motivasi antara penceramahnya Dr. Robiah K Hamzah, Prof Muhaya, Dr Fadzilah Khamsah dan ramai lagi. Sedikit kata2 Prof Muhaya yang boleh saya ingat dan perlu dikongsikan bersama pembaca blog ini dari nasihat Prof Muhaya.

Apa bila kita berada di zon Allah maka kita akan tenang. Semoga kita tanam niat untuk lebih bahagia dan membahagiakan dengan menyayangi diri sendiri. Moga hilang semua emosi negatif. Niatkan dalam diri sebelum tidor dan bayangkan kita menjadi orang yang berakhlak mulia.

Andai hari ini kita bahagia dengan suami dan anak2 belum tentu di masa hadapan kita masih dalam keadaan yang sama. Mungkin salah seorang antara kita akan pergi buat selamanya dan sebagainya. Begitulah juga sebaliknya. Muhasabah diri setiap masa. Moga Allah sentiasa memelihara kerukunan rumahtangga kita semua.

Moga esok menjanjikan seribu kebaikan. Insyallah...:)

 

4 comments:

  1. Saya pun suka motivasi dari Dato Fadzilah Kamsah dan Prof Dr Muhaya.

    Mendengar mereka bercakap dgn tenang saja dah buat hati kita rasa senang dan tenteram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah AA, mereka nih jadi motivator kita semua..amiklah yg baik2...

      Delete
  2. Assalamualaikum, Ada baiknya sambil sambil online and sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Average ROI ialah 15% setiap bulan dari pelaburan anda.

    Link : http://malaysiauinvest.blogspot.com/

    PS : Boleh PM saya or email di myuinvestnet@gmail.com

    ReplyDelete