Nuffnang

Thursday, January 17, 2013

Melepas Rindu Dalam Mimpi

Alhamdulilllah! Akhirnya dapat juga saya melepas rindu selama 7 tahun  pemergian bonda tercinta saya. Merasakan mak saya ada di sisi saya. Syukur biar pun sekadar mainan dalam tidur, sudah mengembirankan hati saya. Terima kasih mak! Terima kasih ya Allah memberi ruang untuk kami berjumpa walaupun seketika.  





Syukur... 

Sebab dapat apa yang saya impikan  selama nih.
Rindu ini terubat sungguh pun tidak di depan mata tapi saya sentiasa merasakan dia masih ada dihati kami. Hebatkan mak saya. Terlalu banyak kenangan bersamanya,  kalau dia masih ada, tentu saja saya akan mengeluh, gelak ketawa dan bercerita dengannya tentang hal yang semasa dan peribadi. Mungkin juga dia rujukan utama saya! Tapi saya harus kena percaya dengan ketentuan Allah. Mak saya dah tak ada...

Saya hanya mampu berbicara dengan dia di dalam hati saya, setiap hari ingat kita ini milikNya. Setiap kali selepas solat tidak pernah lepas doa saya pada dia untuk disampaikan rasa rindu. Mungkin Allah  Maha Mengetahui luahan hati hambaNya. 

Apa yang masih saya ingat dalam mimpi ketika itu  saya dan mak berbuka puasa di satu tempat yang cukup indah. Banyak makanan yang lazat2 dan pelbagai jenis minuman dan keadaan sekeliling seperti sebuah taman. Kami tidak berkomunikasi langsung tapi mak sentiasa tersenyum setiap kali saya hulurkan minuman dan makanan, kalau tidak bersetuju dia hanya mengelengkan kepala. Wajah mak saya putih berseri dan lemah lembut. Subhanallah ayunya mak saya.

Walaupun seketika mimpi saya tapi saya bersyukur dapat melepas rasa rindu. Sebak saya menaip entri ini. Mak adalah idola saya. Terima kasih mak melahirkan dan membesarkan saya biar pun kami bertemu dalam mimpi tapi terlalu indah dan bermakna buat saya. Dah dekat mana agaknya mak saya? Sebak saya malam nih, tarik nafas panjang2. Astghfirullahalazim! 

Al Fatihah buat mak saya.

No comments:

Post a Comment