Selamat malam semua, boring yang tahap gaban malam ini duduk rumah bersendirian. Pak incik saya ada kem motivasi dan anak dara kita pergi shopping. Makanya kita bertemankan blog dan youtube. Apa pun bolehkan?
Hello!
Dah lama sangatkan terperap gambar2 semasa pergi makan chiken chop di
Hutan Bandar Johor Bahru. Baru berkesempatan nak upload dalam blog ini.
Kali
ini nak share betapa sedapnya chicken chop di Hutan Bandar Johor Bahru
yang cukup mabeles hingga menjilat jari. Syruppp! Sekarang saya sedia
mengotakan janji untuk menulis malam nih ..hihihi.
Kami
singgah makan di Hutan Bandar sebab dah lama tak merasa betapa sedap
dan murahnya Chicken Chop RM5 yang terkenal di kalangan warga Johor
Bahru.
Pergi bersama kaum ibu dan anak-anak, biasalah kalau ada anak-anak sudah tentu meriahnya lebih dari segalak...hihihi
Ini la Chicken Chop tuh yang saya maksudkan. Cer tengok, dengan hanya RM5 you can get this big portion, complete with the coleslaw, salad, fries and other side dips with a very cheap price.
Terus placed order dan dekat 20 -30 min baru sampai makanan. Makan dekat sini kena ada sifat sabar ya kawan-kawan, ramai sangat customer yang datang.
Makan sebelum magrib bagi memudahkan dan keselesaan. Lebih kurang pukul 5.10ptg kami dah sampai dan almost half place dah penuh orang...huhuhu. Advanced sungguh dorangkan.
oohhh ... kita ada bercadang nak buat chicken chop hari nii
ReplyDeleterm5?..murahnya...
ReplyDelete