Selamat berhujung minggu semua. Kita malam tadi pulang lewat kerumah kerana menyiapkan data untuk Key Amal Indicators berkaitan Perangkaan Enrolmen Pelajar. Malam tadi stay dekat pejabat sampai 10.30mlm tapi tak selesai jugak....uwaaa. Angkut bawak balik siapkan hari ini. Alhamdulilah selesai sudah. Huh! Boleh tarik nafas lega. Leeeeganya bila boss hantar sms ucap terima kasih, bukan minta pujian tapi rasa dihargai...hihihihi. Sama-sama kasih ya boss...hikhikhik.
Seriously saya rasa seronok bila dapat selesaikan tugas ini, mungkin tak semua orang suka diberi kerja luar daripada tugas. Saya selalu berdoa agar Allah bukakan pintu hati seronok di tempat kerja dalam menjalankan tugas dan pergaulan. Alhamdulilah impian saya hampir tercapai.
Saya merasakan ceria ketika hendak ketempat kerja, kata sesetengah orang, biar orang baling tahi kita bagi bunga padanya, Insyallah sindrom ini memberi kita ada mood dalam menjalankan tugas.
Ambillah ispirasi tentang semut, mereka sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain dan berkerjasama. Bila kita ceria ditempat kerja secara automatik diri menjadi positif. Jangan sesekali mencampurkan masalah peribadi dibawa ketempat kerja.
Lafazkan ucapan terima kasih setiap kali berurusan dengan rakan dan boss dan buangkan rasa dendam dengan rakan sepejabat. Maafkan selalu tanpa menyimpan rasa dendam.
Perbanyakkan berdoa, Ya Allah matikan saya dalam iman, berikan rezeki yang halal dalam menjalankan tugas seharian supaya mendapat keberkatan hidup. Baru saya tahu, ini pun pesanan dari Datuk Fadzilah Khamsah katanya, orang yang kuat dan rajin berkerja dosanya terampun. Subhanallah mudahnya mencari kebaikan dalam diri sebenarnya.
Dalam banyak urusan kita, semestinya kita memerlukan sumbangan dan kerjasama ahli pasukan lain. Tak selamanya kita boleh buat sensorang. Ya... pakatan macam semut.
ReplyDeleteBetul tuh AA, berkerja nih mcm sebuah keluarga.
Delete