Nuffnang

Wednesday, January 23, 2013

Bersyukurlah Dengan Diri Sendiri



Saya suka membaca, mendengar dan menonton berkaitan perkara yang menyumbang tentang motivasi diri. Banyak manafaat yang saya dapat dalam diri dan berkongsi dengan pembaca blog ini. 





Salah satu yang buat saya banyak belajar tentang kehidupan dari seorang yang saya rasakan dia banyak memotivasikan diri ini. Terima kasih Naib Canselor saya Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang suka mendidik hati orang lain dan saya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Saya akan merasakan terlalu rugi kalau tidak dapat menghadirkan diri dalam setiap taklimat bulanan bersamanya. Terima kasih Datuk dengan pesanan yang  diberi moga Allah jua yang membalasnya. 

Subhanallah indah hidup ini kalau kita bijak merawat diri sendiri termasuklah menjaga akhlak  yang sempurna. Kalau kita boleh menghayati diri sendiri sedalam-dalamnya  boleh menitiskan airmata. Cuba audit diri sendiri, kita manusia biasa. Apalah kekurangan diri yang patut ditambah untuk memperbaiki diri untuk bekalan akhirat nanti.


Bersyukur bukan sekadar sebutan ‘Alhamdulilah’, itu sekadar lafaz sahaja.  Bersyukur itu memperbaiki diri dan menghambakan diri kepada Allah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab Allah beri nikmat mengikut kesesuaian kita, kebiasaannya Allah kurangkan disini tapi dilebihkannya disana. Kadang-kadang Allah beri kekayaan tapi Allah tak izin untuk perkara yang lain dan sebaliknya.

Subhanallah punyalah banyak pahala kepada ibubapa yang punya anak cacat, pahala yang diterima setiap hari. Jangan sesekali mencemuh pasangan kita bila ada kekurangan dalam dirinya, sesungguhnya banyak sangat kebaikan yang diperolehi kepada insan bergelar seorang suami dalam melakukan kebaikan kepada anak2 dan isterinya.

Moga kita tidak lupa dengan apa yang kita dapat dari nikmat Allah. Bersyukurlah bila mendapat nikmatNya. Didiklah hati kerana bersyukur ini merupakan sebuah harapan untuk menuju jalan kebaikan.

Mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan diri sendiri dan dapat memberi contoh terbaik kepada keluarga. Insyallah!


No comments:

Post a Comment