Alhamdulilah, selamat malam semua. Sudah beberapa hari rasanya saya tidak berkesempatan untuk update blog ini.
Walaupun saya tiada kelapangan bila menjengok blog ini rasa terharu melihat jumlah pengunjung yang melayari blog ini. Terima kasih kerana meluangkan masa sudi membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini.
Saya
agak sibuk kebelakangan ini dengan urusan kerja di pejabat, aktiviti
bersama keluarga dan rakan-rakan di luar. Malam ini sempatkan diri
untuk menaip dalam blog ini sambil melakukan kerja pencarian maklumat untuk pendokumentasian research university.
Saya anggap tugasan ini satu ibadah sebab saya melakukannya dirumah tanpa di bayar wang ringit atau tuntutan cuti gantian dan sebagainya. Rasa bersyukur bila dapat menyumbang sedikit aktiviti ke arah yang melibatkan taman ilmu.
Apa yang saya lakukan ikhlas kerana Allah Taala. Ini adalah realiti, masyarakat pada hari ini begitu dahagakan ilmu. Apalah salahnya saya sekadar menyumbang tulang 4 kerat ini yang termampu.
Apa yang pernah saya dengar dan baca, jangan lepaskan peluang untuk
berada di taman-taman syurga, kutiplah walau sedikit manfaat yang
berada di dalamnya agar kita di beri Rahmat untuk di masukkan ke dalam
Syurga oleh Allah. Subhanallah!
itu pokok liar menjalar kan kak? :D
ReplyDeleteaah..GB itu pokok liar...:)
Delete