Selamat berhujung minggu pembaca blog saya semua. Terima kasih sudi membaca blog nih. Ceh! Bajet retis lagik aku nih..miahaha. Saya nih bukanlah seorang yang rajin, tetapi sekali2 keluar mood rajin nauzubillah...hahaha. Namun kira rajin jugaklah dengan tulang 4 kerat ini....hihihi
Sebenarnya saya dalam mood rindu sangat dengan abahku yang sorang tuh. 2 Minggu lepas balik rumah kampung halaman rumah dia kosong. Beriya2 kita bawak buah durian untuk dia merasa. Tinggalkan buah tuh tempat yang selamat dan petangnya calling2. Minggu lepas dia pegi Batu Pahat. Minggu nih saya pulak bz. Minggu depan apa cara sekali pun nak jumpa dia gak...huhuhu. Jangan sesekali lupa untuk appreciate your father & mother hokeh, hidup tak berkat.
Tiba-tiba membuatkan saya berfikir sejenak. Saya tengok awan dan memuji kecantikannya. Pokok-pokok bunga yang kat porch semua dah tak ada lagi yang spesis berbunga, banyak yang saya dah buang. Ada pun yang tinggal hanya spesis berdaun hijau. Sebelum ini adalah juga beberapa batang pokok ros yang banyak
mengeluarkan bunga tapi akibat terkena serangan kulat abis saya buang. Pasu yang sedia ada saya gantikan dengan tanaman kacang panjang renek.
Banyak masa saya abiskan masa involved
dengan dunia maya, membaca dan sewaktu dengannya. Sampaikan ciptaan Allah depan mata yang beribu kali
ganda cantik pun saya tak perasan dan sukar nak lakukan. Petang nih nak ajak anak dara pegi nurseri, tengok apa2 pokok yang saya berkenan dihati.
Berangan nak menanam pokok Chrysanthemum di tepi tingkap. Bila bangun
pagi terasa gembira kerana pokok-pokok berkembang mekar. Bajet macam rumah omputih...miahaha. Selalu yang saya amalkan ketika
menyiram pokok, berselawat ke atas nabi agar pokok
tumbuh dengan sihat. Idok ler teman berselawat kuat2 macam orang Maulud Nabi tuh, selawat sesorang dalam hati. Kadang2 pandang kiri
kanan gak takut neighbour nampak, cakap seseorang akak nih....hahaha
Really saya suka bercucuk tanam tapi dalam versi moden, kemana kuah kalau tak ke nasi jugakkan. Arwah ibu dan abah saya memang gemar bercucuk tanam di sekeliling rumah. Tambah boss saya di pejabat pun rajin bersembang bab menanam pokok jadinya saya ada geng nak sembang...hihihi.
Terima kasih pokok kerana membekalkan oksigen kepada saya. Kalau pak incik saya, abis disuruhnya buang semua segala pasu yang ada katanya tak perlu ada pokok di kawasan rumah. Tak sedar tuh pokok2 inilah yang bagi dia bekalan oksigen...huhuhu. Dah tua2 nih dia layan juga minat saya, dia belikan alat untuk menyiram pokok tapi hangat2 tahi itik. Tolong siram adalah dalam 5-6 kali lepas tuh dah tak menyentuh lagi...hehehe. Orang tak minat tak boleh dipaksa! :)
Menanam pokok nih sangat bagus untuk menangani segala masalah, kerunsingan dan keserabutan fikiran hilang bila kita beri tumpuan pada tanaman dan tumbuhan. Suasana hijau
daun menyegarkan pandangan.
Saya boleh rasa bagaimana tanah yang melekat pada jari dan tangan memberikan satu terapi pada kulit. Dah
lama tak main dengan tanah. Teringat bagaimana zaman saya kecil dulu, kaki dan tangan, bersalut lumpur. Kata orang
tanah dan lumpur baik untuk kulit. Betul juga, sebab kita manusia juga
berasal dari tanah. Arghhh! Rindu semua tuh.
Satu lagi jangan buang bahan atau sisa-sisa dari dapur sesuka hati, seperti perut ikan, air basuhan beras, kulit bawang dan sebagainya kerana ia
boleh dijadikan baja pokok dan boleh melestarikan kawasan sekitar
kediaman. Tak caya try la. Alhamdulilah sangat berguna.
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment