Selamat berhujung minggu, malam2 nih masa untuk rehatkan diri. Petang tadi ngadap pokok bunga adalah buat kerja sikit, mengemburkan tanah dan membaja. Macamlah pokok aku tuh banyaklah sangat...kikkiki
Kisah perjalanan
yang sudah agak lama jugak tapi kali ini kalau diukur dari segi jarak taklah jauh sangat. Tapi kalau
dilihat dari masa perjalanan, jauhlah jugak
iaitu di Kundasang, Ranau.
Kita pergi War Memorial berempat tapi yang masuk hanya saya dan adik lelaki manakala adik lelaki bongsu saya dan pak incik pergi 'ngeteh' di bawah sinun. Jadinya sayalah yang beruntung walaupun kena mendaki ditempat yang agak tinggi. Mengahlah juga...huhuhu
Kundasang War Memorial adalah salah satu
tempat bersejarah di Sabah. Di dirikan pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar
Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang
Dunia Kedua. Selain itu, memorial ini juga khusus untuk memperingati
rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu
tawanan perang. Ini bukan cite sejarah Sulu-Sabah hokeh! kihkihkih
Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British
dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang
pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan
kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang
pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia
dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.
Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di
kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam
terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun
meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya
upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala
tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera
Jepun.
Kundasang War Memorial nih sudah banyak mengalami perubahan. Kalau dahulu
tempat ni memang hanya kelihatan seperti kubu perang, tapi sekarang
tempat ni dihiasi dengan empat jenis taman: The Australian Garden, The
English Garden, The Borneo Garden, The Contemplation Garden and
Pool. Juga terdapat bilik tayangan serta kemudahan untuk
Orang Kelainan Upaya (OKU).
Jadi kalau ada kesempatan berkunjung ke Sabah, terutamanya di Kundasang,
jangan lupa singgah di Kundasang War Memorial ni. Tak mahal pun
bayaran, cuma RM2 untuk pemegang kad pengenalan dan RM10
untuk lain-lain warganegara.
No comments:
Post a Comment