Nuffnang

Thursday, March 21, 2013

Pasar Kemboja @ Sg. Tiram

Selamat malam semua, esok kerja seperti biasa dan lusa seronoknya warga negeri Johor sekelian alam akan bercuti sempena Hol Almarhun Sultan Iskandar. Marilah kita semua sama2 sedekahkan Alfatihah moga rohnya diletakkan bersama orang2 yang beriman. Amin.






Memandangkan cuti umum jatuh pada hari khamis, automatik kepala nih terpikir nak pergi satu tempat. Saya ingat nak ke Cambodia...hahaha. Ini Cambodia versi Malaysia, siapa tahu tempat nih? hihihi.  Cer bagi komen sket...:)

Pasar Kemboja yang terletak di Sg. Tiram ini  berhadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram. Beroperasi  setiap pagi Khamis, seawal jam 7.00 pagi. Dari pengalaman 2 kali mengunjungi pasar tersebut, peniaga-peniaga di sini majoritinya orang Kemboja. Pasar Kemboja ini berlangsung di kawasan lapang seperti padang. Tiada laluan berturap seperti pasar malam. 





Selalunya seawal jam 7.00 pagi kami telah tiba di Pasar Kemboja tersebut. Mujur dah paham jalan kesana. Kali terakhir saya kesana kalau tak silap bulan Ogos yang lalu.

Sewaktu kami tiba, banyak kereta yang telah memenuhi kawasan parking. Bayaran tempat parkir RM2.00 sekali masuk. Kawasan tempat parking agak terhad. Kenderaan lain yang tidak dapat parking, bersusun di tepi jalan, menyesakkan lalu-lintas...kikiki. Apa nak buat masing2 kaki shopping...hihihi





Banyak pakaian dan barang2 yang dijual dan diikat secara pukal. Murahnya telekung, tudung, pakaian di sini, hah jangan tak tahu telekung bersulam boleh dibeli pada harga RM40 sepasang. So barang2 di sini kebanyakkan dibeli oleh pengusaha2 yang berniaga di Plaza Angsana, Kipmart dan sebagainya. Harga di sini jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga di pusat membeli belah. 




Seronok dapat bersiar sambil membeli-belah pakaian yang murah. Kawasan padang Pasar Kemboja ini tidaklah tersusun seragam, tapi memang berbaloi kalau dapat membeli di sana. Contohnya baju kurung moden yang di jual di Plaza Angsana dengan harga RM200.00 di Pasar Kemboja boleh dapat dengan harga RM80.00 sahaja, begitu juga dengan kaum lelaki yang gemarkan tshirt sukan dan sebagainya. 

Tak habis2 kalau nak cerita pasal Pasar Kemboja nih, bolehlah pergi kesana esok, pastikan keluar awal pagi...hihihi. Kebanyakkan harga sama dengan harga semasa bershopping di Bandung, Indonesia...hihihi

Jangan risau tempat ini boleh masuk ke wishlist place to visit...hihihi

 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ya...nanti kalau mahu kesana saya hubungi kamu...;)

      Delete