Nuffnang

Thursday, April 18, 2013

Dari Kamar Perbicaraan Pembahagian Pusaka

Salam sejahtera semua dan terima kasih sudi membaca blog saya. Semalam saya cuti rehat atas urusan keluarga di Unit Pembahagian Pusaka Johor Selatan. 

Terlebih dahulu maafkan bukan nak menunjuk2 dan sebagainya, saya sekadar berkongsi perkara yang saya anggap terlalu remeh selama ini namun sebaliknya. Terpikir saya bagaimana kalau yang berurusan itu orang kampung dan tidak tahu prosedur sebenar. Adoiiii! Memang kesiankan. Kami sekeluarga melantik peguambela bagi memudahkan tidak perlu turun naik pejabat memandangkan adik beradik saya kesemuanya mempunyai komitmen dalam kerjaya dan ada yang tinggal jauh.




Alhamdulilah nasib saya masih punya seorang abah yang sangat bijak dan sanggup bersusah payah menguruskan harta pusaka peninggalan arwah ibu saya. Proses pembahagian belum selesai kerana ibu saya meninggal dunia secara tiba-tiba. Mood sedih! AlFatihah buat mak. 

Semalam 16.4.2013 tarikh perbicaraan kami di Bilik Perbicaraan 2, Unit Pembahagian Pusaka Johor Selatan yang diketuai oleh seorang hakim bersama abah dan adik beradik saya. Saya bayangkan biasa2 je datang pejabat terus berurusan...hihihi. Masuk bilik perbicaraan tu siap ada kandang tempat duduk hakim. Cuma saya tak nampak hakim tuh ketuk tukul besi atas meja...hahaha

Banyak juga soalan cepu emas untuk abah saya...hihihi. Apa kaitan simati dengan pakcik?...huhuhu. Abah saya jawab dengan cool, isteri saya yang sah dan dia kini sudah meninggal dunia. Sebak dada kak Ton masa tuh, macam nak nangis...huhuhu.

Anak pakcik ada berapa orang? Abah pun jawab, ada 5 orang tuan hakim dan seorang lagi anak angkat yang arwah isteri saya pelihara sejak dia lahir lagi....huhuhu. Sedih masa tuh tarik nafas dalam-dalam. Istighfar banyak kali. 

Boleh pakcik baca ikrar ini tak? Bapa saya pun membaca teks yang diberi oleh hakim dan diikuti dengan kami adik beradik. Rasa macam zaman sekolah dan nyanyi lagu Negaraku pulak...hahaha




Bila abis ikrar hakim tanya lagi abah saya. Dah berapa tahun arwah isteri pakcik meninggal? Abah saya jawab dah 8 tahun. Berapa tahun bapa mentua pakcik meninggal dunia? Abah saya jawab 10 tahun dan kami adik beradik mengiyakan jawapan abah. Betullah tahun perbezaan pemergian arwah ibu dan atok saya tak jauh.

Hakim tanya lagi, boleh saya tahu tarikh perkahwinan pakcik dan arwah. Abah saya terus jawab pakcik lupa, alahai comelnya abah saya masa tuh tapi abah saya nih terlalu penyayang dengan arwah mak. Cepat2 kakak saya tolong jawab, 4.1.1963 tuan hakim. Hakim pun ketawa sambil menulis catatan...hahaha

Kemudian kami adik beradik kena memperkenalkan diri mengikut turutan kecuali sorang yang tidak dapat hadir sesi perbicaraan kerana menetap agak jauh, memadai menghantar surat kepada hakim.

Hakim terus memutuskan tanah-tanah di bahagikan kepada anak-anak dan rumah pembelian arwah ibu saya diberi kepada adik angkat kami. Hakim siap bertanyakan ada bangkangan tak kerana rumah diberikan kepada anak angkat. Kami adik bersetuju rumah tersebut diserahkan pada adik angkat kerana amanah lisan dari arwah ibu saya semasa dia masih hidup. 





Bagi saya walaupun adik angkat tapi memegang amanah arwah mak saya dia tetap ahli keluarga kami. Langsung tiada perbezaan, sayang kamu Topek! Bila tengok dia mesti ingat mak sebab arwah meninggalkan seorang hamba Allah yang patut kami ambil berat walaupun dia sudah punya kerjaya yang baik. Kami memegang amanah dan tanggungjawab ini. Bukan satu bebanan tapi tersangat mengembirakan.

Perbicaraan tanah selesai tapi kes rumah perlu dijalankan sekali lagi kerana rumah pembelian arwah mak saya diserahkan kepada adik angkat...huhuhu. Bila adik saya balik perbicaraan perlu dijalankan di hadapan hakim dan abah. Bukan senang ya prosedur ini.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak perlu bermasam muka dan bergaduh untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka arwah mak saya kerana kami sentiasa bermuafakat dalam kekeluargaan. Apa yang nak direbutkan semuanya itu bersifat sementara. Bagi saya kewujudan mak saya lebih bernilai kalau nak dibandingkan dengan harta pusaka yang ditinggalkan tapi siapalah saya untuk menghalang ketentuan Allah. Saya percaya mati itu pasti dan hidup insyallah.

Saya perhatikan juga ada yang datang untuk perbicaraan dengan bermasam muka. Tak bestlah main tikam2 lidah nih...hahaha. Mintak2 dijauhkan dari perkara sebegini. Kasihan ibubapa dalam kubur anak-anak berebut harta. Nauzubillah!


8 comments:

  1. Salam Kak CT ..lamo bonar JM tak singgah kat blog Kak CT ni.

    Salam takziah buat ibu kak CT dan Alhamdulillah juga semua urusan berjalan lancar :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. JM, akk pun dh lama x blogwalking. Terlebih rajin kan...hahahaha. Tq datang sini...rajin2 singgah ya...:)

      Delete
  2. Wah JM, seantero dunia kamu jelajah ye...kat sini pun jumpa..

    Biasanya perbalahan memang sering terjadi terutama yg melibatkan harta pusaka ni. Kekadang tanah yang di bagi sama luasnya, tapi nilai pasaran tak sama pun boleh jadi gaduh. Tapi kalau adik beradik punya kerjaya yang baik biasanya mereka memang boleh berlbih kurang.

    Alhamdulillah Keluarga CT nampaknya sepakat...

    ReplyDelete
  3. Mie, biarkan JM meronda...bukan ker tiket Airasia tgh murah skrg,...hahaha

    Alhamdulilah family saya ukhwahnya sangat rapat dan saling memerlukan...eppy family katakan...huhuhu

    ReplyDelete
  4. En Mie, JM kan glamour semua tempat JM ada hahhhahah biar ramai kawan jgn ramai musuh hiksss

    Kak CT, heee sy setuju dengan ngan komen kak CT tue time bujang ni la nk jelajah :-)

    ReplyDelete
  5. jelajah jgn x jelajah...rugi x menikmati keindahan alam yg Allah beri pada kita semua...bajet ustazah hari jumaat nih...hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, mudah-mudahan urusan pembahagian pusaka keluarga CT berakhir cepat. Setahu akak, harta pusaka sebaik-baiknya diselesaikan secepat mungkin sebaik arwah selamat dikebumikan, bila lewat diuruskan dikhuatiri ada yang terambil bahagian anak-anak yatim (ingat, walaupun sesen tetap bahagian anak-anak yatim) dan untuk mengelak ungkitan/ sebutan waris2 yg berhak, yang mungkin tidak menyebutnya di depan khalayak kerana malu kepada ahli keluarga yang lain. Ada pendapat yang mengatakan jika ada harta yang boleh diagihkan segera seperti wang tunai, emas perhiasan dll, bahagikanlah sebaik jenazah selamat diuruskan untuk mengelak cakap-cakap belakang berkaitan harta pusaka tersebut kerana perkara2 ini merupakan gangguan kepada si arwah, wallahualam..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak nasihat yg baik2.. Insyallah berjalan dgn baik sbb kami tiada masalah dlm family. Terima dgn seadanya...:)

    ReplyDelete