Nuffnang

Thursday, July 25, 2013

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

Salam untuk semua,

Wah! Gembira bagi penjawat awam. Malam tadi aku tengok dalam berita kat tv. Perdana Menteri, mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam manakala sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos ini.




Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.




Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Selanjutnya bolehlah baca dalam Kosmo.


3 comments: