Nuffnang

Thursday, December 5, 2013

Banjir Di Kemaman

Inilah realitinya. Bukan sandiwara dan sebagainya, ini adalah apa yang berlaku di Kemaman, Terengganu akhir tahu 2013. Ujian dari Allah untuk kita semua.

Kemaman tenggelam dan di isytihar darurat, puluhan ribu terperangkap dalam banjir yang paling besar dalam sejarah bandar itu.






Kita risau memikirkan nasib anak yang menetap di Kemaman, moga selamat hendakNya. Saya dah terputus hungan dengan dia, hanya sesekali dapat bersms  itu pun kalau line ok...huhuhu

Saya di maklumkan bekalan elektrik dan air sudah terputus. Makanan yang ada hanya tinggal beras dan ayam mentah. Pandai-pandai la ya dik...hihihi. Masak nasi guna dapur dan ayam sekadar goreng. Air guna tadahan air hujan. Keadaan sudah terdesak semuanya boleh. Itu namanya ujian, Allah nak tengok kita kuat dan sabar tak dengan ujianNya.

Nak balik Johor pun semua lalauan tak boleh di lalui jadinya duduklah dekat 'pulau'...kikikiki. Pandai-pandai ler jaga keselamatan diri.








Hampir 800 penduduk terpaksa dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan sehingga tengah hari ini akibat banjir dengan kesemuanya adalah dari daerah Kemaman.

Keadaan banjir dilaporkan semakin buruk dengan kebanyakan sungai utama di negeri ini sudah melepasi paras amaran.

Apalah nasib keluarga sepupu dan anak saya di sana? Adik saya juga terselamat dah balik awal dan kini berada di Senawang dan Johor. Bijak-bijak..hihihi

Sedikit artikel ini yang saya boleh kongsikan, liputan banjir ini semalam.

12.50 Tengah Hari 4 Disember 2013 - Terkini. Kg Banggol Kiri, Kemaman. Kg dalam bandar, air semakin naik.

11.05 Pagi 4 Disember 2013 - Batu pahat sudahpun dinaiki air. Get ready semua penduduk Batu Pahat. Hujan renyai2 masih ada di sekitar area Batu Pahat.

9.45 Pagi 4 Disember 2013 - Penduduk yang tinggal berdekatan sungai atau kawasan banjir di Johor diminta berjaga-jaga berikutan aras air sungai yang kian meningkat. Ia membabitkan daerah Mersing, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan terbaharu Muar dan Batu Pahat. Orang ramai yang ingin ke Mersing, Kluang atau Kota Tinggi dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Kluang dan Jalan Tenggaroh-Tanjung Sedili-Kota Tinggi.

9.30 Pagi 4 Disember 2013 - Bekalan elektrik terputus di daerah-daerah utama seluruh Pahang. Beberapa lokasi di Pahang telah pun terputus bekalan elektrik sejak malam tadi.

9.10 Pagi 4 Disember 2013 - Bandar Kuantan telah lumpuh sepenuhnya pagi ini air mencecah paras dada orang dewasa… jalan-jalan utama seluruh bandar-bandar utama Kuantan telah mati. Lebih 9300 penduduk sekitar Kuantan – Gambang telahpun dipindahkan ke lebih 60 buah pusat pemindahan di Zon Hijau. Kini, Kuantan sudah menghampiri Zon Merah.

8.20 Pagi 4 Disember 2013 - Banjir yang kini melanda Kemaman, Terengganu telah pun meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Padang Kubu, Kijal semalam. Menurut Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, beliau turut dimaklumkan seorang kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam kejadian air pasang besar, juga di Kijal.


2 comments:

  1. Semoga semuanya selamat.. kitarang baru je balik dari Dunggun. alalu Kemaman.. mmg hujan je masa ada di sana.. lepas seminggu terus that area banjir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tuh..kali nih paling teruk dlm sejarah banjir di Kemaman...

      Delete