Nuffnang

Saturday, December 21, 2013

BBQ

Malam nih kami anak beranak berbbq di hadapan rumah, bunyinya macam ramai sangat ahli keluarga nih....hihihi. 

Ala sekadar suka-suka untuk kami sekeluarga, tambah anak-anak balikkan so buatlah nasi goreng tomyam, bakar ayam, ikan cencaru dan sosej.





Sempat juga bagi jiran kiri kanan nasi goreng tomyam dan ikan cencaru bakar. Buat rasa-rasa untuk jiran tetanggakan, tidaklah mereka cium bau keharuman kami membakar tadi...hihihi





Anak aku adalah jemput 2 orang kawan rapat dia zaman persekolahan dulu. Tiap kali balik sini kalau masing-masing balik sure ada perjumpaan sembang kosong untuk mereka. 

Malam nih di rumah aku so bagilah budak-budak tu makan. Masa aku taip blog nih dorang tengah bersembang sambil makan-makan. Sembang lama nampaknya...hihihi





Sempat juga aku sembang dengan kawan dia yang dah sampai dulu tuh.  Si Keril dak kecit cinonet tuh...hihihihi. Kejap lagi dah nak terbang ke UK budak tuh untuk belajar bidang architecture selama 5 tahun.

Anak bujang aku pun siang tadi dah dok sebut2 nak sambung lagi pengajian bidang Oil and Gas di Bandung, Indonesia. Mudah2an itu yang aku mampu doakan sebagai seorang ibu. Moga anak-anak berjaya dunia akhirat. Insyallah...


2 comments:

  1. semoga apa yang dicita2kan anak bujang akak tercapai, ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Insyallah. Tima kasih Ann Ishak..

      Delete