Dunia akhir zaman, makin maju makin benda pelik2 wujudkan?
Doktor melakukan pembedahan Caesarean
kecemasan terhadap seorang wanita yang sarat ‘mengandung’ namun terkejut
apabila mendapati rahimnya kosong.
Wanita berusia 37 tahun itu dirawat
bidan dari Cabo Frio sejak awal kehamilannya sebelum dibawa ke hospital
selepas merasa sakit bersalin, kelmarin. Dia yang kelihatan sarat
mengandung turut membawa bukti rawatan pranatal yang mengatakan
kandungannya berusia 41 minggu.
Pengarah hospital berkenaan Rosalice
Almeida berkata, dia dihantar menjalani pembedahan kecemasan apabila
doktor gagal mengesan degupan jantung bayinya.
“Disebabkan ‘kandungannya’ sudah melebihi masa, doktor berpendapat tiada masa untuk melakukan ultrasound.
“Doktor terus melakukan pembedahan namun terkejut apabila mendapati rahimnya kosong,” katanya.
Sehubungan itu, kes berkenaan direkodkan sebagai kehamilan palsu dan wanita itu dirujuk kepada pakar psikiatri.
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang berusia 23 tahun berkata, ini kali kedua isterinya ‘mengandung’.
Menurutnya, isterinya ‘mengandung’ tahun
lalu namun mendakwa anak itu meninggal dunia di hospital tanpa
menunjukkan sijil kematian kepadanya.
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu
seorang lagi wanita, Layane Santos, 19, mendakwa bayi perempuan yang
baru dilahirkan dicuri di hospital selepas dia tersedar daripada
pembedahan Caesarean dan dimaklumkan mengalami kehamilan palsu.
Layane mendakwa dikejarkan ke hospital pada usia kandungannya 38 minggu selepas mengalami sakit perut dan pendarahan.
Wanita itu menerima rawatan pranatal
sepanjang kehamilannya, malah bidan turut merekodkan pembesaran bayinya
termasuk ultrasound yang turut merakamkan degupan jantung menunjukkan
dia hamil anak perempuan.
Ini kes macam pak incik aku kot, pregnat tak beranak sampai la hari nih. Nak buat cane tuh? Jenuh aku menunggu...hahaha
Sumber Malaysiandigest
No comments:
Post a Comment