Salam malam isnin. Saya abiskan cuti umum bagi negeri Johor sempena Hol Almarhum dengan menghabiskan masa berada di rumah bersama keluarga. Memandangkan anak-anak ada balik jadinya nampak meriah sedikit rumah ini.
Saya
rasa terharu bila mengikuti kisah-kisahnya di akhbar, youtube, facebook
dan pelbagai sumber lagi. Bukan apa, sebagai hambanya yang biasa ini
pun belum tentu mampu bergaul dan memberi khidmat dengan orang biasa, inikan golongan
kebanyakkan. Malu saya pada diri sendiri.
Inilah hamba Allah yang saya maksudkan, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup
menahan kesejukan merintangi air bersama mangsa banjir lain ke pusat
pemindahan selain menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa
terlibat. Agak-agaklah mampukah kita sebagai rakyat melakukan perkara kebaikan sebegini?
Tengku
Puan Pahang sanggup turun padang sama-sama memasak untuk mangsa banjir.
Baginya tiada istilah keluarga Diraja ketika melakukan kerja-kerja
amal. Sanggup meninggalkan keselesaan istana demi bersama-sama rakyat di pusat pemindahan banjir.
Saya merasakan Tengku Puan Pahang, mempunyai keluhuran hati yang cukup ikhlas dalam setiap kerja-kerja amalnya. Tahniah diucapkan
kepada DYTM Tengku Puan Pahang diatas usaha-usaha murni Tengku Puan bagi
membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
Alhamdulillah semoga Allah
swt membalas jasa budi Tengku Puan Pahang. Nilai-nilai dan ciri-ciri murni itu harus ada
pada setiap orang tanpa kira pangkat dan darjat. Saya tumpang berbangga jadi anak kelahiran Johor mempunyai kerabat Diraja Johor yang berhati mulia.
Semoga lebih ramai lagi pembesar-pembesar negara yang berjiwa rakyat seperti ini. Amin.
Semoga lebih ramai lagi pembesar-pembesar negara yang berjiwa rakyat seperti ini. Amin.
Cer baca dalam Sinarharian atau boleh juga membaca dalam blog Mat Gebu.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAlhamdulillah, baginda berhati mulia...rakyat Pahang dah tau dari dulu lagi. Bukan rakyat Pahang mcm kita pun kagum kan.
bestnya lagu latar kat sini ;)
Wslm. Saya warga Johor merasakannya sebab family dia pun camtu jugak, berjiwa rakyat.
Delete