Salam untuk semua. Pejam celik esok dah jumpa hari isnin. Arghhh! Kejapnya masa berlalu. Kalau hari jumaat alangkah seronoknya saya dah boleh berkebun. Bunyinya macam berhektar-hektar je kebun mak Jemah...hahaha
Sejak terjebak dengan hobi tanam-tanaman, saya banyak membaca, mengoogle dan bertanya dengan kawan-kawan. Tapi dalam hal ini saya lebih prefer alam semulajadi, hidup secara natural.
Bermakna saya mengamalkan tanaman secara recycle termasuklah baja dan sebagainya. Jimatkan?
Bermakna saya mengamalkan tanaman secara recycle termasuklah baja dan sebagainya. Jimatkan?
Bila kita tengok sempena kempen kitar semula diadakan
seluruh Negara. Tujuannya untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat dalam
menangani sisa buangan domestic dan industri Negara. Di samping itu, kempen ini
juga menggalakkan masyarakat menanam pokok bagi menghijaukan bumi untuk mengurangkan
masalah kepanasan global. Ceh! bunyinya beriya-iyakan.
Bermacam-macam cara kita boleh menyahut
dan menyumbang tenaga dalam menjayakan usaha ini. Berkebun dilaman rumah juga di
antara salah satu usaha kecil yang boleh kita sumbang kepada usaha kitar semula.
Bahan buangan terutamanya
dari botol-botol mineral, botol minyak
masak, bekas plastik pembalut serbuk pencuci, pembalut plastik beras dan
tin-tin biskut boleh digunakan semula sebagai bekas untuk menanam pokok bunga
dan sayur-sayuran.
Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksigen dan menyejukkan bumi serta persekitaran rumah kita.
Selain kita menikmati hasil tuaian juga dapat mengindahkan persekitaran dan paling utama dapat menambah bekalan oksigen dan menyejukkan bumi serta persekitaran rumah kita.
Jom kita berkebun sambil kitar
semula.
No comments:
Post a Comment