Nuffnang

Sunday, February 9, 2014

Menghadiri Program Diari Ammar

Alhamdulilah, Allah izin saya kembali menulis dalam dairi ini. 

Dah 2 hari saya tak berkesempatan menulis dalam blog ini sebab kesihatan tidak mengizinkan. Cuti hujung minggu saya abiskan dengan berehat kerana demam dan selsema melanda diri. Subhanallah semuanya atas izinNya masih dapat bernafas di mukabumi ini.




2 hari di rumah hanya berkesempatan posting di wall facebook mengenai jualan online itu pun sesekali dapat reply customer yang membuat pertanyaan. Maafkan saya.

Malam ini saya akan menonton sebuah program Dairi Ammar, pergi atas niat dari hati. Untuk mencari ilmu dan kebaikan diri. Semakin hari usia saya semakin berganjak, tiada yang indah kecuali mencari bekalan hakiki.





Namun bagi saya, setiap saat mesti saya manfaatkan. Saat yang diperuntukkan untuk usia, setiap detik, mesti ditentukan kegunaannya. Mudah-mudahan Allah makbulkan impian ini. Saya bukan insan yang sesempurna mana pun tapi hubungan dengan Allah harus saya perbaiki dari hari ke hari. Insyallah..

Namun hati saya kembali berbunga-bunga, apabila mendapat tahu malam ini ada sebuah program yang sagat hangat di ceritakan orang bertahap dunia. Saya minti izin dengan pak incik, Alhamdulilah dia sedia menemani. Biar pun saya tidak mengenali arwah Ahmad Ammar tapi kebaikan anak muda ini patut di contohi melalui hasil bacaan2 saya di alam maya. 

Sebagai ibubapa tiada harta yang istimewa kecuali meninggalkan kebaikan dan contoh teladan yang baik2 pada anak-anak. Mencari keredhaan Allah dan menjaga hubungan dengan Allah dari masa ke semasa sekurang-kurang meningkatkan motivasi diri dan hubungan kita dengan sang pencipta.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak. Amin.

Nota - Gambar2 sumbangan pak cik google.


No comments:

Post a Comment