Selamat melayari blog ini yang tanpa sempadan. Ya Allah saya lalai dan rasa bersalah untuk mengingati hari pemergian mak pada 2 Januari yang lalu. Saya lupa nak buat entri pada hari tersebut, memang tidak berdosa tapi rasa bersalah dalam diri.
Hari ini alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk bernafas dan berkasih sayang dengan insan-insan yang tersayang. Firstly mari sedekah AlFatihah buat ibu saya allahyarhamah Hjh Tuminah Kasan yang telah kembali kerahmatullah pada 2 Januari 2006. Niat ikhlas saya nak menjadi anak yang baik dan sentiasa mencari kebaikan dan bekalan untuk kedua ibubapa saya.
Teringat kisah yang pernah didengar bahawa jika seorang anak berbuat baik kepada rakan baik atau orang yang disayangi insyaallah malaikat akan menghantar dulang berisi cahaya dan mengatakan kepada ibu bapa kita ini adalah kiriman anak mu. Alangkah berbahagia nya orang yang mati dengan meninggalkan anak soleh yang mendoakannya. Subhanallah baguskan!
Juga
nabi Mohammad saw pernah bertanya pada sahabat siapa kah orang yang
muflis? sahabat menjawab mereka yang miskin. Nabi bersabda" Tidak mereka
yang muflis ialah mereka yang mempunyai anak tetapi apabila mereka mati
anak mereka tidak mendoakan mereka dan mereka tidak mendapat apa apa
kebaikan dari anak mereka. Sebab itu saya akan rasa sedih bila melihat mereka-mereka yang di luar sana jauh dari sejadah. Terpikir saya bagaimana mereka hendak mendoakan kedua ibu bapa mereka?
Oleh
itu penting kita semua merenung dan lihat samaada kita hidup untuk
mencari bekalan akhirat iaitu :-
1. Anak yang soleh yg mendoakan kita
2.
Sedekah jariah
Berbalik
kepada muhasabah diri itu amat penting sekali, contohnya kenapa dan mengapa iannya berlaku. Mesti ada tetapi berlaku dengan mudah. Saya selalu membuat rumusan bahawa amalan seseorang merupakan faktor penting didalam mencari bekalan dan kebahagiaan seseorang.
Allahu Akhbar, Allah memberi rasa kedalam kehidupan harian hambaNya. Begitulah, saya mahu masuk syurga tanpa di hisab bersama kaum keluarga dan mereka yang lain. Saya pun banyak lagi kena perbetulkan diri. Ruginya saya selama ini!
Saya pernah terbaca dalm surah Yunus 10: 25-26. Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Untuk orang yang berusaha menjadi baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dana ir muka mereka pula berseri-seri tidak diliputi kesedihaan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga, mereka kekal selama-lamanya.
Subhanallah!
Sehingga hari ini saya merasakan ibu saya seolah-olah masih bersama saya sehingga hari. Saya tak tahu nak lafazkan kasih sayangnya terhadap kami adik beradik. Sekurang-kurangnya kami saling mengingatkan betapa kehadiran ibu saya adalah atas nikmat Allah yang tidak terhingga.
Terima kasih Allah, pinjamkan kasih sayang ibu kami buat sementara waktu. Alhamdulilah!
Al Fatihah! Buat mak...
dan
sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat
sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang
betul lurus (yang selamat itu). - See more at:
http://quran.islamicevents.sg/10/25/26#sthash.JKgCYqed.dpuf
dan
sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat
sentosa, dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang
betul lurus (yang selamat itu). - See more at:
http://quran.islamicevents.sg/10/25/26#sthash.JKgCYqed.dpuf
alfatihah buat ibu cik kak ct tuu.,
ReplyDeleteTerima kasih sedekahkan AlFatihah buat ibu saya. Alhamdulilah...
Delete