Alhamdulilah cuti yang penuh dengan pengisian dan juga masa yang sangat berkualiti bersama keluarga tercinta. Terima kasih Allah!
Kembali menulis dalam blog kesayangan ini. Terima kasih blog sentiasa berbakti pada saya ini. Luv u blog...hihihi
Semakin usia bergajak saya merasakan diri ini lebih dekat kepada Allah serta saya memahami tentang kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Betapa indahnya bila memasuki kereta pastinya radio Ikim yang menjadi keutamaan, Al Quran menjadi peneman selepas solat maghrib dan subuh dan solat Dhuha pendahuluan waktu pagi. Jujur saya katakan ini banyak menyuntik hubungan saya dengan sang pencipta.
Dalam menulis entri ini secara tidak langsung saya melakukan dakwah kecil dan mahu berkongsi keseronokkan yang ada di jiwa saya. Biarpun tidak sehebat orang lain memadai apa perubahan kecil dalam diri ini. Syukur Alhamdulilah.
Tujuan saya bukan untuk membangga diri. Tetapi tidak lebih sekadar hendak melakukan bersama-sama. Saya bukan punya ilmu yang tinggi tapi saya terkesan. Saya melihat diri sendiri. Saya merasa sebak dan terkesan. Saya bercakap dari lubuk hati. Saya malu dengan Allah kerana selama ini merasai kenikmatannya. Saya mempunyai ilmu tapi tidak mengamalkannya.
Setiap hari saya membaca ayat-ayat Al Quran biarpun tidak banyak memadai 4-5 potong ayat tapi setiap hari saya mengamalkannya. Sekiranya boleh, saya juga mahu memiliki kepandaian sebagaimana orang lain. Bukan kepantasan tapi membaca sambil mencari makna. Subhanallah jiwa saya tenteram.
Satu lagi yang kerap saya amalkan ketika di pejabat sebelum melakukan tugas, dengan membaca surah Al Mathurat berpandukan buku yang telah setahun saya beli di pesta buku UTM. 2 Hari lepas pun pak incik beli untuk saya. Terima dengan lapang hati walaupun sudah ada koleksi sendiri.
Begitulah keseronokkan dan keikhlasan menuju kearah kebaikan. Moga amalan ini menjadi satu doa daripada hambaNya yang lemah. Ilmu yang sedikit inilah yang menjadi amalan harian.
Inilah pandangan dan persepsi manusia seperti saya yang serba kekurangan. Hakikat sebenar, Allah maha penyayang lagi maha pengasih. Moga saya bersedia dan tentunya takut dalam menghadapi kematian yang serba kekurangan. Allah mencelikkan mata dan hati ini. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulilah pembuka tahun 2014 saya telah membaca 5 buah buku yang banyak memotivasikan insaniah diri ini. Kebanyakkannya buku-buku hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Terima kasih prof banyak menurunkan ilmu yang baik-baik untuk saya.
Hakikat sebenar, saya berasa pulih dari kesedihan yang sentiasa menghantui diri. Berperasaan Allah sentiasa ada di mana-mana untuk melindungi hambaNya yang tidak berupaya. Kini, sedikit demi sedikit saya berdakwah pada diri sendiri supaya jangan mempersia-siakan kasih sayang Allah yang membuka pintu hati.
Saya pasti pergi. Sekiranya bukan esok, lusa dan bukan minggu ini, mungkin minggu hadapan. Atau bulan hadapan. Sekiranya umur panjang, dapat berjumpa tahun 2015. Sekiranya diizinkan Allah. Hidup ini hanyalah sebuah kehidupan yang semata-mata sementara sahaja.
Cukuplah! Saya sedih bila melihat orang yang hampir dengan diri ini hidup penuh dengan kepura-puraan dengan manusia. Allah ciptakan mata untuk melihat perkara yang baik-baik, telinga untuk mendengar kebaikan dan mulut untuk menuturkan kata-kata yang baik2 bukannya untuk mendabik dada dan mengumpat keji orang lain.
Sama-samalah kita mencari makna dalam kehidupan. Insyallah dan perbanyakkan beramal.
Doa yg terbaik untuk akak sekeluarga..
ReplyDeleteAlhamdulilah. Insyallah dan terima kasih banyak ya suka suka
Delete