Alhamdulilah dan terima kasih untuk semua pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. Media Sosial yang dimanfaatkan dengan betul tentu memberi kesan yang positif kepada kehidupan kita terutama orang macam aku kan...huhuhu
Di group ex-SMUT biar pun aku hanya bersekolah di sana 3 tahun, WhatsApp bukan
saja merapatkan kembali hubungan dengan kawan-kawan yang sekian lama
terputus, ia juga menjadi tempat perkenalan dengan rakan-rakan yang
selama puluhan tahun dulu, bersekolah di tempat yang sama, tapi tak
sempat berkenalan pun. Maafkan aku ya sahabat kalau ada yang aku dah terlupa! Maklumlah nak masuk senja...huhuhu
Lebih dari itu, di WhatsApp, kita semua menjadi kawan yang amat rapat sekali biarpu kadangkala masa yang agak terhad. Sesuatu yang tidak pernah terduga dan terlintas difikiran pun sebelum ini.
Lebih dari itu, di WhatsApp, kita semua menjadi kawan yang amat rapat sekali biarpu kadangkala masa yang agak terhad. Sesuatu yang tidak pernah terduga dan terlintas difikiran pun sebelum ini.
Di WhatsApp berjumpa semula dengan Abdullah, Aizat, Noraina, Rosnah, Azizi, Jais, Kamsan, Sally, Rafi, Jarimah, Jorah, Rokiah, Rafi, Alham, Ajja dan ramai lagi yang menjadi pemerhati bebas termasuk aku....hihihi. Perkenalan
dengan kawan-kawan lama hanya bermula minggu ini. Insyallah kalau tiada aral pada perjumpaan bersama rakan-rakan lain di Coffee Break Cafe & Bakery, Kluang yang akan datang.
Facebook agak terhad komunikasinya
kerana respon yang lambat tapi di WhatsApp, tak sempat nak reply,
berpusu-pusu lagi mesej yang masuk...hahaha. Aku memang tak sempat nak reply sekadar sekali2 bolehlah ya...huhuhu
Setiap pagi, kami saling memberi
salam dan pelbagai ucapan dari kediaman masing-masing dan tempat kerja. Langsung tiada sempadan yang memisahkan. Terasa bagai berbual secara
berdepan.
Bercerita dari hal minum pagi
masing-masing, aktiviti harian, pekerjaan, saling bertanya khabar,
berbual tentang pelbagai isu semasa, aktiviti anak-anak dan pelbagai topik menjadi perbincangan.
Pada topik tertentu, keadaan menjadi panas dan sering bertelingkah pendapat yang masih terkawal hinggakan kalau terlepas kurang sejam dari chat room itu pun, boleh tertinggal hingga 300 unread! Adoiiii lajunya dorangkan bersembang.
Pada topik yang lain pula, lebih-lebih lagi bila mengenang semula zaman persekolahan, ceritanya boleh menyebabkan aku ketawa keseorangan di tempat masing-masing walaupun ketika itu sedang bersembang beramai-ramai di WhatsApp.

Perbualan berterusan hingga ke lewat malam dan kadang-kadang berlarutan hingga ke dinihari pula. Sebelum tidur, kawan-kawan sempat lagi berwhatsapp apabila masing-masing saling mengucapkan selamat malam dan selamat tidur pula.
Alhamdulillah, setakat ini tiada
cerita dan masalah berunsur peribadi, gossip, politik dan tajuk-tajuk
yang tidak sesuai, yang dibawa ke dalam group. Ini penting bagi menjaga
keharmonian hubungan sesama kawan-kawan.
Harap ia terus kekal begitu. Terima kasih kawan-kawan ex-SMUT yang masih mengenali aku nih.
Harap ia terus kekal begitu. Terima kasih kawan-kawan ex-SMUT yang masih mengenali aku nih.
No comments:
Post a Comment