Subhanallah, satu demi satu ujian untuk negara kita Malaysia.
Ibarat sudah jatuh ditimpa
tangga. Sebenarnya agak sukar untuk mencari ayat paling sesuai untuk
mengambarkan senario ini selain memetik kata-kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak sendiri " ini adalah hari yang tragik, dalam apa
yang telahpun menjadi tahun yang tragik, bagi Malaysia".
Malaysia sekali lagi jadi tumpuan dunia.Siapa pernah duga belum
selesai lagi misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu. Khamis
malam bergegar pula berita pesawat MAS MH17 laluan Amsterdam ke KLIA
jatuh terhempas dekat sempadan Ukraine dengan Russia. Lebih tragik ia
dipercayai ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara.
Lebih malang lagi...kalau MH370 dipercayai hilang di selatan Lautan
Hindi yang dalam, manakala pesawat MH17 pula terhempas dalam kawasan amat
merbahaya yakni konflik pemisah Ukraine didokong Russia lawan kerajaan
Ukraine.
Kedua-duanya jenis yang sama Boeing 777-200. Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masuk ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.
Kedua-duanya jenis yang sama Boeing 777-200. Tandatanya terbesar yang berlegar satu dunia sekarang ialah bagaimana penyiasat antarabangsa hendak masuk ke lokasi nahas di Timur Ukraine untuk buat siasatan kerana ia dikuasai oleh puak pemisah.
Selain itu tentulah pihak yang tembak MH17.Rata-rata termasuk pihak berkuasa Ukraine dakwa ia perbuatan puak pemisah Ukraine.
Seramai 298 nyawa - 288 penumpang dan 15 anak kapal terkorban dalam nahas itu. Salah seorang magsa adalah bekas guru bahasa inggeris saya, madan Tan Siew Poh yang pernah mengajar kami bahasa Inggeris. Salam takziah dari saya.
Kak CT lama betul Jm x singgah sini kan :-) ha'a mmg terkejut sgt bila dpt tahu berita ni sedih sgt. Al fatihah buat mangsa terkorban tu
ReplyDelete