Salam sejahtera semua. Alhamdulilah..
Kita bercerita tentang berita yang hangat di perkatakan orang kini ya. Mintak2 kita semua di jauhkan dari penyakit sebegini. Amin.
4 negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria mencatat rekod sebanyak 1,603 termasuk 887 kes kematian berikutan wabak Virus Ebola (EVD) setakat 4 Ogos lalu bagi tahun ini.
 
4 negara di Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria mencatat rekod sebanyak 1,603 termasuk 887 kes kematian berikutan wabak Virus Ebola (EVD) setakat 4 Ogos lalu bagi tahun ini.
Informasti tersebut telah yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berikutan dari wabak yang semakin 
menular ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah yang
 sewajarnya bagi mengelakkan EVD dari terus merebak.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia dalam
 laporan Bernama baru-baru ni, Datuk Seri Dr.Subramaniam jika 
seandainya, negara kita dijangkiti virus Ebola, langkah seterusnya yang 
diambil oleh KKM ialah dengan mengkuarantin pesakit dan mengambil 
langkah ketat pencegahan dan rawatan susulan terhadap pesakit.
Turut memberi kenyataan, Timbalan 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kementerian 
telah mengambil pelbagai langkah termasuk menyaring penumpang di semua 
pintu masuk utama negara.

No comments:
Post a Comment