Alhamdulilah dapat meluangkan masa biar pun sekejap sahaja untuk blog ini. Kena bersyukur kerana kita semua masih diberi peluang untuk menambahkan ibadah kepadaNya. 
Nak berkongsi menu breakfast kita pagi ini. Macam tak sabar je kan...hahaha. Saya memilih capati berbanding roti canai dan sebagainya. Bagi saya ianya menu yang agak sihat. Ceh! Hope jadi azam yang berpanjangan. Ishhh2 sayangkan diri sendiri kan..:)
Capati
 dikatakan lebih menyihatkan berbanding nasi. Benarkan, atau ini andaian aku je...huhuhu. Kalau di kira balik 40gm beras boleh menghasilkan satu cawan nasi iaitu 
138 kcal kalori. Manakala 1 keping capati seberat 40 gram adalah 136 
kcal kalori. Bezanya tak banyak.
Masalahnya,
 bila kita makan nasi, kita akan makan pelbagai jenis lauk-pauk lain. 
Lauk itulah yang akan menambahkan kalori. Berbanding dengan capati yang 
selalunya dihidangkan dengan kuah dal atau kari tapi kita suka cicah dengan sambal tumis. Dasar perut melayukan...hahaha
Oleh
 kerana capati diperbuat daripada tepung, maka ia lebih 
mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya. Secara 
dasarnya,setiap hidangan capati mengandungi
karbohidrat dan protein serta sedikit lemak.
Satu
 cawan tepung atta boleh menghasilkan lima keping capati. Ia tanpa 
kolestrol dan dapat membantu penghadaman serta melawaskan. Ayat ini yang aku suka...alahaiii...hihihihi.
Apa salahnya mengambil pemakanan hidup gaya sihatkan, korang pun boleh juga. Kita semua belajar perkara2 yang mendatangkan kebaikan pada diri sendiri. Pandainyaaaa aku nasihat orangkan...hahaha
Oklah selamat mencuba hidup gaya sihat ya kawan2 semua...peace yooo :)

 
No comments:
Post a Comment