Nuffnang

Wednesday, June 19, 2019

Sedekah

Assalamualaikum.




Sebenarnya orang yang ada banyak harta nih lagi lama dihisab. Malaikat akan soal nikmat kekayaan atau harta yang allah bagi. Dia bantu orang lain tak? Dia sedekah tak? Dia gunak tak untuk jalan agama?

Semoga bermanfaat coretan ini.

Monday, June 17, 2019

Musim Durian Kembali

Assalamualaikum.

Ooooo Yeahhh! Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai, eh aku la...hihihi. Tak mengira bangsa dan umur,  tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati raja buah nih.




Bermula awal bulan Jun 2019, boleh saksikan lambakan peniaga menjual durian di bahu jalan dengan pelbagai jenis durian dan harga yang ditawarkan. 




Durian jenis musang king merupakan antara durian yang paling popular namun berharga agak mahal sekitar RM 28/kg ke atas kalau area Johor Bahru. Aku beli durian D24 dapat harga RM6.00/kg dari seorang peraih berbangsa Cina.

Kalau negeri lain aku tak tau lah tentang harga pasarannya, Johor Bahru memang agak mahal tapi tekak nak makan. Aku beli je...hihihi


Sunday, June 16, 2019

Kisah PSZ

Assalamualaikum.

Tulisan ini aku dapat dari kiriman whatsapp yang di hantar semalam. Puas aku pikir betulkah? Tapi kalau tak percaya berani sangat ke aku. Bukan ke aku merupakan salah seorang yang bertugas di bangunan ini...huhuhu. Aku boleh percaya 50% selainnya macam tak ada fakta. Bacalah ya dekat bawah tuh.

Sebelum aku sambung belajar di luar negara dulu, aku menganggur selama 6 bulan. Masa tu hidup aku bosan gila sebab kawan-kawan dah masuk universiti. Adik-adik aku pula di asrama. Jadi aku tak ada geng nak ajak lepak.



Satu hari tu, aku dah bosan sangat, aku pergilah cari kawan-kawan aku yang dah masuk universiti. Aku tinggal di Johor Bahru, jadi universiti terdekat adalah Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Pertama kali aku sampai UTM, aku dah terus jatuh cinta. Maksud aku, aku suka gila dengan persekitaran UTM.

UTM ni sangat luas, universiti kedua terluas di Malaysia selepas Universiti Pertanian Malaysia(UPM). Namun, yang paling buat aku suka UTM ialah rekaan bangunannya mempunyai unsur senibina melayu dan ia kelihatan seperti pusat peranginan. Ada tasik, ada taman rusa, ada taman ekuin, banyak tempat berteduh.

Masa tu, aku banyak lepak di Kolej Rahman Putra(KRP), Kolej Tun Razak(KTR), dengan satu blok kediaman yang macam bangunan apartmen. Entah apa nama kediaman tu. Dah tak ingat. Ah, tak kisahlah, tak ada kena mengena dengan cerita aku nak sampaikan ni.



Ada satu malam tu, aku pergi ke UTM nak jumpa kawan aku ni. Nama dia Izwan, orang panggil di Iwe. Dia tinggal di KRP, jadi bila sampai KRP aku pun telefon dia suruh turun dari bilik. Janji nak jumpa jam 8 malam, sekali bila dah sampai, dia kata dia ada di perpustakaan, tengah buat kerja. Aduh!

“Aku dekak PSZ nim. Mu mari sinilah” kata dia menerusi telefon.

“PSZ tu apa benda?”
“Pustaka’e Sultana Zana-rhiya”
“Oi! Kau janganlah sebut guna loghat Kelantan! Susah aku nak faham! Kau jangan sampai aku cakap pakai bahasa Jawa!”

“Hahaha! OK OK!”
“PSZ ni dekat mana?!”
“Dekat sebelah masjid. Nanti dah sampai. Kau masuk je dalam, lepas tu turun tingkat bawah sekali. Aku ada dekat hujung, dekat tingkap”
“OK, aku gerak sekarang”



Aku pun bergegaslah ke sana. Lepas parkir kereta, aku lihat bangunan PSZ tu. Wah, besar juga perpustakaan ni. Rekaannnya pelik sedikit sebab nak masuk pintu utamanya, kena naik sedikit tangga dan masuk melalui aras 3. Unik betul. Lepas masuk, aku pun terus pergi cari lif. Tekan je butang lif, pintunya terus terbuka.

Aku masuk ke dalam lif dan tekan butang paling paling bawah. Butang bernombor 1 menyala. Lif pun tertutup dan mula turun. Selepas hampir 30 saat, lif masih tak berhenti-henti. Peh, bukan main lembab lif ni bergerak. Sejak UTM dibuka pada tahun 1985 tak pernah servis lif agaknya.

Ting!

Apabila pintu lif terbuka, aku terus keluar. Fuh, dekat aras ni banyak betul rak buku. Berbaris-baris. Berlapis-lapis. Dari hujung ke hujung. Aku toleh ke kiri dan kanan untuk cari Iwe. Dia kata dia di hujung. Hujung mana? Kiri ke kanan? Tak nampak tingkap pun! Ah redah sahajalah. Kalau dah namanya tingkap, mesti di tepi dinding, kan?
Aku pun menyusur dinding perpustakaan itu.

Sunyi bukan main, hanya dengar dengungan lampu kalimantang yang kedengaran. Aku melewati satu persatu barisan rak buku di sebelah kanan aku. Bau buku-buku lama mula singgah di hidung. Ada orang panggil ia bau hapak, ada orang pula panggil ia bau ilmu. Aku tergolong dalam golongan kedua. Bau buku ni boleh buat aku tenang.



Terasa macam ada orang berdiri di lorong antara barisan rak. Aku berhentikan langkah, mengundur sedikit, lalu jengah ke lorong berkenaan. Tak ada sesiapa. Cuma nak nampak dinding putih nun jauh ke hujung sana. Perasaan aku je kot. Aku keluarkan telefon dan kembali mengorak langkah mencari Iwe.

“Oi, kau kat mana? Aku tak nampak pun tingkap dekat aras 1 ni”

Aku Whatsapp mesej tu kepada Iwe. Di hujung mesej tu keluar ikon muka jam. Aku tunggu beberapa saat, masih juga kekal ikon itu. Ish tak ada liputan telefon ke di bawah ni? Aduhai. Aku masukkan semula telefon ke dalam poket dan teruskan berjalan ke hujung ruang perpustakaan.

Tiba di satu penjuru ruang perpustakaan ni, ada banyak meja besar dalam barisan berkembar. Setiap satunya ada enam kerusi. Dari tempat aku berdiri aku nampak kelibat orang yang berjalan ke celah-celah rak buku. Selain itu, ada sebuah buku di atas meja di salah satu meja di tengah-tengah. Buku tu ditinggalkan ternganga di sana.

“Iwe..” sapa aku perlahan.

Tak ada orang sahut. Hanya kedengaran bunyi deruman serta getaran air handling unit(AHU) yang mungkin berada di aras ini. Kesejukan pendingin hawa mula terasa di kulit.
“Iwe?” sapa aku lagi sambil berjalan ke arah buku tu.

“Shhhhhhh!”

Kedengaran suara seperti orang menyuruh aku senyap di kawasan rak-rak buku. Aku pun toleh ke arah itu sambil menekup mulut. Ada notis di tiang. Gambar orang yang jari telunjuknya diletak di bibir dan tertulis “Zon Senyap” di bawahnya. Lorong antara rak di situ kosong. Tiada sesiapa.

Ding!

Telefon aku berbunyi dan bergetar di dalam poket. Aku pun keluarkan dari ia dari poket. Ada notifikasi Whatsapp. Aku buka aplikasi tu dan baca mesej berkenaan. Ia datang dari Iwe.

“Aku rasa aku nampak mung tadi, tapi mung salah arah. Aku di hujung belah satu lagi.”
“OK ”balas aku.

Kemudian aku pun menyusuri lorong yang di hadapan aku ni untuk ke hujung satu lagi. Semasa aku berjalan, aku dengan macam ada rasa orang mengekori aku. Aku pun toleh belakang untuk periksa. Tiada sesiapa. Aku percepatkan langkah. Masih ada rasa diekori. Aku toleh kiri dan kanan, di celah tingkat rak buku. Tak nampak sesiapa di lorong-lorong bersebelahan.

Jantung aku makin laju. Laju sebab aku diselubungi ketakutan dan laju kerana aku berjalan dengan begitu pantas. Aku cuba pasang telinga, tapi tak ada dengar bunyi derap kaki. Aku cuba mengerling ke sekeliling tapi tak nampak kelibat orang. Tak pasti kenapa aku rasa diekori. Aku cuba atur nafas aku supaya lebih tenang. Bila dah tenang, aku perasan sesuatu.

Ada bunyi macam orang bernafas, di atas.

Aku pandang atas. Terus keras jantung aku aku bila nampak ada sesuatu sedang menjenguk aku dari atas rak buku. Muka dia polos memandang aku. Anak mata dia memandang aku atas bawah. Mulutnya yang sedikit ternganga perlahan-lahan berubah menjadi senyuman, lantas kelihatan barisan gigi yang kecil dan jarang. Aku berdiri kaku dan sebaik sahaja aku terfikir menjerit, ia bersuara.

“Shhhhhh……”

Aku terus buka langkah seribu, lintang pukang aku lari, macam tak cukup tanah. Sambil lari tu aku toleh belakang, kiri dan kanan, serta sesekali dongak ke atas. Beberapa kali aku terlanggar rak buku di kiri dan kanan aku. Berdentang dentung bunyinya. Masa tu aku dah tak hirau tentang kebisingan yang aku buat. 
Lantaklah!

Setelah beberapa lama aku lari, aku rasa macam aku lari di lorong yang tak ada penghujung. Aku boleh nampak hujung lorong ni. Ada dinding berwarna putih, tapi tak sampai-sampai. Selepas satu rak, ada rak lagi, dan lagi, dan lagi. Akhirnya aku sampai satu persimpangan antara 2 lorong. Aku pandang depan, pandang belakang, kiri dan kanan.

Ke-empat empat lorong tu macam tak ada penghujung.
Aku keluarkan telefon, dan buat panggilkan kepada Iwe. Panggilan terputus. Aku cuba sekali lagi. Putus lagi. Aku periksa bar liputan talian. Kosong. Aku dail 999. Panggilan di sambut dengan nada panggilan panjang yang tiada penghabisnya. Aku dail 112, tak sambung. Bukankah nombor tu sepatutnya boleh dihubungi walaupun tiada liputan rangakaian telefon?

Aku mundar mandir di persimpanagn itu, tiba-tiba bar liputan bertambah dan telefon aku berdering dan bergetar di dalam genggaman aku. Terpapar nama Iwe di skrin. Panggilan dari dia. Aku terus jawab panggilan itu.

“Wei, mung ade mane,bengong? Aku nunggu mung sampa tutup PSZ!” ujar dia dengan nada yang agak marah.

“Aku dekat dalam PSZ. Tolong aku weh. Aku tak jumpa jalan keluar.”

“Jange dok wak lolok!”

“Weh jangan lah cakap kelantan. Aku Tak ada masa nak fikir ni. Tolong aku weh. Aku terperangkap ni. ”

“OK OK. Sorry. Sorry. Kau terperangkap dekat mana? Pintu terkunci ke apa?”

“Aku dekat aras 1 ni. Tak jumpa jalan keluar.”

“Aras 1? Kau dekat PSZ ke ni?

“PSZ lah, ada library lain ke di UTM ni?!”

Tiba-tiba lampu-lampu di lorong di hadapan aku terpadam satu persatu. Kemudian lampu lorong kanan, kemudian kiri. Aku menoleh ke belakang. Lampu masih menyala di lorong di belakang aku ni, Terlihat kelibat sesuatu sedang menjengah kepalanya dari sebalik rak buku, lalu sembunyi semula. Kemudian perlahan-lahan menjengah semula dari sebalik rak yang lebih dekat.

“Cepat weh! Tolong aku!”

Talian terputus. Tup! Lampu semua terpadam. Gelap gelita. Aku lari. Aku lari sambil meraba-raba pada rak di kiri dan kanan aku sambil menyuluh dengan lampu dari telefon. Aku tak tahu ke mana aku lari, atau dari apa aku lari, tapi tetap aku lari. Aku lari sehabis nyawa. Berdebak-debuk buku-buku dari rak jatuh ke lantai ketika aku mengapai persekitaran aku untuk mencari haluan.

“Shhh!!!”

Kedengaran suara itu di belakang aku. Sangat dekat, seolah olah betul betul di tengkuk aku. Meremang bulu roma di seluruh badan aku. Lutut aku jadi lemah, tak mampu nak tampung berat badan aku sendiri. Aku terjelepok jatuh.

Telefon aku terlepas dari tangan dan tercampak ke hadapan. Macam lipas kudung aku menggelupur di atas lantai ketika cuba bangun semula. Akibat terlalu menggelabah aku tersandung-sandung kaki sendiri, hingga tersungkur beberapa kali. Namun, akhirnya dapat juga aku kutip semula telefon aku dari lantai.

Dalam keadaan masih terduduk, aku berpusing ke belakang dan menyuluh lampu telefon ke lorong yang tadi berada di belakang aku. Aku sangka akan nampak makhluk yang mengekori aku, namun hakikatnya lorong itu tiada sesiapa atau apa-apa selainn barisan rak buku yang tak nampak hujungnya.

Aku terdengar sesuatu di arah kanan aku. Sesuatu yang agak familiar. Sayup-sayup suaranya. Aku pasang telinga dengan lebih teliti, sambil mata aku meliar ke sana-sini. Azan! Tu suara orang laungkan azan. Perlahan-lahan aku bangun berdiri. Aku jalan ke arah suara azan tu. Aku jumpa hujung lorong rak buku. Ada dinding. Antara dinding dan rak-rak buku tersebut ada ruang sempit.

Laungan azan tu di sebelah kanan, jadi aku menyusur dinding ke arah itu. Azan tu kedengaran semakin kuat. Sebelah tangan aku menyuluh dinding dengan lampu telefon, sebelah lagi raba-raba dinding tersebut. Tak lama lepas tu aku terlihat bukaan pintu di hadapan aku. Aku percepat langkah aku ke arah pintu yang ternganga itu

Semakin kuat. Azan tu semakin jelas. Tanpa berlengah, aku masuk pintu tu dan nampak lif sebaik sahaja aku suluh ke dalamnya. Aku terus terjah ke hadapan dan tekan butang lif. Lampu butang lif tu menyala. Bunyi deruman lif bergerak. Getarannya juga dapat aku rasa.

“Cepat! Cepat! Cepat! “ gumam aku sendiri.

Kedengaran bunyi pintu di belakang aku dikuakkan. Aku toleh sambil menyuluh ke arah pintu. Tak nampak apa-apa mulanya, namun kemudian aku perasan ada pergerakan di bahagian penjuru bawah sebelah kiri. Aku suluh!

Wajah makhluk tadi menjelma dari sebalik bingkai pintu. Mendongak ke atas. Seperti tadi mukanya polos. Matanya ligat memandang aku atas dan bawah. Bila aku tersuluh mukanya, anak matanya membalikkan cahaya merah. Ia perlahan-lahan menggelengkan kepala.

Aku pandang semula pada lif dan menekan butangnya berkali-kali. Sambil tu aku toleh belakang semula, dan lihat benda tu masih memandang aku atas bawah. Tak boleh jadi! Aku tak boleh tunggu lif lagi. Aku kena larikan diri. Aku kena naik. Pintu keluar di atas. MAcam mana nak naik? Tangga! Aku teringat tadi sebelah lif ada tangga. Aku suluh ke sebelah lif. Betul! Ada tanga!

Terus aku berlari ke arah tangga dan meniti menaiki tangga 2-3 anak tangga sekali langkah. Sampai di tingkat mezzanin, aku kena pusing naik. Ketika itu aku nampak di benda tu dah menjengah di anak tangga paling bawah. Aku teruskan lari naik atas walaupun di atas kelihatan gelap.

Sampai sahaja di aras atas, tiba-tiba mata aku perit ditusuk cahaya yang membutakan. Aku hadang cahaya tu dengan tangan. Di aras 2 ni lampu cerah. Sewaktu anak mata aku sedang sesuaikan diri dengan cahaya tu, pandangan sangat kabur, namun aku terlihat ada kelibat beberapa orang berdiri di hadapan lif. Kedengaran salah seorang daripada mereka sedang bercakap, dengan loghat Kelantan.

“Iwe?” sapa aku.

Mereka semua menoleh dan bergegas mendapatkan aku. Ternyata salah seorang dari mereka tu memang Iwe. Tuhan je tahu betapa leganya aku dengarnya lihat dan dengar suara mamat Kelantan tu. Lagi dua orang tu aku tak kenal, tapi seorang tu berpakaian seperti pengawal keselamatan.
“Awak di mana tadi? Puas cari setiap aras tak jumpa. Semua bilik kita orang periksa. Tak jumpa” soal lelaki seorang lagi tu.

“Kau turun dari aras mana ni?” soal Iwe.

“Dari aras 1. Kan aku kata aku di aras 1” jawab aku

“Aras 1?” kata pengawal keselamatan tu.

“Kamu dari bawah?” soal dia lagi
“A’ah.”

“Naik dari mana?”

“Tangga”

“Tangga mana?”

“Tangga ni” kata aku sambil tunjuk tangga yang aku guakan tadi.

Pegawai keselamatan tu suluh dan menjengah ke belakang aku, ke arah tangga. Iwe dan sekolah lelaki lagi tu pun ikut jengah. Terkebil-tebil mata dia orang. Melihat mereka begitu, aku pun toleh ke belakang. Aku pula terkebil-kebil.

Tak ada tangga menuju ke bawah. Di tempat yang aku tangga aku naik tadi lantai rata. Cuma ada tangga ke aras atas, iaitu ke aras 3. Aku toleh semula kepada 3 orang yang berada di hadapan aku.

“PSZ ni tak ada aras 1” kata Iwe.

Di pendekkan cerita, selepas Iwe telefon aku, dia terus beritahu pustakawan yang aku terperangkap di dalam. Ketika tu dah jam 1030 malam, PSZ dah sepatutnya ditutup. Pustakawan dan Iwe cuba cari aku di setiap tingkat, tapi tak jumpa. Maka pengawal keselamatan dipanggil.

Mereka cuba hubungi telefon aku tapi tak disambungkan. Memandang aku kata aku di aras 1, mereka beranggapkan aku maksudkan aku di aras 2 kerana aras 2 adalah aras paling bawah. Bangunan ni ada empat aras perpustakaan, iaitu aras 2 hingga aras 5. Lif dan tangga hanya digunakan untuk ke empat aras ini sahaja.





Oleh itu pencarian ditumpu di aras 2. Namun, setelah puas mencari, dan gagal, maka pengawal keselamatan tu cadangkan supaya cuba laungkan azan.
“Kenapa bangunan ni tak ada aras 1?” soal aku penuh kecurigaan.

“Entah” kata Iwe.

“Sebenarnya bangunan ni ada aras satu” jawab lelaki yang kini aku tahu dia seorang pustakawan.
Iwe, pengawal keselamatan, dan aku pandang ke arah pustakawan tu,.

“Cuma ia tak boleh di akses dari dalam bangunan. Di aras bawah tu terletak sistem AHU. Boleh akses dari luar sahaja. Itu pun sebahagian daripada di bawah tanah. Saya pun tak pernah masuk. Technician je boleh masuk sana” kata pustakawan tu.

“Yang penting tak ada buku di sana” sambungnya lagi,

Sampai sekarang aku tak tahu aku pergi tu aras mana. Pengawal keselmatan tu siapab bawa aku periksa semula tangga, memang sampai aras 2 sahaja. Periksa lif, memang ada butang aras 2-5 sahaja. Misteri sungguh!

Kemudian aku beritahu tentang penampakan makhluk yang aku jumpa di aras 1 tu. Tercegang mereka dengar, kecuali pustakawan tu. Dia seperti tidak terkejut dengan cerita aku tu, seperti susah tahu kewujudan makhluk itu.

“The Librarian” kata pustakawan tu.

Menurutnya semenjak dia kerja di PSZ ni, dia ada dengar orang cerita pasal penunggu perpustakaan ini yang di panggil dengan nama tu. Ia akan muncul jika para pengunjung buat bising atau lakukan perkara yang tak elok dalam bangunan ni. Makanya, jika kalian ke PSZ, jaga adab masing-masing. Jika tidak The Librarian aku menjengah dan menegur.

Shhhh….!

Jika kalian suka baca kisah seram, follow FB Kamarul Ariffin Nor Sadan. Pasti tak menyesal.

Trivia: Pada tahun 2014, sebuah perpustakaan lagi telah di bina di UTM. Perpusatakaan yang lebih moden dan kontemporari itu diberi nama Perpustakaan Raja ohm (PRZS).

Saturday, June 15, 2019

Perasan Tak?

Assalamualaikum dear followers.

Alhamdulilah. Allah permudahkan untuk berpuasa hari ke 5 hari ini. Bermakna ada lagi sehari aku dah boleh raya...hihihi. Macam budak2 la nenek akif & Aleesya nih...hahaha




Antara kita perasan tak. Hidup kita ni banyak menyesali benda yang lepas. Rasa takut dan risau benda akan datang atau esoknya. Jadi moment yang sekarang, kita tak harungi dan tak sedar pun. Sebab manjang sibuk fikir dua keadaan kat atas kan. 

Dalam tak sedar, uban dah memutih di kepala, kulit sudah ada garis-garis halus, cepatnya rasa masa tahun 2019 nih berlalu, kadang-kadang letak barang sendiri pun boleh lupa. Sebab banyak kita fokus ketakutan benda kita hadapi.

Kita akan rasa lebih tenang, lebih bersyukur. Barulah kita rasa kita hidup. 

Terima kasih Allah & Dr Nur Amalina

Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukannya yang berjaya melakukan pembedahan membuang ketumbuhan pada mulut Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hospital di London, semalam.
Instagram (IG) Dr Nur Amalina mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembedahan bayi sembilan bulan itu dijalankan.
Pemilik IG dikenali fazleenfazel mengucapkan ‘alhamdulillah dan tahniah’ kepada Dr Nur Amalina dan pasukannya.



Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong yang juga seorang daripada empat pakar perubatan yang terbabit dalam pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan berjalan lancar.




Friday, June 14, 2019

Kerana Dia Merupakan Sedekah Dan Dosa Di Ampuni

Assalamualaikum. Yeahhh! Dah bertahun blog aku sepi dan  bersawang. Ntah tiba-tiba rasa rindu pulak nak menulis. Cuba login. Alhamdulilah boleh login lagi. Rezeki!

Berbalik pasal rezeki nih ada macam bentuk. Sihat pun kira rezeki pada aku. Kali ini aku nak share pasal rezeki memelihara kucing. Adalah 2 ketui je kucing yang dipelihara di rumah.

Kucing merupakan salah satu haiwan yang berani untuk aku sentuh itu yang paling penting sekali...hihihi. Haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi. Banyak orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya untuk di beri kasih dan sayang. Meskipun ada kadangkala ada unsur negatif seperti mencuri ikan di atas meja atau membuang kotoran, namun ternyata kucing juga memiliki keistimewaan dan bagi orang yang memelihara kucing juga akan memperoleh pahala.

Umat muslim sangat digalakkan untuk memelihara, memberi makan dan juga minum pada haiwan seperti kucing khususnya saat haiwan tersebut sedang lapar dan dahaga sebab akan jadi dosa jika dibiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing tersebut, maka sudah dijadikan sedekah bagi orang tersebut.

“ Pada setiap sedekah terhadap mahluk yang memiliki perasaan akan mendapat  pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuh-an yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka dianggap sebagai sedekah ”.




Bila usia semakin senja nih nikmat hidup adalah rasa berkasih sayang tuh sangat tinggi. Rajin jugak aku ikut abang aji bagi makan kucing-kucing jalanan. Bukan apa memikirkan kucing-kucing ini hidupnya tak terurus jauh sekali makan dan minumnya. Belum memikirkan suntikan vaksin dan sebagainya. Allahu.

Pernah aku terbaca dalam satu artikel, dari situlah aku tersentuh. " Seseorang yang memelihara kucing juga akan mendapatkan pahala dari Allah berupa syurga sekaligus ganjaran yang baik sebab kita sudah menolong haiwan yang sedang menderita kerana haus atau lapar tersebut ".




Di dalam sebuah hadis yang sudah di riwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “ Orang yang penyayang maka juga akan disayangi oleh Allah. Sayangilah makhluk Allah yang ada di muka bumi, maka nescaya juga akan disayangi penghuni langit ".




Seorang muslim juga sangat disarankan untuk menolong haiwan khususnya pada haiwan yang menderita, membuat umat muslim tidak memiliki pengecualian untuk menolong binatang seperti kucing kerana tujuannya sangat mulia yakni tidak membiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing contohnya, maka perbuatan dosa orang yang menolong haiwan tersebut akan diampuni.

“ Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan. Lalu wanita itu menarik tudungnya, dengan menggunakan tudung dan air di ambil dari perigi lalu diberi anjing itu minum. Dengan perbuatannya itu dosanya diampuni ”. 




Nabi SAW di saat pergi ke Bathhan daerah di Madinah berkata, “ Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana ".  Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Saat Nabi ditanya tentang kejadian itu, maka Beliau menjawab, “ Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”


Tuesday, October 4, 2016

Cuti-Cuti Cameron Highlands

Assalamualaikum. Dah lama tido blog aku nih kaaan...hahaha. Yelah tuan empunya badan busy tahap gaban. Maaflah ya.


Memandangkan 14-15 Oktober 2016 aku dan incik suami nak "Cuti-Cuti Malaysia" ke Cameron Highlands makanya aku terpaksa mengoogle info tentang Cameron Highlands. Itu pun aku  copy & paste dari blog http://vitdaily.com/4-tips-jika-anda-mahu-bercuti-di-cameron-highlands/ . Terima kasih ya awak! 
Dan saya tuliskan semula di sini untuk rujukan saya. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat untuk rakan-rakan yang membaca. Antara tipsnya adalah seperti berikut:
1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?


+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal
+ sukar untuk dapat parking kereta
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
+ kurang privasi




 2. Beli buah, sayuran, teh, buah tangan di kawasan S Corner

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Puan Fadillah Nur pernah beli 20 kotak teh uncang dengan harga RM100, kemudian dapat percuma sekotak strawberry white coffe.
Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.


3. Nak makan kenyang dan lauk sedap? Cari kedai Kak Yam

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan porsi (portion) yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.


4. Hotel budget? Ada berhampiran Kedai Kak Yam

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta dulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
Mahu kongsikan tips di Cameron Highlands juga? Boleh tinggalkan komen anda di bawah.

Tuesday, July 5, 2016

Der' Cabin Bistro

Alhamdulilah. Tajuknya tak boleh blah. Der' Cabin Bistro....huhuhu. Last week punya cite aku makan anak beranak kat De Cabin Bistro, Kempas. Actually dah lama jugak nak kesana tapi baru sekarang berkesempatan.  



 


Dengarnya masa mula-mula Der Cabin Bistro nih buka nak parking pun payah, itu pasal aku baru datang sekarang...hahaha. Sesak mak aihhh!





Hari isnin lepas, anak bujang aku punyalah excited ajak makan kat luar so suruh aku buat pilihan mana-mana tempat yang sesuai. Jadinya aku punya pilihan opkoslah Der Cabin Bistro.

Memang lenggang hanya bawak perut kosong...hahaha. Betul-betul aku parking depan kedai. Nampaklah a few groups tengah menikmati makanan, bila kami sampai terus pelayan dah serve. Kami pilih tempat duduk tengah. 





Kami mintak Miami beef steak, nasi goreng, spaggeti with chicken, fish & chop, banana split dan minum2an. Not bad la semua menu yang aku rasa.






Aku bagi 4 bintang dari food & service. Cepat dan pantas itu yang aku suka. Harga agak mahal sedikit kalau nak compare tempat yang kian fofular sekarang nih. Tak payah sebutlah...hehehe


Cashier bagi tau tempat situ sesak hujung minggu so kalau nak datang kena booked tapi week day keadaannya macam masa aku datang.

Bagi yang tak pernah ke Der Cabin Bistro bolehlah try, satu lagi dia banyak cawangan.