Nuffnang

Showing posts with label Raya 2012. Show all posts
Showing posts with label Raya 2012. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Jamuan Raya 2012 @ Malay Village Restoran, Taman Nusa Bestari

Syukur Alhamduilah!




Yeaaay! Jamuan raya pejabat kita di buat di Malay Village Restoran, Taman Nusa Bestari bagi tahun 2012. Actually kita dah beberapa kali makan di Malay Village Restoran cawangan Kolam Air.




Malay Village yang di sini, sama aja konsepnya dengan Malay Village yang dekat Kolam Air. Malay Village nih terletak di bahagian corner lot. So kalau nak lagi specific, rasa2 macam tak tahu dekat mana, cari betul-betul di corner lot okies?





Agak besar jugaklah restoran nih, berkonsepkan kemelayuan lagi pun,  Taman Nusa Bestari nih area chinese jadi memang customer dia banyak chinese yang ramai datang. Kira memang untung besarlah Malay Village Restoran nih.




Memang agak rugi malam tuh yang tak datang kalau tak datang kira kalah makanlah tajuknya...hehehe. Bolehlah tahan cantik tempat tuh. Boleh tahan je ke? hahaha. Meraung tokey tuh baca statementku ini...hahaha. Lagi satu owner dia melayu siapa lagi nak support kalau orang kita, iya tak?








Memang kenyang giler malam tuh walaupun kita amik nasi seciput, tambah lain menu nak kita rasa. Hah! Hamik ko kekenyangan jadinya :)




Cabutan nombor bertuah kita dapat hamper tak sangka no. 1 bawa tuah pada kita malam itu. Sampai sekarang belum buka lagi hamper tuh...huhuhu

Monday, September 3, 2012

Raya 2012 Di Johor Bahru

Syukur Alhamdulilah, bersua kembali dengan entri rayalah sangat...muahaha. Biasa je raya kali nih tambah usia yang kian meningkat. Baru ada mood nak letak gambar raya, suka hati kita je..huhuhu



Keluarga Hj Samad


Tahun 2012 giliran kita beraya bersama family kita, jadinya mood penuh berbunga2...hahaha (ketawa dengan penuh ikhlas mak nak).
 
Bersyukur sangat2 sebab dapat beraya dengan keluarga sendiri walaupun sekejap, keesokkan raya kedua dah balik rumah mentua di Muar.  



Keluarga besar kita...wakaka


Tema tahun nih untuk family kita warna purple. Jangan tanya kenapa purplenya macam tak berapa nak seropa...hahaha. Semuanya nak beli last minute. Hah! Padan muka camtulah jadinya...huhuhu. Nah rasakan (pinjam ayat somiku...wakaka)


Kami adik beradik barisan belakang, baruku perasan aku paling rendah...huahuahua


Tahun nih semua adik beradik kita ada beraya di JB, yang jauh sinun pun balik, memang meriah suasana pagi raya di rumah abah kita tahun nih. 

Anak2 buah kita masing2 tengah meningkat remaja, sesekali jumpa ada je benda yang nak diceritakan antara mereka. Anak adik kita yang bongsu, Awisy satu2nya baby yang ada dalam keluarga kami. Jadi mangsa keadaan, semua orang nak sayang dia...hihihi. Seronok campur geram...grrrr kat budak cumil...hewhewhew


Thursday, August 30, 2012

Pagi Raya Di Pusara

Syukur Alhamdulilah.

Selamat bersua kembali semua dan selamat menjalankan tugas kembali walaupun masih mood raya...hihihi. Insyallah tidak kot, masing2 simpan energy luarbiasa sebab banyak makan kuih raya dan ketupdat rendang...hihihi. 
 


n



Kali ini entrinya kita ke pusara mak dan nenek yang berse belahan. Pagi2 buta dah ke kubur dengan incik asben sebab nak tanam pokok ros. Itu pun dah ada hamba Allah yang datang lagi awal ziarah pusara ahli keluarga subuh hari.






Sambil menanam pokok kita sedekahkan Fatihah beberapa kali terus balik rumah sebab pulkul 10.00pg kami akan ziarah ke pusara mak dan nenek bersama2 ahli keluarga.






Masa menghala ke tanah pusara bukan main ramai manusia dari ceruk mana ntah yang datang, macam nak masuk Legoland...hihihi. Kiri kanan jalan dah sesak dengan kenderaan, nasib kami berkongsi kereta tidaklah menyesakkan lagi keadaan.






6 Tahun sudah pun berlalu, kita dah mula boleh terima mak kita dah tak ada buat selamanya, berbanding 3-4 tahun lepas, agak susah nak terima kenyataan. Itulah rasa cinta kita pada mak sampai sekarang. Pusara inilah yang kita kerap kunjungi walaupun tidak berteman.

Mesti mak kita rindukan kami, rindu pada abah, rindu pada putra putri yang 6 orang dan menantu2nya serta 18 orang cucunya. Mesti mak senyum dan ada rasa nak jumpa kami.

Astagfirullah, ampunkan hambamu Ya Allah,  kerana terasa rindunya dekat mak. Hamba Allah inilah tempat kita meluahkan rasa sedih dan kecewa. Kadangkala rasa nak rebah dan lari jauh dari dunia untuk kita lupakan kesedihan.

Tapi tiap kali  rasa tidak mampu mesti berkata dalam hati, Allah ada dan Allah jaga kita. Itulah kekuatan yang Allah anugerahkan pada kita. Subhanallah!

Al Fatihah buat mak!


Monday, August 27, 2012

Malam Raya 2012

Syukur Alhamdulilah!

Salam lebaran buat semua blogger dimana jua berada, pembaca setia blog kita (ayat skema macam retislah...hahaha) dan kaki skodeng yang dok mengitai. Bacalah jangan buat spekulasi sudah ya, kang surat dari peguambela kita datang tak pasal2 nak kena tunjuk sebab. Hah! Takut!...huhuhu

Selamat Hari Raya sekali lagi buat semua dari kita sepanjang menulis di alam maya nih. Kosong-Kosong! Hokeh...:)














Belum berkesempatan kita nak bercerita tentang raya kali ini. Raya ke 4 kita dah memulakan tugas, balik2 dah penat. Memandangkan anak2 dan suami ada di rumah fokus bersama mereka dan keluar jalan2 yang hampir dengan rumah sahaja. Belum kemana2 setakat shopping compleks...huhuhu

Menjadi tradisi keluarga belah kita sebelumnya menjelang malam raya kami akan bersolat maghrib, isyak secara berjemaah dan bertahlil bersama untuk disedekahkan kepada ahli keluarga kami yang sudah meninggal dunia dan mendoakan kejayaan anak2 buah yang bakal menduduki peperiksaan.












Tahun 2012 lengkap kami seisi keluarga bersama, masing2 dapat berkumpul untuk melakukan ibadah dan menyambut raya dan saling bermaaf-maafan bersama.

Abah dan mak, 6 pasangan keluarga adik beradik dan anak buah seramai 18 orang. Ini yang membuatkan abah kita cukup gembira. Alhamdulilah, dapat gembirakan abah dan mak kita.











Selesai bersolat isyak, masing2 bertakbir raya dan bersalaman. Kemudian masing2 ada yang makan di dapur dan bermain bercun dan bungapi. Kami yang dewasa duduk di meja hadapan rumah melihat gelagat mereka dengan menghirup kopi O panas. Banyak perkara yang disembangkan bersama adik beradik dan ipar duai.

Syukur Alhamdulilah, itulah kebahagiaan keluarga kami yang sangat akrab. Saksikan entri akan datang tentang "Saya nak duit raya Cik Misya!!!".