Nuffnang

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Ladang Teh @ Kampung Nalapak, Ranau

Selamat malam ahad semua. Terima kasih melayari blog saya. Wah! Esok masing2 dah nak memulakan keja untuk minggu akhir bula April 2013. Kejapnya dah nak masuk Mei.

Malam nih kita nak sambung pengalaman semasa ke Sabah yang belum selesai episodnya. Boleh gitew? hahaha. Pengalaman seorang wanita Nepal memetik daun teh...kahkahkah







Antara lokasi lawatan kami 4 beranak pagi itu adalah Ladang Teh Sabah. Ladang ini merupakan satu-satunya ladang teh organik tunggal yang ada di Malaysia. 

Ini kiranya hari pertama saya memulakan tugas sebagai pemetik daun teh. Panaslah uols, takmolah keja situ lagi...hahaha
 





Bagi yang sudah sampai Ranau terasa ingin ke ladang teh bolehlah singgah di lokasi Ladang Teh Sabah yang terletak di Kampung Nalapak, Ranau iaitu kira-kira 120 km dari Kota Kinabalu.

Di sini ada Restoren Sabah Tea Garden yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang baru tiba untuk berehat serta menjamu selera. Juga ada disediakan kemudahan  free wifi untuk tetamu-tetamu yang datang bertandang. Kelas gitew!












Walaupun pada mulanya semasa mahu masuk ke ladang teh ini seakan mahu berpatah balik selepas menempuh satu perjalanan yang agak jauh untuk masuk ke dalam, namun bila sudah ternampak ladang teh itu terasa keseronokannya. Subhanallah cantiknya.

Kami tinggalkan ladang teh itu dan terus untuk segera menuju ke Poring. Excitedlah sangat...:)


Monday, March 18, 2013

War Memorial @ Kundasang

Selamat berhujung minggu, malam2 nih masa untuk rehatkan diri. Petang tadi ngadap pokok bunga adalah  buat kerja sikit, mengemburkan tanah dan membaja. Macamlah pokok aku tuh banyaklah sangat...kikkiki



 





Kisah  perjalanan yang sudah agak lama jugak tapi kali ini kalau diukur dari segi jarak taklah jauh sangat. Tapi kalau dilihat dari masa perjalanan, jauhlah jugak iaitu di Kundasang, Ranau.

Kita pergi War Memorial berempat tapi yang masuk hanya saya dan adik lelaki manakala adik lelaki bongsu saya dan pak incik pergi 'ngeteh' di bawah sinun. Jadinya sayalah yang beruntung walaupun kena mendaki ditempat yang agak tinggi. Mengahlah juga...huhuhu











Kundasang War Memorial adalah salah satu tempat bersejarah di Sabah. Di dirikan pada tahun 1962 sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, memorial ini juga khusus untuk memperingati rakyat Borneo Utara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tawanan perang. Ini bukan cite sejarah Sulu-Sabah hokeh! kihkihkih

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.

Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.











Kundasang War Memorial nih sudah banyak mengalami perubahan. Kalau dahulu tempat ni memang hanya kelihatan seperti kubu perang, tapi sekarang tempat ni dihiasi dengan empat jenis taman: The Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden, The Contemplation Garden and Pool. Juga terdapat bilik tayangan serta kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jadi kalau ada kesempatan berkunjung ke Sabah, terutamanya di Kundasang, jangan lupa singgah di Kundasang War Memorial ni. Tak mahal pun bayaran, cuma RM2 untuk pemegang kad pengenalan  dan RM10 untuk lain-lain warganegara.

Friday, March 15, 2013

Desa Cattle Dairy Farm @ Kundasang

Selamat malam dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog kesayangan saya. Ceh! Pejam celik dah nak jumpa hujung minggu, jap pikir apa nak buat esok pagi. Ingat nak kayuh basikal tapi tak ada geng, banyak tul alasan aku nih...hihihi








Saya nak sambung lagi cite di Sabah yang tak habis2, panjang tul dah boleh buat novel nampaknya...hahaha. Dari Kinabalu Pine Resort  saya pegi Desa Cattle Dairy Farm yang sangat2 saya impikan. Yeahh! Alhamdulilah tercapai jugak, ingat ya kawan2 kalau ke Kundasang jangan lupa nak ke sini. Bayangkan kita semua pegi New Zealand...kohkohkoh. 








Mula-mula nak masuk je dah seram sejuk, sejuk dengan cuaca dan jalan nak masuk tuh bukit curam. Slow  and steady je adik saya memandu...huhuhu. Seram mak nak!...kahkahkah. Begitulah jalan dia sebab Desa Cattle Dairy Farm terletak di puncak bukit tapi saya rasa macam gunung....hihihi. Bila dah kat atas tuh korang boleh nampak view kampung2 kat bawah. Cantik uols!



 




Well, biasalah dekat New Zealand katakan...hahaha. Pemandangan memang  indah belaka sebab sentiasa berkabus nampak awan dengan cuacanya yang sangat sejuk. Memang dingin jer cuaca, so feel pun lain sket...kikiki. Seronok jer rasa, lupa diri macam kat obersea padahal...huhuhu. 








Masuk dalam bangunan ada pejabat urusan dan kedai jual2 makanan hasil produk tenusu. Dalam sejuk2 tuh sempat saya makan aiskrim dan minum susu fresh dari ladang. Sedap uols hingga menjilat jari...kikiki. Bestnya boleh tengok lembu punya susu diperah. Eh! Betul ke ayat aku nih..hahaha








Moh sini kita pegi tengok anak2 lembu dan kambing yang ada kat situ.  Alahai bersih je lembu dan kambing kat situ. Bulunya putih bersih je, kita siap peluk2 lagi...huhuhu








Dekat sini boleh bagi minum susu anak2 kambing dan lembu guna botol susu. Untuk bagi minum susu RM1.50 sebotol. Okeylah bagi anak2 lembu dan kambing tu seronok, seolah2 saya nih ibu susuan dia...hahaha. Bagi yang anak2 lembu atau kambing yang notty2 tuh di bawanya lari botol susu ...hahaha. Tamak ler tuh...huhuhu. Lawak tul!







 
Jangan kecit hati atau rasa macam nak termuntah tengok pic berangan saya semasa di New Zealand...huhuhu. Elok datang pagi sket, boleh nampak view gunung Kinabalu tapi agak berkabus pemandangan.








Apa pun  Desa Cattle Dairy Farm adalah satu destinasi yang sangat saya impikan untuk menjejakkan kaki di situ. Alhamdulilah dah tercapai dan sangat best...:)




Thursday, March 14, 2013

'Tagal' Ikan Kelah @ Sungai Moroli Kg. Luanti, Ranau

Selamat malam semua, sudah pasti saya meluangkan masa untuk menaip entri untuk pembaca blog saya. Bajet macam retislah pulak...hahaha. Gurau eh!








Sudah pastinya kalau pembaca blog saya kali  ini yang gemar memancing, macam teruja sangatkan dengar Ikan Kelah. Memang jinak-jinak ikan kelah yang saya maksudkan nih. Kalau nak tahu ketika berada di Ranau saya sempat singgah ke satu tempat iaitu “Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti . 

Di sini terdapatnya beratus-ratus dan beribu-ribu ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli nih. Pelik dan ajaibkan.








Memang tak dapat nak lupakan kenangan ketika berada disini sebab memang syok sangat dapat gigitan geli ikan kelah nih...hihihi. Tiket masuk ke sini adalah RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. 

Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.00 tapi bagi penduduk di sana tiket berharga RM3.00 untuk mereka. Murah tuh, ini sudah tidak adil bagiku! huhuhu. Melalui bayaran tiket tersebut korang boleh mandi atau bermain ikan kelah selama 15 minit. Bayaran makanan ikan kelah hanya RM0.80 je.








Ikan Kelah jinak nih tak boleh di tangkap atau di pancing sesuka hati kerana ianya di namakan 'Tagal' not penanggal hokeh...hihihi.  Tagal nih merupakan satu sistem dimana ianya adalah bermaksud pemulihan dan penjagaan sungai. 

Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda 'Tagal' ianya bermaksud korang dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k. Ada berani? hahaha. Miskin terus...hahhaha. 








Pekerja di sini menunjukkan cara macam mana nak bagi ikan kelah nih diberi makan...hehehe. Itu macamkah, kasi gengam pastu ikan datang sedut tangan korang...kekeke. Geli arrr mula2nya, janji bila tengok jari aku ada lagi oklah tuh...hahaha








Lepas 5 minit bermain dengan ikan kelah nih korang akan rasa lebih selesa walaupun sesekali terasa geli memang berbaloilah. Paling syoknya memang banyak ikan kelah yang akan datang kat kaki korang,dia buat gigitan manja...kikiki

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah. Memang ramai pengunjung yang datang ke sini. Masa saya datang itu pun bukan cuti sekolah dah nampak ramai pengunjung, kalau musim cuti sekolah mesti lagi ramai pengunjung yang datang. Makanya berduyun-duyunlah orang nak mencuba bermain dengan ikan kelah.

Bagi yang ke Sabah bolehlah singgah daerah Ranau untuk cuba bermain dengan ikan kelah. Best wooo..!