Nuffnang

Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

BBQ @ Fishing Bay Resort

Sambung semula cite aku di Fishing Bay Resort.

Petang masing-masing kesejukkan selepas berendam dalam swimming pool dan pantai. 

Balik ke bilik masing-masing berdiri kat balkoni ada yang meyidai pakaian basah dan tidak juga yang makan maggi cup untuk memanaskan badan sebelum menunggu azan magrib. Lapar akibat kesejukan lama berendam dalam air agaknya...hihihi









Selepas solat maghrib masing-masing menuju ke wakaf yang di sediakan. Wakaf ini telah aku tempah seawal lagi dengan bayaran RM175.00 sebagai duit sewa dan sedikit hidangan untuk 5 orang makan.

Selebihnya kami bawa makanan masing-masing. Perghh! Bila masing-masing membawa pelbagai jenis makanan, bukan main banyak.









Dengan juadah kambing, ayam, ikan, sosej, ketupat, kuah sate dan pelbagai lagi. Bila dah malam tengok makanan bukan main banyak lebih. Kami simpan dalam bekas makanan dan boleh panaskan untuk esok pagi...hihihi

Masing-masing kekenyangan masuk ke bilik. Sesekali buat BBQ nih bolehlah, jangan selalu amalkan sebab takut kanser. Nauzubillah. 








Bila dah malam ingatkan keluarga masing-masing masuk tido, sayup-sayup dengar suara di kerusi rehat di sebelah pantai dalam 4-5 orang. Aku pun join sekaki dengan pak incik sampai pukul 1.30 pagi sambil minum minuman panas dan berborak dengan melayan angin sejuk pantai. Seronok sesekali bersembang!

Bersambung...

Wednesday, December 18, 2013

Indoor Games @ Fishing Bay Resort

Salam untuk semua pembaca blog kesayangan hamba...kikikiki. 

Bersambung kembali alkisah family day keluarga saya di Fishing Bay Resort pada 14-15 Disember 2013, cukup sederhana tapi meriah dengan perangai masing-masing...hihihihi (Gelak sopan).










Petang hari sesampainya di sana kami habiskan masa dengan sembang-sembang kosong dan di ikuti dengan indoor games boling padang dan baling belon air. 










Macam-macam rupa dan gelagat semasa indoor games nih. Masing-masing bermain sambil tergelak beso...kakakaka. 

Kalau dah berkumpul nih ada aje senda usik mengusiknya. Wajah masing-masing nampak happy. Alhamdulilah aku tumpang gembira tapi lagi seronok kalau mak aku ada tapi...
























Paling best bila abah aku punya turn membaling kelapa....hahaha. Nasib abah sporting sentiasa memberi komitmen yang sangat baik. 

Gelak beso anak menantu termasuk cucu-cucu bila abah join boling kelapa. Biarpun botol yang jatuh hanya 1 tapi dari raut mukanya cukup gembira. Cayalah abahku sayang...hihihi










Permainan yang kedua acara baling belon yang diisi dengan air. Memang mencabar, asyik jatuh pecah jer belon tuh. Memang enjoy! Semua sukaneka ini dikelolakan pihak kami sendiri.

Abis permainan semuanya ambil cenderahati, mentang-mentang aku yang bagi sorang pun tak nyempat snap gambo ya....hahaha.

Dah dapat hadiah masing-masing terjun swimming pool. Macam-macam aksi ada gaya kuak lentang, gaya kupu-kupu, mengepak pun ada...huhuhu

Bersambung...


Tuesday, December 17, 2013

Fishing Bay Resort

Salam untuk pembaca blog yang tak seberapa nih. Terima kasih semua.



Saya baru balik bercuti di Fishing Bay Resort di Teluk Buih, Air Papan, Mersing, Johor bersama semua ahli keluarga, merangkap Hj Samad's Family Day.




Perasaan tenang dapat dirasai sebaik menjejakkan kaki ke resort jam 12.30 tgh. Menginap di bilik yang mengadap Laut Cina Selatan dengan menghirup udara segar sambil ditemani deruan ombak yang memecah pantai. 




Ditambah di celah-celah pohon kelapa, bagi akulah percutian di resort itu meninggalkan nostalgia terindah. Sememangnya suasana seperti itu menjadi menjadi impian aku dan ingin keluar daripada keriuhan dan hiruk-piruk bandar untuk bersantai bersama keluarga tersayang. Alhamdulilah selesai program untuk family aku bagi tahu 2013.



Dari Johor Bahru hanya perlu menempuh 3 jam perjalanan ke tempat yang dituju. Ternyata kegembiraan yang terpancar di riak muka masing-masing sungguh gembira.
Peristiwa ini kami rakamkan dan menyimpanya sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga. Setiap foto adalah dari gabungan kamera kami sekeluara. Kunjungan kali ini amat bermakna untuk kami sekeluarga.


Bagi yang berminat mengenai fishing Bay Resort boleh di dapati di laman sesawang Fishing Bay Resort.


Bersambung..

Tuesday, February 28, 2012

MERSING



Mersing kini bukan lagi sekadar perkampungan nelayan yang sunyi sebaliknya menjadi destinasi persinggahan yang semakin popular dikalangan pelancong kerana disinilah letaknya jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, dan Pulau Tengah.

Mersing terletak 136 km dari Johor Bahru. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 2 jam dari Johor Bahru.Bandar Mersing jelas sekali bandar ini sudah berkembang maju. Walaupun Mersing sebuah bandar yang kecil tetapi kemudahan prasarananya semakin bertambah baik. Antaranya, Restoran, cafe dan pasaraya. Hotel-hotel juga telah banyak dibina.




Jika dahulu ada yang datang ke Mersing semata-mata ingin ke Pulau Tioman atau pulau-pulau berdekatan tapi kini tidak lagi. Jaraknya yang tidak jauh dari Jeti Mersing menjadikan ia sangat popular untuk aktiviti beriadah.

Kedudukannya menghadap ke laut menjadikan ia amat menarik untuk pengunjung menikmati pemandangan tepi pantai terutama pada waktu matahari terbit.




Bahkan, kawasan rekreasi yang dilengkapi taman permainan kanak-kanak tersebut turut menjadi tumpuan keluarga pada setiap petang dan hujung minggu. Selain itu, ia juga dikunjungi para pejalan kaki dan mereka yang gemar berjoging.

Terdapat juga beberapa buah pantai yang semakin popular terletak berhampiran daerah mersing ini, antaranya Pantai Air Papan, Pantai Penyabong dan Pantai Teluk Resang.






Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Dungun atau bas dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu. Bagi penduduk tempatan pula, pantai ini seringkali dijadikan tempat menikmati ketenangan di waktu petang.





Bersebelahan dengan pantai ini juga terdapat satu lagi pantai yang sering menjadi perhatian iaitu Pantai Teluk Bidara, kira-kira 145 km dari Kuantan. Lokasinya pun terletak tidak jauh dari Tanjung Jara Resort.

Pantai ini juga sangat menarik. Airnya yang jernih namun semasa musim tengkujuh pengunjung tidak digalakkan bermandi-manda disini kerana ombak besar. Disini, pengunjung juga boleh menghirup udara segar yang nyaman sambil berjalan-jalan dipersisiran pantai yang pasirnya berwarna keemasan serta sesuai untuk memancing.







Pantai ini merupakan lokasi tarikan bagi pelancong yang gemarkan aktiviti memancing.Terdapat jeti tempat bot nelayan berlabuh dan bot-bot untuk disewa oleh kaki pancing tempatan dan antarabangsa untuk ke kelong dan juga pulau-pulau yang berhampiran. Kedai makan yang terletak berhampiran dengan jeti juga ada menyediakan makanan laut yang segar dan ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada di kampung ini.

Pemandangan di Pantai Tanjung Resang pun sangat menarik. Kalau sudah tiba di Pantai Penyabong, datanglah berkelah di Pantai ini pula. Kedudukannya terletak berdekatan dengan Pantai Penyabong. Airnya sangat bersih dan tenang.

Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing.

Hurmm...Cuma satu yang kita kurang selesa ke Mersing, bau hanyir dari sumber laut membuatkan kita merasa agak kurang selesa tapi itu bukan alasan untuk berjalan2 ke tempat sebegitu.