Nuffnang

Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Friday, June 14, 2019

Kerana Dia Merupakan Sedekah Dan Dosa Di Ampuni

Assalamualaikum. Yeahhh! Dah bertahun blog aku sepi dan  bersawang. Ntah tiba-tiba rasa rindu pulak nak menulis. Cuba login. Alhamdulilah boleh login lagi. Rezeki!

Berbalik pasal rezeki nih ada macam bentuk. Sihat pun kira rezeki pada aku. Kali ini aku nak share pasal rezeki memelihara kucing. Adalah 2 ketui je kucing yang dipelihara di rumah.

Kucing merupakan salah satu haiwan yang berani untuk aku sentuh itu yang paling penting sekali...hihihi. Haiwan yang istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang sangat disayangi. Banyak orang yang masih merasa takut untuk memelihara kucing akan tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya untuk di beri kasih dan sayang. Meskipun ada kadangkala ada unsur negatif seperti mencuri ikan di atas meja atau membuang kotoran, namun ternyata kucing juga memiliki keistimewaan dan bagi orang yang memelihara kucing juga akan memperoleh pahala.

Umat muslim sangat digalakkan untuk memelihara, memberi makan dan juga minum pada haiwan seperti kucing khususnya saat haiwan tersebut sedang lapar dan dahaga sebab akan jadi dosa jika dibiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing tersebut, maka sudah dijadikan sedekah bagi orang tersebut.

“ Pada setiap sedekah terhadap mahluk yang memiliki perasaan akan mendapat  pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau tumbuh-tumbuh-an yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau binatang, maka dianggap sebagai sedekah ”.




Bila usia semakin senja nih nikmat hidup adalah rasa berkasih sayang tuh sangat tinggi. Rajin jugak aku ikut abang aji bagi makan kucing-kucing jalanan. Bukan apa memikirkan kucing-kucing ini hidupnya tak terurus jauh sekali makan dan minumnya. Belum memikirkan suntikan vaksin dan sebagainya. Allahu.

Pernah aku terbaca dalam satu artikel, dari situlah aku tersentuh. " Seseorang yang memelihara kucing juga akan mendapatkan pahala dari Allah berupa syurga sekaligus ganjaran yang baik sebab kita sudah menolong haiwan yang sedang menderita kerana haus atau lapar tersebut ".




Di dalam sebuah hadis yang sudah di riwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “ Orang yang penyayang maka juga akan disayangi oleh Allah. Sayangilah makhluk Allah yang ada di muka bumi, maka nescaya juga akan disayangi penghuni langit ".




Seorang muslim juga sangat disarankan untuk menolong haiwan khususnya pada haiwan yang menderita, membuat umat muslim tidak memiliki pengecualian untuk menolong binatang seperti kucing kerana tujuannya sangat mulia yakni tidak membiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara kucing contohnya, maka perbuatan dosa orang yang menolong haiwan tersebut akan diampuni.

“ Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang hampir mati kerana kehausan. Lalu wanita itu menarik tudungnya, dengan menggunakan tudung dan air di ambil dari perigi lalu diberi anjing itu minum. Dengan perbuatannya itu dosanya diampuni ”. 




Nabi SAW di saat pergi ke Bathhan daerah di Madinah berkata, “ Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana ".  Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Saat Nabi ditanya tentang kejadian itu, maka Beliau menjawab, “ Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”


Tuesday, December 31, 2013

Anak Bulus Sakit GG


Alhamdulilah. Ahad aku pergi Klinik Veterinar Family yang terletak di Bandar Baru Uda, menghantar anak bulus yang tak berapa sihat. Sakit gigi dan gusi bengkak. Alolololo...ciannya anak ibukan.





Sampai klinik subhanallah punyalah ramai manusia yang bawa kucing untuk buat rawatan. Yang datang tuh kucing-kucingnya cukup comel belaka. Geram je...grrrr picit kang! hahaha

Ada yang seminggu baru sampai dari US, baru nak sesuaikan dengan cuaca di sini...huhuhu. Owner masing-masing sibuk berkongsi tentang kucing masing-masing. 70% Customer klinik ini kebanyakkannya dari Singapore...kikikiki 









Bron dapat giliran yang ke 32. Mak Aiii! Bukan main lama menunggu tapi Plaza Angsana kan ada, jeling sebelah kanan dah nampakkan...hihihihi

Aku tinggalkan Bron kat klinik, 2 jam aku berpoya-poya dengan anak dara aku. Kami makan dekat Mary Brown dan masuk butik pakaian. Hah! Tak pasalkan anak dara aku dah beli dress dan aku beli shawl. Cari pasalkan....hahaha





Sekarang nih musim hujan dan panas tak menentu di Johor Bahru. Bila hujan panas tak menentu nih yang kita kena jaga kucing lebih sikit. Memang kucing-kucing aku tuh dalam rumah je, tak keluar. Aku tengok dekat klinik banyak yang kucing demam dan selsema.

Aku paling kesian dengan kucing yang  masih belum divaksin, jadi bila selsema tu, immune system tak cukup gagah nak lawan.  Nasib baik anak-anak bulus aku semua dah vaksin. Ishh membebel pulak aku...hihihihi








Kesian sangat. Masa Bron sakit gigi dan gusi membengkak. Manalah aku tau kan? Sakit pun diam je. Aku nampak Bron sangat stress waktu tuh. Dia banyak mendiamkan diri dan baring.

Macam tulah gaya Bron tido waktu sakit gigi. Padahal selama nih tidur terlentang, terkangkang dan mulut banyak bercakap lebih-lebih lagi dengan pak incik. 

Bila dah bagi antibiotik dan ubat kurang bengkak mula menampakkan tanda positif. Huh! Lega rasanya. Aku sanggup buat dia macam baby, siap selimutkan dan tido dengan dia sekali.

Alhamdulilah, semuanya beransur pulih lepas makan ubat dan supplements. Aku pun dah boleh bergembira dan boleh tido dengan tenang...hahaha

Anyway terima kasih Dr. Ju @ Klinik Veterinar Family, Bandar Baru Uda yang membantu Bron tempohari.

Thursday, July 18, 2013

Cuci Mata Ke Daiso EON Bukit Indah

Salam untuk semua pembaca blog saya, ayoyoyo! ayat bajet retis....kikiki. Ohoooo nak baca tak kisah aku pegi Daiso untuk sekian kalinya.

Yuhuu! Makanya aku dah diberi tanggungjawabkan oleh boss untuk mencari barang keperluan projek 5S untuk jabatan. Macam2 orang cite, bukan aku memandai ler nak cite tentang Daiso nih...hihihi. Produk dari negara Jepun katakan tapi aku tak nampak sorang pun kelibat si mata sepet...kikikiki. Memang pantang pergi shopping complex kalau tak shopping satu dua barang. Wajib bimbit beg plastik bila keluar...hihihihi.

Sampai negara Jepun, opsssss..kikiki. Oooooiiii! EON Bukit Indah ler...hihihi. Terus ke Daiso Japan. Apa itu Daiso Japan? Jangan banyak tanya kena pegi sendiri...hihihi. 




Daiso Japan ialah sebuah kedai yang berpengakalan di Jepun yang menjual barang-barang pada harga yang rendah, berkualiti, pelbagai, unik dan yang penting sekali pelanggan akan berasa seronok dan teruja apabila melangkah ke kedai ini. Segala barang mak nenek untuk keperluan harian, keperluan rumah dan perhiasan dijual di kedai ini. 

Menariknya ialah semua barang dijual dengan harga RM5 dari yang besar bapak gajah hinggalah yang kecil tapi taklah sebeso gajah....hihihi. Cuma pelanggan perlulah bijak dalam menilai nilai sesuatu barang yang ingin dibeli. 

Apabila menjejaki kaki ke kedai ini kami bebas untuk melihat barang-barang keperluan pejabat yang hendak dibeli. Hampir 1 jam 30 minit di dalam kedai pun tidak terasa.

Terlalu suka untuk melihat barang-barang yang di pamerkan, tiba-tiba mata aku boleh pulak terpandang baju kucing...kikiki. Sepantas kilat aku capai 2 pasang. 1st time pergi sebab pergi cara rasmikan so tak seronok pulak nak curi masa. Ceh! Ayat macam orang beriman aku nih...hihihi. Insyallah nanti aku nak ke sana lagi, banyak jugalah barang yang aku nak beli dekat situ untuk keperluan rumah.





Baju-baju kucing inilah yang paling buat aku eppy. Tak sabo nak pakaikan budak-budak nih. Terkedek-kedek mommy Gojes pakai baju pink dan papa Byon pakai jersi biru tapi dalam tak sedar jersi papa Byon ada perkataan 'Ours Label Girls Star'....huhuhu. Gegirl pun gegirl ler papa Byon, anak2 nko tuh bukan paham nak membacanya...hihihi

Sekian hasil shopping untuk pagi tadi. Esok aku nak tunjukkan anak-anak aku pakai baju kucing...kikik. Satu lagi aku dah aim beberapa barang untuk keperluan rumah yangmenjadi idaman aku. Boleh bawak mimpi tido malam nih..kikikiki

Friday, June 21, 2013

Comeynyaaa!

Salam khamis malam jumaat untuk semua. Yah! Saya banyak menghabiskan masa di rumah sejak jerebu melanda. Keluar sekadar ke pejabat so far stok bahan makanan masih ada jadinya tak perlu singgah kemana-mana. Balik masak, mudahkan!






Malam tadi selepas solat salah sekor kucing kesayangan saya yang bernama Uteh sibuk melesetkan badan dia dekat sejadah. Comey je tengok dengan rasa geram...huhuhu





Kita keluarkan mask...kikiki. Cer tengok hasilnya. Comel tak Uteh? hahaha. Pandai pulak bila saya pasangkan mask tuh dia diam dan patuh je...hihihi. Bagus2, kelakarlah macam tersiksa je....hihihi

Comeynyaaaa! Membuli sesekali bolehkan? ...hahaha

 

Monday, June 17, 2013

Sukarelawan Diperlukan!

Salam untuk semua pembaca blog saya, terima kasih memeriahkan blog ini. Syukran dan Alhamdulilah. 

Pejam celik sekejap je esok kita dah jumpa 8 Syaaban. Mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan semua moga kita semua dapat mempertingkatkan ibadah dengan sempurna dan lebih baik dari semalam. Insyallah.






Di sini saya ingin menghebahkan untuk semua masyarakat khususnya warga Johor Bahru untuk menyertai program sebagai sukarelawan pada masa dan tarikh yang sudah di tetapkan seperti di atas.

Marilah kita semua sedar bahawa di sekeliling kita ada makhluk yang memerlukan perhatian dan simpati, biasanya manusia kadang-kadang tak sedar akan kesilapan mereka sendiri. Mahluk Tuhan yang kerdil ini memerlukan simpati dan belas ihsan dari kita semua.

Sama-samalah kita melakukan amal jariah dan ibadah yang tanpa kita sedari datangnya dari hati yang cukup ikhlas. Insyallah.

Boleh klik di sini Pandan City Furries atau Myvets Tiram


Tuesday, April 2, 2013

Berkat Hidup Dengan Memelihara Kucing

Selamat malam dan salam sejahtera semua, jam dah menunjukkan pukul 11.10mlm, mata belum mengantuk jadinya baik saya buat entri iya tak? Malam ini nak cite perkara yang baik2 dan membolehkan kita semua mendapat pahala serta ganjarannya di sana. Insyallah.



Masa solat isyak tadi tergedik2 Ciwawa meleset2 kat sejadah saya sedang bersolat. Ada baiknya kali ini saya nak cite tentang kucing...hihihi. Hamboooi!  mentang2 nko ternak kucingkan? hahaha. 

Pelihara kucing nih sangat baik sebabnya ianya salah satu antara sunnah nabi. Sesiapa bela dapat pahala sebab Nabi pun ada pelihara kucing juga. Kami ada bela pada mulanya sepasang ekor kucing spesis Ragdoll. Alhamdulilah menghasilkan baka sehingga 12 ekor. Tapi tak kesemuanya saya pelihara, adalah saya beri pada mereka yang berminat.



Kita sambung semula kisah Nabi dengan kucing, kalau silap bagilah komen sebab saya pun bercerita nih melalui pembacaan bila ada masa terluang.

Dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. 




Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan meleset2kan dirinya  kepada Nabi. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan membeli lembut ke badan  kucing itu.


 

Setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, Nabi selalu mendukung Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti laungan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri. Subhanallah!

Hukuman bagi mereka yang menyakiti atau menyiksa haiwan ini, Nabi menjelaskan bahawa hukumannya  adalah siksa neraka.

Tuesday, February 19, 2013

Hukum Jualbeli Kucing

Selamat malam semua, sama-samalah kita menjadi seorang yang penyayang sebagai teman sewaktu di rumah dan antara binatang kesukaan nabi SAW. 

Seronok mendengar ustaz Azhar Idrus bagi ceramah. Lawak tapi ada mesej yang di sampaikan....:)

                        

Monday, January 7, 2013

Sedihnya

Selamat petang ahad semua,  Alhamdulilah saya masih boleh bernafas dibumi Allah ini. Moga kita semua dapat menghargai diri sendiri untuk jalan kebaikan.







Petang ini rumah saya dilanda kesedihan. Huaaa! Memang sedih sangat. Hari terakhir bersama anak-anak kucing kesayangan kami seisi keluarga.

Sedih rasanya masa nak berpisah dengan si cumil kita nih lebih2 lagi mommy Betty yang tak tahu apa2 kemana pergi anak2nya.








Memang sedih nak serahkan tadi, tiba2 sebak menangis dulu dekat tangga dengan anak dara kita sebelum serah dengan orang yang datang ambil 3 ekor anak kucing tadi. Berat je rasa hati, duduk2 kejap kesat airmata. Anak dara kita sampai sekarang masih menangis lagi...huhuhu

Mudah-mudahan anak2 kucing ini lebih selesa bersama keluarga baru. Lepas nih kita akan rindu keletah budak2 nih yang tengah seronok di ajak bergurau saban pagi, petang dan malam.

Macam inilah apa yang kita rasa sebagai manusia bila kasih sayang suami isteri dan anak2 dipisahkan. Sedihkan?  Sambil menaip entri ini sempat sms owner kucing untuk bertanya khabar anak2 kucing tuh. Nangiskah dia? Sebak!

Alhamdulilah rasa lega bila baca balasan sms nih. "Kucing ok, dia tdo". Lega sket perasaan sebak nih.

Jaga diri bebaik ya Domok. Sedihnya!


Tuesday, December 25, 2012

Sifat Kasih Sayang


Syukur Alhamdulilah dengan nikmat hari ini. Esok cuti umum sempena Hari Krismas, kita tido lewat sedikit. Hari rehat seduniakan...kikiki. Malam ini saya usahakan entri ini atas rasa kasih sayang dengan kucing2 peliharaan saya. Terima kasih Bron, Betty, Garfield, Ciwa dan Uteh. Luv u so much...!

Hidup manusia akan terbatas dan terkongkong apabila ada sekatan perasaan tetapi ada sesetengah bila dengan haiwan secara automatik menjadi penyayang. 







Manusia tidak pernah lari dari kenyataan, sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih dan pemaafnya Rasulullah SAW yang patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.







Erk! Moga kita semua tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah, mungkin ada di antara kita yang terlalu leka dengan binatang peliharaan hingga terlupa untuk solat atau berzikir mengingatiNya.

 



Insan sejati akan menganggap bahawa semua binatang atau haiwan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai hak untuk hidup aman di muka bumi. Makhluk ini dihormati dan disayangi semata-mata kasih sayang Allah SWT kepadanya.

Doakan saya moga menjejaki hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang seperti baginda terhadap haiwan kesayangan. Ya Allah kau tanamkan rasa sifat sabar, penyayang dan rasa belas kasihan kepada binatang peliharaan kami. Amin!


Friday, October 12, 2012

Cinta Hati Kami

Syukur Alhamdulilah... 

Moga hari jumaat ini memberi seribu kebaikan dan keinsafan pada mereka yang alpa. Kalau nak rehatkan minda bolehlah tengok anak2 kucing kesayangan kita sekeluarga, Garfield, Ciwa dan Uteh yang berusia 3++ bulan.





























Comel tak? Kucing2 inilah yang buat kami sekeluarga tak boleh tinggalkan rumah lama sangat. Rasa kasihan kat si cumil nih semua...hihihi


Saturday, August 25, 2012

Lawak Petang : Patah Kaki

Syukur Alhamdulilah.

Petang2 camni kita layan gambo aksi kucing ya...hihihihi. Cian kucing tuh terlantar di atas katil, patah kaki agaknya...hihihi





Alololo! Comeynya, buat muka muka simpati lak :)



Saturday, August 18, 2012

Syawal Bersama Ahli Keluarga Baru

Syukur Alhamdulilah!

Pejam celik dah jumpa puasa yang ke 27 Ramadhan. Akhir2 ini kita lebih banyak melakukan solat terawih dirumah. Cuaca yang agak panas dan orang ramai menjadikan kita alah dan mudah terdedah dengan serangan asthma.

Dah 2 malam setiap kali hendak tidur kita kena ambil ventolin  terlebih dahulu.









Kita merasakan cepatnya masa berlalu, dalam tanpa kita sedar Syawal sudah hampir. Kita percaya ramai yang sudah menyiapkan persediaan menyambut raya dalam suasana cukup sederhana begitu juga bagi mereka2 yang tidak berkemampuan mereka menyambut dengan seadanya.








Tahun ini sambutan raya agak meriah dalam keluarga kami dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Anak2 kucing yang comel bakal menceriakan suasana Syawal ini dengan keletahnya yang membuat kami terhibur.

Syawal ini menyaksikan perubahan yang begitu besar dalam hidup kami. Tentu sekali bahagia  sesangat, semakin bahagia apatah lagi, kembar mereka sudah semakin pandai mempamerkan keletah mereka yang comel dan mencuit hati.



Tentu sekali bahagia, keluarga kami semakin bahagia apatah lagi kehadiran kehadiran anak-anak kucing itu sudah semakin pandai mempamerkan keletah mereka yang comel dan mencuit hati.

Sebagaimana keluarga lain, pertama kali berpeluang menyambut hari raya bersama anak2 Betty dan Bron tentunya merupakan sesuatu yang sukar dirungkai dengan kata-kata, hanya mereka yang seperti kita dapat merasakannya.

Tahun ini Aidilfitri kami lebih meriah dengan kehadiran anak-anak Mommy Betty.....woooott2!



Friday, July 20, 2012

Comey-Comey

Alhamdulilah!

Betty untuk sekian kalinya bergelar mommy pada 23 Jun 2012 jam 2.30pg. Segalanya angkara Bron. Alahai, Bron jugak yang disalahkan. Memandangkan cik Som tak ada pengalaman langsung rasa panik tahap bendol pun ada...hikhikhik.






Subhanalah! Kebesaran Allah tidak ada siapa yang boleh menduga, kesian bila kita tahu Betty melahirkan baby sebanyak 8 ekor tanpa bantuan kita. Cuma sebelum masuk tido malam tu Betty ada mengiau 1-2 kali dengan kita tapi x sure dia nak banak atau sebaliknya. Maaf ya Betty.

Mungkin dia dah sakit, mintak bantuan kita tapi cik Som tak paham bahasa kucing, nak di macamanakan iya tak? Kesian banak sendiri Betty pagi tuh.






Bagusnya Betty nih macam dah ada lebih pengalaman walhal idok pun. Anak2nya dijaga cukup rapi. Tengok muka dan bulunya cukup bersih, camtulah dia menjaga dirinya.

Buat masa ini kita tak pasti lagi jantina masing2, lagi pun tak seperti mak2 bidan kucing. Lom expert lagi bab jantina nih...hihihi. Memandangkan Betty dan Bron  memang baka Persian so baby dia pun kiut miut. 






Hari nih comel2 kita tuh dah masuk 25 hari, geram macam nak picit2 je. Comey2 sangat...hukhukhuk. Buat kita seisi keluarga selalu khayal mengadap cage tak kiralah pagi, petang dan malam. Seronok tul!








Rasa happy sangat , yela Betty dah ada baby tak pernah tengok kucing lahir sampai 8 ekor. Harap biarlah anak2 dan mommy Betty dalam keadaan sihat sampai ke tua. Amin







Hopefully kucing2 nih hidup dan membesar dengan baik...bagi aku kucing2 ni membawa rezeki dan sebagai amal kita di dunia, ini salah satu cara nak dapat pahala.

Bukan susah pun nak cari pahala, bagi makan yang cukup, tempat perlindungan dan sebagainya. Kucing juga salah satu terapi untuk tidak membiarkan rumah kita dalam keadaan kosong.