Nuffnang

Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Usaha Cari Rezeki

Promosi terlebih dahulu. Japanese Rose cantik tak? Sesiapa nak beli  Japanese Rose beri komen atau pm facebook ya :)

Moga malam ini menjanjikan seribu kebaikan untuk semua. Esok pagi selasa kita bertemu, insyallah.





Tidak terjangkau dalam pikiran kita kadangkalanya oleh kita kerana Allah sudah menyediakan manusia dengan akal fikiran untuk memenuhi tujuan di sebalik kehidupan termasuk rezeki.



 

Melalui akal fikiran manusia berusaha mencari rezeki, memahami mereka hendaklah hidup saling bekerjasama dalam melengkapi keperluan diri dan mengakui kepentingan ajaran Nabi SAW kepada manusia. 




Antara ajaran Nabi SAW yang manusia perlu terima ialah berkaitan isu di luar daripada pengalaman hidup manusia seperti mengakui keesaan Allah serta memahami perkara ghaib dan kebangkitan selepas mati.

Berkenaan rezeki, Allah sememangnya menjaminnya kepada setiap hamba. Apa yang penting ialah rajin berusaha dan tidak putus asa dalam mencari rezeki.



 

Hal ini termasuk bekerja dengan mengambil upah, berniaga dan menghasilkan barangan untuk jualan. Ada orang yang berduit, tetapi tidak mampu mengusahakan sesuatu. Jadi, orang terbabit memerlukan perantara seperti penjual, pembeli dan pengilang. Gunakan segala yang ada dalam mencari rezeki asalkan ia halal dan dibenarkan syarak.


Sebenarnya tidak ada jalan mudah dalam mencari rezeki. Islam tidak mengajar dengan doa semata-mata atau rezeki datang bergolek tanpa perlu berusaha. Nabi SAW sendiri berusaha dalam penternakan kambing dan perniagaan dalam kehidupan biasa baginda. 







Walaupun begitu kita semua boleh sahaja berusaha menambah ibadat sunat seperti melaksanakan solat Duha, memperbanyakkan membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah dan ayat tertentu seperti ayat seribu dinar sebagai sebahagian usaha. Kehidupan kita mempunyai hubungan rapat dengan pemilihan kita sendiri dan kepercayaan kepada ketentuan Allah.




Monday, February 3, 2014

Bagaimanakah Cara Menanam Pokok Strawberi?

Syukur Alhamdulilah! Allah sentiasa memberi rezeki dan menerangkan hati saya dengan pelbagai cara termasuklah dengan hobi baru. Meneroka dunia tanam-tanaman yang cukup menyeronokkan. 




Dunia baru bagi diri saya adalah di miliki mereka yang menjadi peminat tegar untuk menanam pokok strawberi. Ini adalah pokok buah-buahan yang boleh bertolak ansur dengan kebanyakan jenis tanah tidak memerlukan nutrien khas dan dapat hidup dalam keadaan cuaca yang berbeza, dari  negara yang sejuk dan basah, yang berakhir dengan panas seperti Malaysia negaraku tercinta. 

Malaysia Boleh! hihihi




Saya memilih pertaruhan dan strawberi yang menjadi pilihan, seperti dengan perkebun semua, masa yang diperuntukan bagi menyediakan tempat penanaman, biar pun sukar tapi itulah cabarannya. Ingat! Sebelum kita menyelam ke dalam penyodok di dalam tanah, perlu membuat beberapa keputusan. 

Lokasi :

Lokasi mesti sempurna di bawah matahari penuh kebanyakan hari. Kuantiti yang banyak air dan peredaran udara yang baik adalah dua bahan utama untuk kejayaan. 

Sumber : 

Buah strawberi amat mudah terdedah kepada virus dan penyakit tanah. Itulah sebabnya kenapa ia adalah penting untuk membeli tumbuhan yang diperakui di kedai-kedai atau individu tertentu. Tanah yang elok akan cenderung untuk melepaskan daun hijau dan bukannya buah merah berjus. Semak pH tanah dan jika perlu, tukar kepada kira-kira 6.5. Tanah yang telah disenyawakan dengan tahun sebelumnya, permulaan yang sempurna.  

Teknik Penanaman :

Sejurus sebelum penanaman, mempunyai 5 helai daun dan di cucuk 10 cm kedalam tanah. Menanam. Strawberi terdapat mana-mana anak benih yang diperoleh dalam dalam versi terbuka. Untuk menanam pokok-pokok pada jarak masa antara 35-45 cm dalam baris dan kira-kira 75 cm antara baris, yang kaya tanah penyebaran yang lebih luas. Adalah penting untuk tidak meninggalkan akar terdedah. 

Sebelum musim menuai : 

Pada musim bunga apabila tumbuhan itu mula mekar, membuang semua daun-daun mati dan mula untuk sentiasa memeriksa  kutu daun dan serangga perosak lain. Jika tumbuh-tumbuhan adalah kaku dan tidak mahu berkembang, hanya keluarkannya mereka dan membuang, kerana jelas ini adalah tanda-tanda virus itu. Apabila buah-buahan mula untuk membentuk, meletakkan sabut kelapa untuk mengekalkan kelembapan dalam tanah dan buah-buahan. 

Selepas menuai :  

Berhati-hati untuk tidak memotong tumbuh-tumbuhan terlalu mendalam dan tidak merosakkan pokok. Jika perlu, pastikan pengurasan tanah untuk memastikan anda banyak buah-buahan segar. Pokok strawberi akan tumbuh dengan baik. Jika kilang itu mengeluarkan hijau daun terlalu kuat, ia bermakna bahawa ada terlalu banyak nitrogen di dalam tanah. Keluarkan daun dan sampah selepas musim menuai dan seterusnya.

Friday, January 3, 2014

10 Tempat Kos Sara Hidup Paling MAHAL Di Malaysia


Eh ringan je aku nak post dalam blog nih. Maklumlah daerah tempat tinggal aku tersenaraikan. Bandaraya Johor Bahru yang indah permai. Ceh! hahaha






Aku amik dari website lamankongsi  juga hasil kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempatpaling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.

Pulau Pinang
Bintulu, Sarawak
Paka/ Kerteh, Terengganu
Miri, Sarawak
Kuala Lumpur
Kuala Terengganu, Terengganu
Kuching, Sarawak
Klang
Labuan
Johor Bahru

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.
 
Terima kasih lamankongsi. 


Friday, December 20, 2013

Dompet Kempis Bersama NILE

Hari jumaat lunch hour yang sangat panjang. Jom shopping di hujung jari sahaja...hihihi. Pandaikan aku menghasut korang...hahaha. Gelak sopan tau nih. Semua orang suka shopping. Seropalah dengan aku yang penting petihnya ada tak kiralah apa carakan. Kali ini aku nak introduce kat korang tentang nile.com.my. 

Kenapa? Sebab nile.com.my merupakan portal online shopping yang menawarkan harga termurah pada abad melenium ini....kikikiki Nak tau berapa murah? Cer klik sini nile.com.my







Korang bukan sahaja boleh beli baju/dress/tudung/kasut/bag aksesori untuk wanita, malah pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak pun ada. 

Jangan tak tahu boleh juga beli buku, barangan sukan, barangan elektrik dan gadjet pun hadooo.  Ini dah macam shopping mall dihujung jari je.  





Tapi sedihnya  bagi aku orang Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya, nile.com.my hanya menyediakan khidmat penghantaran di sekitar lembah klang dalam masa 24 jam sahaja.Waaah kelaz!

Hah! Apa lagi jom shopping dengan nile.com.my


Friday, December 13, 2013

A Trial Of Endurance Trek To Everest Base Camp

Salam untuk semua pembaca blog saya. Terima kasih sudi ke sini, mudah2an Allah memberkati setiap apa yang di baca dalam blog yang tak seberapa nih.




Tajuknya aku nak tolong budak bernama Afif Azim yang merupakan pendaki gunung Everest bagi tahun 2014. Sekadar tolong menolong untuk dia. Jom beli buku A trial of endurance trek to Everest Base Camp. Selain menjadi bahan bacaan dan rujukan, hasil jualan akan disalurkan ke tabung Misi Perdana UTM Everest 2014.

Coffee table book ini mengandungi hampir 300 muka surat. Persediaan awal UTM untuk  ke Everest, pengalaman Tan Sri Salleh, Pro Canselor UTM yg berusia 72 tahun berjaya sampai ke EBC, pasukan UTM yang ke Lobuche Peak, Island Peak, EBC, Kalapattar dan gunung-gunung tempatan, The Pride of Sherpa dan pelbagai lagi.
 
Kombinasi penulisan dan gambar-gambar di Himalaya pastinya menyejukkan mata yang memandang.

Buku ini dijual RM 180/senaskah. Untuk tempahan, boleh melayari  www.everest4utm.com/buku


Wednesday, November 27, 2013

Mee Udang @ Manja Corner Sg. Rambah

Selamat malam semua.

Cepatnya masa berlalu, tanpa disedari dah masuk minggu ke dua cuti persekolahan bermula, tapi bagi saya tidak dapat merasanya. Anak-anak sudah tidak lagi di zaman persekolahan. Kalau dah musim cuti persekolahan tajuknya mana-mana resort susah untuk di buat tempahan...hihihi.

Tiba-tiba teringat Sg Rambah yang terkenal dengan lokasinya yang indah permai dan tenang kerana di situ ada taman reakreasi yan kerap di kunjungi orang ramai. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di daerah Pontian bersama biras saya, itu pun ke Hutan Negara Tg Piai. 

Namun di sebalik nama Sg Rambah ini baru saya tahu ceritanya malam tadi...huhuhu. Bolehlah kita datang lagi ya Nora untuk makan Mee Udang di Sg Rambah.
 




Mee Udang Manja menjadikan gerai itu yang terletak berhampiran Jeti Sungai Rambah di sini kian popular.

Keenakan mee udang di gerai tersebut menjadi satu jenama kepada Kampung Rambah khususnya Sungai Rambah yang menempatkan jeti nelayan dan hasil tangkapan segar memberi kelebihan kepada pengusaha gerai makanan laut di kawasan berkenaan.




Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.

Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya. Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.





Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya.

Bagi menu biasa, sebanyak lima udang akan dimasukkan manakala untuk pesanan istimewa sebanyak lapan udang. Beliau berkata, setiap hidangan ditawarkan pada harga RM9.00 sehingga RM15.00 sepinggan manakala kedainya dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.




Menurutnya, resepi mee udang itu diperturunkan ibu mertuanya, yang mula-mula mengusahakan gerai itu sebelum diwariskan kepada suami dan kemudian kini kepadanya.

Walaupun terdapat banyak saingan namun Mee Udang Manja tetap mendapat perhatian orang ramai yang ingin menikmati keenakan masakan tradisional itu pada waktu petang dan malam. 

Menariknya gerai ini bukan sahaja menjual masakan panas malah menjual hasil tangkapan laut seperti ikan, udang dan sebagainya.  

Friday, November 22, 2013

Produk Nour Ain

Assalammualaikum semua pembaca blog saya.



Produk NOUR AIN ready stock, jika ada yang ingin mencuba, boleh terus hubungi saya 0197146590 - CT

Insyaallah pengguna yang konsisten jerawat, jeragat, kulit kusam dan ia juga boleh mencerahkan kulit. Katakan goodbye pada kulit yang bermasalah.




Produk yang halal diluluskan lagi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


- Ibu mengandung boleh guna


- Tiada pengelupasan


- Produk dibuat dan dipacking didalam Malaysia




Kelebihan NOUR AIN :

✔ Menghilangkan jerawat


✔ Menghilangkan parut jerawat dan cela


✔ Mengurangkan dan menyelesaikan masalah jeragat


✔ Mengurangkan kedutan


✔ Mencerahkan kulit yang kusam/gelap


✔ Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata


✔Melembut dan menghalus kulit


✔ Memberi kelembapan yang sempurna


✔ Mengurangkan dan menghilangkan tompok hitam


✔ Memudarkan parut akibat jerawat


✔ Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar dan bermaya tanpa solekan yang tebal.


 

Friday, August 16, 2013

Kain Tenun Lisa

Assalamualaikum,

Masih Raya Sale lagi! Kain Tenun Pahang dari fabrik yang berkualiti. Bercorak eksludif dan sesuai digayakan ketika majlis2 rasmi, ke pejabat, majlis perkahwinan dan pelbagai lagi.

Design yg sangat ekslusif dan limited. Order boleh dibuat melalui sms/call 0197146590.




















Friday, October 5, 2012

Jom Shopping Kain Cotton Di Fabulous Cotton

Syukur Alhamdulilah..

Malam nih nak kongsi kegilaan kaum hawa masakini termasuklah yang sedang menaip blog nih....hihihi. Bagi yang spesis pecinta kain cotton bolehlah join semangkuk dengan mak ya nak! hahaha






Sekarang kita dah jumpa penjual kain cotton yang kita rasakan sesuai dengan jiwa nih. Nak kenal tak dengan Fabulous Cotton. Ownernya kita panggil Lina.





Wow! Cantik2 kain yang dijual dari butiknya. Memandangkan kita tinggal jauh so selesa membeli secara online. Dah 2 batch keluaran kita tidak ketinggalan untuk membeli di Fabulous Cotton. Harga yang berpatutan dan kualiti kain itu yang penting bagi kita.





Tak caya, cubalah masuk blog Fabulous Cotton. Boleh meraung bila tengok design baru yang ada di sana. Cantik2 belaka, sampai tak tido malam mak dibuatnya...hahaha





Bagi yang ada kesempatan bolehlah terus ke butik atau terus membeli secara online. Jom shopping! :)

Butik Fabulous Cotton
H-2-1, Putra Walk,

Taman Pinggiran Putra,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan Selangor
Contact : 012-3848463 - Lina