Nuffnang

Showing posts with label Kluang. Show all posts
Showing posts with label Kluang. Show all posts

Tuesday, December 3, 2013

UK Farm Resort

Salam untuk semua pembaca blog saya.

Jom kali ini kita terbang ke New Zealand...hihihihi. Saya nak share mengenai UK Farm Resort yang terletak di Kluang, Johor. Sebenarnya tempat nih pun saya belum lagi sampai tapi macam best je, macam best je...hihihihi 








Insyallah nanti sekiranya ada cuti umum atau weekend saya nak pergi satu family kesana. Seronok2 dan bajet perasan berada di New Zealand....hahahha

Nampaknya tempat tuh agak besar dan ada disediakan bas mini untuk melihat keindahan kawasan tersebut. Menyerupai  Mini Zoo sebabnya  ada haiwan ternakan dan dimaklumkan ada beberapa binatang seperti kambing, lembu, kuda, burung, dan monyet. Seronoknya ada perkampungan orang asli contoh rumah atas pokok dan boleh menyumpit. 

 







Tempat ini memang sesuai untuk photographer banyak yang boleh di abadikan di sini sebab viewnya yang sangat cantik. Saya memang suka pergi tempat sebegini tapi kalau dah cuaca panas terpaksa kena korban...hahaha.









Bagi yang ingin berkunjung ke UK Farm Resort dari tepi jalan, ada banyak signboard UK Farm. So jangan risau, tak sesat punya walaupun korang tak pernah sampai ke Johor. Sesampai je korang kat pintu pak guard, maka bermulalah journey di UK Farm. 









Kalau ada yang berminat boleh je nak susukan anak kambing ni. Dengan harga RM3.00 untuk sebotol susu. Saya percaya  kambing-kambing nih gelojoh belaka semasa menyusu...hihihihi. 

Jualan produk berasaskan susu juga banyak di jual di sana termasuk  menyaksikan aktiviti memerah susu kambing. Tester susu kambing pun diberi kepada para pelancong. Sedap tuh...hihihihi 









Cuti persekolahan ini bolehlah ibubapa bawa anak-anak amik feel seolah berada di New Zealand dengan ratusan bebiri, layan keletah burung unta, ada dusun buah, restoran fresh dari ladang.

Bagi yang datang dari jauh UK Farm Resort ada menyediakan chalet. Chalet dalam ladang! Warga Singapore ramai yang bermalam di situ.

Untuk info lanjut, klik UK Farm Resort dan cer baca dalam Sinar Harian.


Friday, January 27, 2012

GUNUNG LAMBAK : JAMBATAN GANTUNG




Kali ni merupakan entri terakhir mengenai aktiviti beriadah pada hari sabtu lepas. Sebaik sahaja selesai meronda2 persekitaran bawah Gunung Lambak, kami bersantai menikmati pemandangan indah sebelum pulang ke rumah.

Jelajah terakhir dengan menaiki jambatan gantung. Haishh! Gayat kita, nasib tak ada orang lalu lalang kalau tak mulut nih mesti ringan je suruh 'perlahan2 kita takut'...wakakaka






Sesekali bila dapat berdiri tegas atas jambatan gantung sempat kita menjeling bawah. Cantik ko ada air terjun dan air mengalir bersih cukup menenangkan pikiran.




Totally kita sangat berpuas hati sewaktu disana walaupun sekejap memandangkan anak bujang kita tak sihat.

Gunung Lambak terletak 5 km dari bandar Kluang, dengan ketinggian 510m di atas aras laut, gunung ini amat mudah didaki. Anak bujang dan anak sedara kita mereka sudah beberapa kali mendaki sehingga kepuncak dimana terdapat satu laluan berjalan kaki dan jambatan kayu disediakan untuk kemudahan pengunjungnya.





Kawasan hutan rekreasinya menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti perkelahan, perkhemahan, beristirehat dan berjoging. Pendakian ke puncak gunung pula adalah satu pengalaman yang merehatkan dan menyegarkan.





Pelbagai kemudahan disediakan di sini iaitu kawasan letak kereta, tempat rehat, tandas awam dan kawasan berkelah. Terdapat juga kawasan air terjun untuk bermandi-manda, di samping pelbagai jenis hidupan flora dan fauna yang menarik untuk dilihat. Pemandangan sekitar air terjun dan derusan aliran airnya sudah pasti membuat kita semua terleka seketika.

Apa lagi datanglah ke Gunung Lambak, Kluang, Johor.



Thursday, January 26, 2012

GUNUNG LAMBAK : WATER PARK




Punyalah ghairah nak menembak water park, puas kita zoom dapat jugalah dari terus tak dapatkan....lalalala. Photographer tak teror...hehehe

Owh ya! Kat gunung Lambak nih bukan sekadar datang duduk dan menghirup udara segar, banyak aktiviti boleh di lakukan selain bermandi manda di water Park dan jugle trekking. Best tuh!





Bayaran masuk RM5 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Seronok sungguh kanak2 ribena dan ibubapa mandi manda kat situ, sampai tak sedar aksi2 dorang kena tembak dengan kita...Syyyy! hahaha

Minta hamfun, minta maaf kalau2 dah kena tepek dalam blogku ini...huhuhu





Kalaulah anak bujang kita kakinya sihat sure mandi sampai tak hengat...hehehe. Cian adik! Sabo eh, sihat nanti kita pegi jalan2 dan mandi manda macam biasa ya.

Ohohoho! Esoknya Perayaan Tahun Baru Cina kita tengok berduyun2 manusia checkin dan mandi di water Park. Kita teruskan perjalanan menuju jambatan gantung pulak.

GUNUNG LAMBAK




Perjalanan yang langsung tak dirancang dan semuanya secara kebetulan. Tujuan utama kita ke Kluang untuk melawat anak buat yang sakit sendi tulang.

Kami bertolak malam dan bermalam di rumah adik di Taman Kg Majid yang betul2 di kaki gunung Lambak. Bukan sekali dua kita kesini, dah berkali-kali :)





Sebelah malam kami keluar makan malam sehingga jam 1.00pg bersama keluarga adik, memandangkan keesokkannya Perayaan Tahun Baru Cina banyak gerai2 jualan makanan ditutup jadinya pilihan makanan agak terhad. Tak kisahlah janji dapat makan.





Kita balik ke Johor Bahru dalam pukul 11.00pg tapi sempat singgah ke gunung Lambak untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah.

Memandangkan anak bujang kita lututnya masih tak berapa sihat kita jalan2 dengan incik asben sekejap sahaja. Anak-anak berehat di bawah sahaja, kita bimbangkan ligemen lutut Azim makin bertambah koyak kalau banyak pergerakan.





Kita teruskan mendaki sedikit ke atas sehingga paras tingkat pertama bangunan pentadbiran pengurusan gunung Lambak. Dari pemerhatian kita jalan masuk ke chalet sudah ditutup mungkin menunjukkan chalet2 yang terdapat dis itu telah full booked. Banyak kereta Singapore dan Wilayah yang sudah parking di setiap chalet.




Kita teruskan lagi berjalan sedikit ke atas untuk meninjau pemandangan di sana. Kita betul2 sudah berada di atas Water Theme Park. Ramai orang yang masuk untuk bermandi manda...huhuhu.

Puas juga kita meronda dalam 30 minit sambil gambar mana2 yang patut. Semakin naik bunyi deruan air mengalir semakin kedengaran. Seronok tapi kita tak boleh lama, kesiankan anak2 yang duduk di bawah.