Nuffnang

Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Nostalgia Oktober 2011

Syukur Alhamdulilah..

Tiba-tiba kepala ini melayang teringat zikir yang sedemikian bunyinya ' Wahai tuhanku tak layak kesyurgamu, namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Ampunkan dosaku terimalah taubatku. Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar '. Subhanallah!





Alhamduilah, sesungguhnya Allah sayang kat kita, mengingatkan perkara2 sebegini supaya kita tidak terkeluar dari landasan dan menjadikan kita sebagai umatnya yang patuh akan perintahNya. Amin.







Sambil menaip entri tiba2 rasa nak buka folder album gambar2 lama kita, dari berhabuk baik tepek di blog...hihihi

Nostalgia Oktober 2011 sewaktu auntumn di London dan Paris. Alhamdulilah sudah menjejakkan kaki di sana, rezeki Allah nak beri. Syukur Alhamdulilah.

Selamat malam semua, moga bangun pagi dengan penuh keceriaan... :)

Tuesday, January 3, 2012

PARIS : BAB MAKAN2

Kebab Paris

Kali nih kita nak share cite bab makan plak bila diluar negara. Bagi yang tak pernah keluar negara mesti pikir macam2...huhuhu. Susah ker nak cari makanan halal? Bagi kita cukup mudah untuk membelinya dan kalau yang rajin bolehlah bawa makanan segera dari Malaysia. Incik Giant kan ada, nasi Beriani Berahim's, Curry Berahim's, serunding Berahim's dan macam2 lagilah.

Bagi yang terlampau rajin bolehlah bawa maggi...kohkohkoh. Kalau seminggu duduk Paris balik Malaysia terus botak. Akak tak tahu ya, risiko tanggung sendiri...hahaha



Masa kita di Paris, apa yang kita nampak mudah untuk mendapatkan makanan halal. Peniaga2 Arab dan Iran ramai yang melabur perniagaan restoran halal disana, makanya kita orang Malaysia sahaja yang sanggup mengeluarkan duit poket seberapa banyak yang mampu :)

Kita sempat membeli kebab sewaktu di Paris, besarnya 2x ganda kebab Malaysia. Tak larat nak menghabiskan seorang diri so kalau beli kena makan kongsi. Coklat2 pun banyak dijual cuma kita kena pandai membezakan yang halal atau sebaliknya.

Totally jalan2 ke Eropah memang mudah untuk mencari makanan halal, yang penting sekali sediakan duit sebanyak mungkin...kohkohkoh


PARIS : EIFIL TOWER



Seperti yang kita janjikan untuk posting entri semasa di Eifil Tower. Walaupun sekejap di Eifil Tower tapi rasa bersyukur sesangat kerana impian kita jadi kenyataan. Alhamdulilah!

Mula terpandang dari jauh Eifil Tower nih rasa teruja sesangat, berdebar2 pun ada. Perasaan kita seolah2 seperti semasa di kota Mekah ingin melihat kaabah. Allahuakhbar, macam tu rupanya....hahaha. Wow! look at the Eifil Tower. Fuyooo...keluar jakuneseku...wakaka



Sekurang2nya boleh juga kita melihat kota cinta yang orang dok kecoh sebut2 padahal taklah sebesar mana pun, tapi memang banyklah tempat untuk di lawati.

Kita nih memang suka berjalan2, tengok tempat orang dan menghayati keindahan alam. Lepas tuh kita suka capture saat indah moment yang kita dapat. Subhanallah. Kita tahu tak semua orang boleh menafsir setiap gambar2 yang serupa bila di konsi dilaman sosial kerana mood dan perasaan setiap orang berbeza.



Kita terpegun melihat keindahan bangunan Eifil Tower yang diperbuat dari gabungan besi2 yang dicantumkan. Hebat arkitek yang merealisasikan bangunan menara nih. Kita tengok ramai orang beratur untuk membeli tiket untuk naik keatas menara. Huh! gayat mak...hahaha. Syyyy! diam2 eh...huhuhu

Apa yang kita pandang disekitar Eifil Tower semuanya cantik, bangunan, bunga2 dan orang2nya jangan citelah....hehehe



Perjalanan diteruskan lagi, memang tak bosan langsung melihat keindahan persekitaran di situ. Di kota Paris nih memang ramai tourist daripelbagai negara so dah macam ayam itik dibuatnya...hahaha

Tips untuk ke Paris, kalau pandai cakap France lagi bagus tapi kalau macam tak berapa nak terkeluar baik korang cakap melayu ke, jawa ke, bugis ke, aaaaaarrr speaking kelate pun boleh...hahaha. Hampeh tul! Tak payah speaking london bagai, mat/minah salih kat sini eksen lebih....hahaha.


Friday, December 30, 2011

JEJALAN @ PARIS

Sewaktu kita sampai di Paris cuiaca hujan so tiada halangan untuk memulakan perjalanan. Hujan di sana taklah beriya2 macam di negara kita Malaysia. Mudah di sana, pengangkutan awam lebih banyak menggunakan train Metro. Sediakan duitnya saje..hehehe

Lokasi pertama untuk ke Sacre Coeur, walaupun cuaca tak berapa mengizinkan, pulak tu dengan kekangan masa, tetap diteruskan. Tak pergi rugi lorr. Huh! Cukup teruja satu keindahan yang tak pernah kita jumpa di negara sendiri. Subhanallah cantiknya!


Sememangnya, Paris nih definitely a must visit place untuk sesape yang berkunjung ke Europe , boley tak, nak bagi ayat camtu? Architecture of buildingnya agak magnificent dan superb compared to UK. Grrrr...marah orang UK...hehehe

Definitely kita akan datang lagi ke sini, harap2nya ade rezeki lebih nanti. Lagi best kalau dapat datang bersama family. Hurm..lagi best kalau berdua..lalala.


Oh ya, nak turunkan pengalaman kita sewaktu di sana. Paris ada metro bawah tanah, kita sugest naik bas bertingkat because kalau naik Metro tak dapat tengok view sepanjang jalan yang cantik, sini banyak building yang cantik-cantik.



Macam kita lawatan kami ni agak singkat, kami kena jimat masa. Yelah kita kesana makan epal sambil menyelamkan...hahaha. Bukan bercuti untuk jalan2, tapi tujuan akademik. Bolehlah juga enjoy view sepanjang perjalanan.



Seterusnya, kami menuju ke Eiffel Tower dan lain2 tempat, akan dikongsikan pada entri yang lain. Kalu letak kat sini jugak, berjela lah entri ni. Nanti saya buat entri lain untuk cuci mata di Eiffel Tower. Sabo eh! :)

Thursday, December 29, 2011

JALAN2 @ PARIS


Masa kita menaip entri nih sekarang kita sedang bercuti bersama family di tempat sejuk. Nantilah kita cite dalam entri akan datang. Kita kena sambung entri tentang Paris dulu ya :)
Alahai ruginya kalau dah sampai Kota Percintaan ini tak berjalan2kan. Walaupun masanya yang agak terhad, kita berkesempatan untuk berjalan2 di beberapa tempat sahaja. Itu pun dah bersyukur kerana dapat menjejekkan kaki di sana.

Semasa di Paris puas merasa kesejukan yang amat sangat, dengan cuaca yang agak sejuk di ikuti hujan turun agak lebat tapi nak sangatmenimb pengalaman hujan pun kita redah....hehehe


Bersebelahan ArchDe Triomphe
Notre Dame
ArchDe Triomphe

Friday, December 23, 2011

PERJALANAN KE PARIS, FRANCE


Kenangan bulan lepas yang tak sempat nak di abadikan dalam blog kesayangan ini. Alhamdulilah berpeluang untuk mengimbau kembali kenangan 2 Januari 2011 kita menuju ke Paris dengan menaiki Eurostar dari St Pancras, London.

Bertolak ke Paris pada sebelah pagi, selesai bersarapan, seperti biasa acara wajib kenyangkan perut sebelum keluar dar penginapan kami.



Masa untuk kami meninggalkan Kota London. Bertolak awal untuk ke stesen keretapi St Pancras International Train Station. Kalau tak silap, keretapi akan bertolak pada pukul 8.15 pagi. Jadi, kami harus ada di sana sekurang-kurangnya sejam sebelum. Tetapi, langit sudah terang benderang. Walaupun ketika itu tengah autumn.



Kami pun melangkah masuk ke dalam Stesen St Pancras ini. Stesen ini adalah pusat kepada keretapi laju Eurostar yang merentasi seluruh benua Eropah. Fungsinya lebih kurang macam Stesen keretapi di Kuala Lumpur, cuma ia hanya merentasi negara dan fasiliti tempat ini bagaikan di lapangan terbang.

Penempahan dibuat lebih awal secara online. Yang senangnya di Eropah ini, adalah semua transaksi boleh dilakukan lebih awal hanya melalui internet. Jadi, kita tak perlu susah payah hendak beratur panjang dan risau dengan kemungkinan tidak mendapat tiket untuk ke destinasi pilihan. Sama ada hotel, pengangkutan, makanan, dan macam-macam lagi boleh didapati secara dalam talian.

Begitulah waktu matahari pertama yang saya lihat di Perancis. Alhamdullillah, sepanjang perjalanana dari London ke Paris tidak melelahkan. Kalau mahu, boleh saja tidur. Tapi, pasti rugilah kalau tidur sebab bukan selalu dapat nikmati pemandangannya. Lagi pun, sekejap sahaja. Perjalanan pun begitu lancar.

Perjalanan menuju ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam. Merentasi Selat Inggeris di dalam perut lautan untuk menuju ke tanah Perancis. Saya fikirkan perjalanannya akan mengambil masa yang lama. Masa di dalam terowong, keadaan memang gelap gelita. Tak sampai sejam lepas tu, tiba-tiba kami sudah sampai ke daratan.

Saya ingatkan kami masih ada di England, sebab kejap sangat perjalanan di dalam terowong. Tapi, lepas tu tiba-tiba saya mendapat mesej di telefon “Welcome To France!”. Sah la memang kami sudah sampai ke Perancis. Rasa macam tak puas lagi masuk terowong tu.

Tuesday, November 1, 2011

JELAJAH BENUA EROPAH : PERANCIS

Selasa, 1 November 2011 Colindale London, UK.

Baru bangun waktu subuh jam 4.00pg. Sejuk giler kalau keluar bangunan hotel nih. Kabus diluar sana. Nak rasa sejuk meh datang sini kita tunggu...huhuhu

Kejap lagi 5.30pg kita nak breakfast dan terus menaiki Eurostar menuju ke Paris, Perancis yang merupakan negara kedua lawatan kita kebenua Eropah.

Yang pasti kita nak bergambar berlatarbelakangkan Eifil Tower meyh...hehehe. Puas hati mokcik kalau dapat terpacak kat situ...huhuhu. Alhamdulilah termakbul sudah impian kita pijak bumi Eropah nih. Cuma, Allah memakbulkan dalam keadaan dan masa yang berbeza dari yang diangankan.

Nak share sikit semasa penerbangan nak mendarat hari tuh. Di atas awan, hanya ada dua warna. Di atas, langit membiru. Di bawah, awan putih terbentang, terapung melayang dalam paras yang sama. Kuasa Tuhan yang mengapungkan awan, ada di depan mata, terasa benar Allah amat berkuasa, Dia hampir dan ada di mana-mana.

Ketika hampir mendarat, kelihatan bentuk muka bumi. Kelihatan banyak ladang-ladang luas terbentang seperti di UK. Cuma tompok-tompok rumahnya kelihatan jauh-jauh dan bilangan rumahnya juga kecil. Benarlah kata seseorang.UK banyak pekan-pekan kecil.

Sedih juga nak naik Eurostar menuju Perancis sepatutnya sebelah seat kita ada teman tapi kali ini kita bersendirian. Kawan kita inachomel tak dapat berangkat kebenua Eropah nih sebab masuk hospital. Sabo ya inachomel, kita percaya ada seribu hikmah yang Allah jadikan begini.

Ok ya nanti kita cerita dalam entri2 akan datang. Doakan kita sampai ke Perancis ya. Muachhh! Untuk semua terutama suamiku, anak2, ahli keluarga, rakan2 pejabat dan rakan2 blogger. Rindu kamu semua :)