Nuffnang

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Trans Studio Bandung @ Bandung

Syukur Alhamdulilah...

Assalamualaikum! Moga esok menjanjikan seribu kebahagaan dan mudah2an pintu2 rezeki terbuka luas. Insyallah.






Perjalanan kita kali ini selepas bershopping di Cibaduyut barulah ke Trans Studio Bandung. Kita  sampai Trans Studio Bandung jam 11.30pg kerana jalannya macet not pancit...kekeke. Gue bisa ngomong bahasa Indonesia lagik..wakakaka






Sedikit info tentang Trans Studio Bandung yang patut kita share dengan semua orang. Patut ke share...hahaha

Waktu Operasi : 10:00 pagi – 9.00mlm ( waktu tempatan )

Harga Tiket :

Rp 150K (Isnin-Jumaat)

Rp 200K (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Tiket VIP : tambah RP 200K – kalau malas nak beratur memang wajib beli vip tiket sebab terus boleh access mana-mana permainan atau tayangan memang sesuai kalau bawa baby terutama kalau hari cuti memang kena Q agak lama.












Trans Studio Bandung @ TSB menggunakan sistem kad, sehingga didalam trans studio tidak ada lagi penggunaan duit cash untuk membeli makan minum atau souvenir2 dan pelbagai mak nenek bagai. Semua menggunakan kad yang kita perlu topup.




















Pertama masuk di trans studio ‘wow, dekorasi agak menkagumkan.’ Memang  banyak menggunakan warna-warni dan konsep-konsep bangunan barat.

















Suhu dalamnya juga sejuk, bersih, dan bebas dari asap-asap rokok. Sayangnya segala makanan dan minuman dari luar tidak boleh dibawa masuk, bahkan 1 botol air mineral sekalipun . Terpaksa membeli air mineral yang lebih mahal dari pada biasanya.








Dimulailah dengan melihat “Giant Swing”. Ayunan berputar raksasa dan kalau dilihat dari kacamata kita orang penakut nih memang ‘amat mengerikan’. Bangkunya berputar dan diayun tinggi. Sumpah kita takkan naik...hahaha

Pusing punyi pusing dan yang terakhir kita ke “Yamaha Racing Coaster” yang merupakan Roller coaster tercepat di dunia dan juga boleh mengundur dengan cepat sekali. 

Secara keseluruhan Trans Studio Bandung biasa2 je kalau nak di bandingkan dengan Universal Studio Singapre. USS lagi hebat.Maaf ya TBS jangan kecil hatinya...hahaha


Friday, November 9, 2012

Cibaduyut @ Bandung

Syukur Alhamdulilah...

Selepas breakfast yang boleh tahan sedapnya....kekeke Sedap ke sebab dah masuk hari ke 4 breakfast di hotel. Bosan ngadap makanan yang sama. Last roti hotel jugak pilihan kita. Sedap!
 




Memulakan perjalanan pagi itu ke Cibaduyut. Ketika memasuki kawasan Cibaduyut kita akan disambut sebuah tugu berbentuk Sepatu. 






Kat sini banyak jual kasut kulit. Tapi kasut dia kena pandai buat pilihan, harga lebih murah berbanding tempat lain. Kita sempat beli sepasang kasut kat sini.  

Murah  tuh, kalau kat sini selipar jepun pun tak dapat harga sebegitu. Menyesal sebab beli sepasang je...huhuhu


Thursday, November 8, 2012

Gunung Tangkuban Prahu @ Bandung

Syukur Alhamdulilah..

Wah! Tahap kemalasan yang sangat tinggi. Apa nak jadi dengan kita nih...hehehe. Apa ntah yang kita dah telan sampaikan nak buka lappy pun malas melanda diri....hihihi









Malam nih kita nak bawa pembaca blog nih ke tempat tinggi lagi dingin. Mari ikut kita ke Gunung Tangkuban Prahu. Seawal pagi dah bangun sebab excited sangat nak ke sana...huhuhu. Jakun tapi taklah sampai jadi orang jakunlah sangat! kahkahkah.










Seawal pukul 6.00pg kita dah breakfast di hotel bersama pak incik. Makan sampai lebam selepas tuh ngadap komputer hotel di lobby hotel.

Pukul 8.00pg kita sudah memulakan perjalanan menuju Gunung Tangkuban Prahu. Jalan yang penuh dengan corner dan pemandang yang cantik. Kita elak dari tertidur sebab rugi rasanya tidak melihat pemandangan di kiri kanan jalanraya. 
















Sepanjang jalan hendak ke puncak, kita boleh lihat sawah padi, ladang teh, pokok jagung, strawberi dan pelbagai lagi jenis tanaman yang tidak berapa kita kenali...huhuhu

Di bahu2 jalan banyak terdapat gerai2 menjual buah2an segar dari ladang dan jagung bakar, juga jualan kelinchi ditepi jalan. Kelinchi tuh arnab ya kawan2...hihihi












Dalam masa 2 jam perjalanan akhirnya kita sampai ke puncak. Subhanallah itulah satu2 lafaz yang kita mampu luahkan dari dalam hati. Cantiknya ciptaan Allah, akhirnya kita dapat menjejakkan kaki di situ. Syukur Alhamdulilah. Dengan cuaca yang semakin sejuk kita hiraukan untuk berjalan kesana sini demi mengejar masa. Puas rasanya kita snap gambar...hahaha.

Totally memang best pergi gunung Tangkuban Prahu nih tapi yang tak bestnya masa di sana kita di hampiri penjual barangan cenderahati yang sering mengekori pergerakan kita, rasa tak selesa...huhuhu.

Perjalanan turun dari Gunung Tangkuban Prahu kita rasa pening sikit tapi nak pergi lagiiiiii....hihihi